Saturday, July 11, 2009

Jom Jadi Usahawan Ikan Keli



Tarikh : Sabtu, 11 Julai, 2009



Bakal-bakal Usahawan Ikan Keli,

Mahukah anda ketahui rahsia bagaimana menjadi seorang usahawan ternak ikan keli yang berjaya? Adakah anda memiliki sedikit ruang yang cukup untuk membuat kolam atau sekurang-kurangnya meletakkan kolam kanvas di belakang rumah? Tahukah anda bahawa ruang kecil di belakang rumah anda ini cukup berharga kerana mampu menjana pendapatan sampingan sebanyak RM2000 ke atas sebulan? Inikan pula jika anda melakukannya secara serius dan sepenuh masa!



Anda tentu sudah biasa membeli ikan keli pasar-pasar dengan harga RM4.00 hingga ke RM5.00 sekilo. Tahukah anda, kos ikan keli tersebut amatlah murah berbanding dengan kos ikan-ikan lain? Ini membuka peluang yang luas untuk anda menceburi bidang penternakkannya kerana keluarannya yang sedikit berbanding permintaan. Tambahan pula, isu produk keluaran halal juga amat ditekankan dan telah menjadi kesedaran umum. Jika anda membina kolam ternakan sendiri dan menjualnya, sudah semestinya keuntungan yang melipatganda bakal menanti anda.


Untuk pengetahuan anda, ikan keli adalah sejenis ikan air tawar yang banyak terdapat di Malaysia. Ikan keli boleh didapati di kebanyakan sawah padi, sungai kuala dan tasik. Sekarang ini ikan keli mula diternak di dalam kolam buatan dan dikomersialkan. Ikan keli menjadi hidangan yang diminati ramai kerana rasanya yang enak dan berkhasiat. Ikan keli terdiri dari pelbagai jenis spesies iaitu keli bunga, keli kayu, keli esotik dan keli memah.



Untuk menjadikan ternakan ikan keli ini sebagai komersial, pengusaha perlu sekurang-kurangnya menternak 100 ribu ekor bagi satu spesies ikan keli. Kolam ternakan boleh di disediakan dalam bentuk kolam tanah, kolam simen dan juga kolam kanvas. Kini ikan keli hanya diberikan makanan organik sekali dalam tempoh 3 bulan. Pada masa ini disebabkan permintaan semakin meningkat harga boleh mencecah antara RM4.50-RM5 sekilo di pasaran terbuka.



Industri ternakan ikan keli ini adalah adalah satu industri yang menguntungkan pada masa ini. Memandangkan permintaan tinggi, pulangan yang cepat dalam 3 bulan, tidak memerlukan ruang yang besar dan kos penyelengaaraan yang rendah dan lebih jimat jika diproses sendiri, menjadikan industri lebih menguntungkan jika diusahakan.

Oleh itu, Ebook Panduan Pembenihan & Penternakan Ikan Keli ini akan membantu dan membimbing anda langkah demi langkah untuk memulakan aktiviti pembenihan ikan keli, penternakan, sehinggalah ia dipasarkan dan seterusnya menjana pendapatan dan keuntungan. Anda juga akan mudah untuk mempelajari selok-belok dalam pengurusan perniagaan ikan keli berpanduan kepada setiap langkah dan maklumat yang terkandung di dalam ebook ini.





"Kini anda berpeluang untuk mempelajari kaedah dan cara-cara memulakan penternakan ikan keli dengan mudah melalui Ebook "Panduan Pembenihan & Penternakan Ikan Keli". Panduan yang padat dengan maklumat bermanfaat yang akan membimbing anda dari langkah pertama sehingga berjaya.


Panduan Pembenihan dan Penternakan Ikan Keli memaparkan kaedah pembenihan ikan keli secara terperinci serta gabungan 3 kaedah penternakan ikan keli yang boleh anda pilih dan lakukan untuk menjalankan penternakan ini. Kesemua kaedah tersebut boleh diaplikasikan dengan mudah mengikut kesesuaian anda. Kini anda tidak perlu lagi menunggu lama untuk memulakannya. Peluang mencapai kejayaan dalam bidang penternakan terbuka luas untuk anda. Anda boleh bermula pada bila-bila masa sahaja, tak kira dimana sahaja anda berada.

Untuk Keterangan Lanjut Sila Klik DI SINI

0 comments:

Post a Comment

 
"Semoga Tahun 2011 Menjadikan Kita Lebih Baik Dari Tahun Sebelum-Sebelumnya"
" Suatu Kejayaan Yang Dikecapi Dengan Kepayahan Lebih Nikmat Daripada Suatu Yang Mudah Di Perolehi... Untuk Mencapai Kejayaan Bukanlah Suatu Yang Mudah.. Perlu Perancangan Dan Perlaksaan Yang Rapi.. Sekali Gagal Bukan Bermakna Gagal Selamanya... Bangkit Dan Teruskan Perjuangan... Pasti Cahaya Gemilang Akan Kelihatan... "
" Belajar dan Terus Belajar Adalah Penting Dalam Hidup Ini... Untuk Mencapai Kejayaan, Belajarlah Untuk Memantapkan Lagi Pengetahuan Di Dada... Bila Sudah Berilmu... Praktikkanlah Supaya Kita Lebih Mahir Dan Tidak Lupa.. Bila Sudah Berjaya.. Janganlah Sombong... Kongsilah Ilmu Bersama-sama.. "

Blog Imabiz Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template