Friday, July 10, 2009

Four Week To Freedom - Zamri Nanyan

Dari Zamri Nanyan
Tarikh: Friday, July 10, 2009

Re: Berkenaan Anda Berhenti Kerja

Sekiranya anda mahu berhenti kerja atau mahu menjana pendapatan sampingan daripada internet, teruskan membaca kerana maklumat yang akan anda jumpa bakal mengubah hidup anda.

Nama saya Zamri Nanyan dan saya telah menjana pendapatan secara online sejak tahun 2003 lagi.

Walaubagaimanapun, konsep make make money online ini sebenarnya telah disalah tafsir. Kalau sekadar buat duit secara online sahaja, ianya tidak akan membantu anda mencapai kebebasan kewangan yang anda impikan selama ini.

Sebelum itu, saya kongsikan dulu sedikit kisah saya untuk tatapan anda



Sebelum itu, saya kongsikan dulu sedikit kisah saya untuk tatapan anda.

Saya bekerja dengan sebuah syarikat multinasional dengan pangkat yang boleh dibanggakan.

Selama 12 tahun saya bekerja, syarikat telah memberikan saya saham syarikat bernilai 6-angka, gaji bulanan yang tetap, pakej insurans yang bagus dan pelbagai jenis faedah lain yang saya dapat. Apa lagi yang saya nak? Semuanya ada.

Tetapi, saya tidak seronok dan tertekan bekerja di sana.

Baru-baru ini, ayah saya jatuh sakit dan dimasukkan ke hospital beberapa kali.
Saya berharap sangat untuk pergi menziarahi beliau selalu tetapi apa kan daya... saya tak dapat melaksanakan niat saya itu. Waktu saya banyak dihabiskan di pejabat dan saya hanya ada 2 hari sahaja di hujung minggu untuk pergi melawat beliau.

Masalahnya, waktu hujung minggu saya pula selalunya saya peruntukkan untuk anak dan isteri saya. Jadi sekarang, saya terpaksa bahagikan 48 jam yang saya ada itu untuk keluarga dan juga ibubapa saya.

Kemudian saya sedar.


Saya mempunyai gaji yang lumayan tetapi tidak mempunyai aset yang paling berharga dalam hidup, iaitu – MASA.

Selepas berfikir panjang, saya mengambil keputusan.

Cukuplah setakat ini saja. Saya hendak berhenti kerja. Dengan cara ini, saya mempunyai lebih banyak masa untuk keluarga dan ibubapa saya.

Tetapi, sebagai seorang suami dan ayah, saya tak boleh fikir untuk diri saya sahaja. Saya tak kan ada lagi pendapatan yang tetap dari pekerjaan saya dan saya perlu memastikan saya mampu menjana pendapatan secara konsisten daripada internet.

Saya perlu pastikan pendapatan dari internet menyamai gaji saya sekarang dan saya perlu konsisten membina sebuah perniagaan internet supaya saya lebih bersedia untuk berhenti kerja nanti.

Memang tidak menjadi masalah buat saya untuk menjana pendapatan daripada internet. Tetapi masalahnya pendapatan saya tidak stabil. Ada waktunya saya menghasilkan seribu sebulan sahaja dan ada ketikanya saya berjaya mendapat setinggi 30 ribu sebulan. Berapa sahaja pendapatan saya pun, ianya masih tetap tidak stabil dan konsisten.

Pada hari baik, pendapatan saya boleh mencecah RM100,000.

Jadi, saya mengambil keputusan untuk berjumpa dengan orang yang lebih pakar dalam bidang ini, seseorang yang telah hidup di dalam sebuah kehidupan yang saya impikan selama ini.

Saya seorang businessman dan saya faham tentang konsep leverage. Saya tak nak melakukan kesilapan yang sama, kesilapan orang sebelum saya. Jadi, memandangkan saya mempunyai duit dan hubungan yang baik dengan orang tersebut, lebih baik saya terus berjumpa dengannya. Use other people strength. Ini akan mempercepatkan proses saya ke arah itu dan saya dapat belajar dari orang yang pakar dalam bidang ini.

Jadi, saya telah berjaya mendapatkan Patric Chan untuk menjadi mentor saya.


Mungkin anda tidak tahu siapa beliau yang saya maksudkan ini - kenapa? Patric tidak banyak terlibat dalam pasaran tempatan kerana beliau lebih banyak terlibat dalam pasaran antarabangsa, salah seorang internet marketing guru yang terkenal di peringkat global.

Di sini saya ceritakan serba sedikit siapa Patric Chan.

Ketika internet marketers tempatan sedang sibuk menjual ebook tentang Adsense, Patric telah pun melakukannya sejak tahun 2006 lagi dengan “Publishing Business Secrets” yang telah dijual pada harga USD$397. Beliau juga telah membuktikan pendapatan beliau sebanyak 6 angka sebulan melalui Adsense yang telah dilakukan bersama rakan kongsinya.



Sekiranya anda mengkagumi internet marketing guru di US, percaya atau tidak, mereka mungkin adalah kawan baik Patric, rakan JV, dan juga pelanggan beliau.

Beliau telah memberi ceramah berkenaan topik internet marketing di 11 buah negara sejak tahun 2005 lagi, bukan hanya di Asia sahaja, tetapi juga di UK dan United States.

Patric telah melakukan demonstrasi secara live di atas pentas 3 tahun lalu bagaimana beliau berjaya menghasilkan lebih daripada RM100,000 dengan hanya menggunakan email dan website sahaja dalam masa 48 jam. Itu berlaku 3 tahun yang lalu, tahun 2006.

Testimoni produknya bukan sahaja datang daripada orang biasa sahaja, malah daripada internet marketing guru yang lain dan juga daripada Amazon best-selling authors.

Beliau mempunyai kredibiliti yang tinggi dan berjaya menghasilkan joint venture (JV) dengan internet marketing guru yang lain dan juga mereka yang telah terkenal dalam industri internet marketing ini - termasuklah Stephen Pierce. (bukan sekadar JV untuk promosi produk, tetapi JV sebenar untuk menghasilkan produk).

Beliau antara orang yang terawal bercakap tentang internet marketing di pasaran tempatan. (Tetapi beliau terpaksa berhenti kerana perlu memberi tumpuan kepada perniagaan internetnya di peringkat global).

Niche utama beliau adalah personal development – merupakan niche yang mempunyai persaingan yang tinggi di internet dan telah bekerjasama dengan nama besar dalam industri ini seperti Mike Litman, Bill Bartmann, John Harricharan, Henry Gold, Terri Levine, Ted Nicholas dan ramai lagi.

Untuk Keterangan Lanjut Sila Klik DI SINI

0 comments:

Post a Comment

 
"Semoga Tahun 2011 Menjadikan Kita Lebih Baik Dari Tahun Sebelum-Sebelumnya"
" Suatu Kejayaan Yang Dikecapi Dengan Kepayahan Lebih Nikmat Daripada Suatu Yang Mudah Di Perolehi... Untuk Mencapai Kejayaan Bukanlah Suatu Yang Mudah.. Perlu Perancangan Dan Perlaksaan Yang Rapi.. Sekali Gagal Bukan Bermakna Gagal Selamanya... Bangkit Dan Teruskan Perjuangan... Pasti Cahaya Gemilang Akan Kelihatan... "
" Belajar dan Terus Belajar Adalah Penting Dalam Hidup Ini... Untuk Mencapai Kejayaan, Belajarlah Untuk Memantapkan Lagi Pengetahuan Di Dada... Bila Sudah Berilmu... Praktikkanlah Supaya Kita Lebih Mahir Dan Tidak Lupa.. Bila Sudah Berjaya.. Janganlah Sombong... Kongsilah Ilmu Bersama-sama.. "

Blog Imabiz Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template