Saturday, November 21, 2009

PanduanWeb Advance Edition - Pakej Lengkap Menjana Pendapatan Melalui Web Jualan

Salam sejahtera kepada pengunjung blog imabiz... hari nie imabiz nak cerita pasal satu produk yang boleh memberi panduan kepada anda iaitu PanduanWeb.. PanduanWeb ini salah satu panduan untuk mendapatkan pendapatan dari web jualan... selain itu terdapat tutorial berkaitan dengan Bisnes Kedai Online... Bisnes Kedai Online nie adalah bisnes produk fizikal yang anda boleh jual secara online.... Produk ini adalah hasil ciptaan Puan Sarah & Bearnerd Bondly

Terdapat Bonus yang amat menarik iaitu :

SEMINAR BISNES ONLINE BERSAMA

RAJA KAMIL

(http://rajakamil.biz-internet marketer sepenuh masa)

6 Disember 2009- jam 9-11malam

(url seminar akan diupdate melalui email)

COACHING KHAS DARI SAUDARA RAJA KAMIL, internet marketer terkenal,

coaching ini bernilai RM570, kos yang dikenakan kepada yang berminat untuk coaching dengan Raja kamil

Tajuk Webinar

1. Bagaimana Melakukan Pre Launch Produk dengan modal hampir sifar
2. Promosi Besar-besaran Untuk Untung 10 kali ganda dan bagaimana menarik trafik ke web anda serta menarik ribuan pelanggan anda.
3. Automatikkah Bisnes Anda?
4. Tidur dan duit masuk !!!!



EBOOK TUTORIAL MEMBINA KEDAI ONLINE

Kandungan ebook Tutorial Membina Kedai Online

1.Langkah demi langkah bagaimana membina kedai online menggunakan Zen Cart dan Oscommerce tanpa sebarang kos atau pun serendah RM10 DAN

Anda akan dapat sebuah Kedai Online Selepas menggunakan Tutorial Ini.

2.Tip promosi produk fizikal yang berkesan dan laman web hot untuk promosi produk fizikal anda

3.Temuramah khas dengan peniaga-peniaga yang menjual produk fizikal dan berjaya memperoleh pendapatan sehingga RM5000

4.Anda takde produk nak meniaga? takde masalah, kami akan dedahkan hampir 100 sumber produk dropshipping yang dibuat oleh orang malaysia khas unuk pasaran Malaysia. Banyak Sangat !! Dan sumber produk BORONG pada harga yang sangan murah...

5.Bagaimana menguruskan Kedai Online anda, dari segi pembungkusan dan penghantaran, Cara mudah dan cepat !!(sekiranya buat dropshipping, anda tak perlu uruskan produk)

6.Akses ke laman web pembelajaran dan forum secara online mengandungi nota2 dalam bahasa Melayu dan anda boleh bertanya apa sahaja soalan yang berkaitan pembinaan kedai Online

7.Ebook ini akan dilancarkan pada 20 DIS 2009, INSYAALLAH, dan anda sebagai pelanggan saya yang membeli pakej web advance edition layak mendapat ebook tersebut beserta bonus-bonus hebat ebook tersebut pada 20 DIS 2009

Untuk Keterangan Lanjut Sila Klik DI SINI

Sedutan Kisah Kejayaan Sahabat Saya, Puan Faiza, dan ramai lagi..

Nama saya ialah Noor Hafizah Ariffin dan berumur 28 tahun serta sudah berkahwin. Sebelum memulakan perniagaan secara online sepenuh masa, saya bekerja sebagai jurutera elektrik selama hampir 2 tahun selepas mendapat ijazah dalam kejuruteraan elektrik dan elektronik dari salah sebuah universiti di Jepun.

Semasa tinggal di Jepun, saya amat suka membeli-belah secara online. Anda boleh membeli-belah 'apa saja' dari pakaian sehinggalah kereta secara online. Sebagai negara maju, Jepun menyediakan customer service yang amat cekap. Dari sinilah timbul idea untuk menjalankan perniagaan secara online setelah mendapati Malaysia amat kurang menawarkan perniagaan secara online.

Pada masa ini, saya menjual barangan berjenama yang original seperti beg tangan, wallet/purse, sunglasses, aksesori dan perfumes. Anda boleh jumpa kedai saya di wanitamelayu.com iaitu 'GB's Boutique by goodbargain' atau lawati laman web http://www.primochic.com . Anda juga boleh hubungi saya di nombor 017-3570029 atau email: feeza@primochic.com. Buat masa ini, saya menjual barangan secara terus kepada pelanggan dan kepada peniaga secara borong dan dropshipping.

Sekiranya anda mahu memulakan perniagaan secara online atau offline, sesungguhnya ia memerlukan tahap pengorbanan yang amat tinggi. Keuntungan setiap bulan adalah berbeza-beza dan secara puratanya saya mampu meraih keuntungan antara RM3000-RM5000 setiap bulan.

Sebagai peniaga, anda perlu berfikir secara kreatif untuk menarik pelanggan kerana amat ramai competitors di luar sana. Sungguhpun ramai competitors dan ada sesetengah mereka yang menjual barang yang sama, keyakinan diri amat perlu. In fact, penghalang kepada kemajuan diri adalah diri anda sendiri. Jangan pedulikan apa orang lain kata. Hanya fokuskan apa yang anda mahu dalam hidup. Even though it's 'not easy', just do your current best.

Sekiranya anda mahu menceburi perniagaan online, tips yang amat berguna dan juga digunakan oleh saya selama ini ialah, 'consider all the cost'. Perniagaan online amat memerlukan laman web dan sebagai langkah permulaan, saya memulakan perniagaan online dari free blog websites seperti blogger.com, wordpress.com dan sebagainya.. Setelah itu, anda boleh upgrade nama blog kepada domain sendiri dengan kos yang amat rendah(hanya $10 setahun di blogger.com). Jika anda mempunyai modal yang lebih, anda boleh mengupah website designer untuk membuat laman web yang canggih. Bagi saya, tak perlu laman web yang canggih dan fancy sekiranya anda tidak berjaya menjual produk kepada pelanggan.

Menjual seberapa banyak mungkin hendaklah diberikan fokus utama. Sasarkan target jualan anda setiap bulan sebagai contoh; RM10,000 pada bulan December 2009. Letakkan target jualan di tempat yang anda mudah nampak seperti print out di atas kertas dan tampal di dinding bilik tidur. Ataupun anda boleh lekatkan 'post-it' note di atas screen computer. Anda boleh lakukan apa jua cara yang ada suka asalkan ianya membantu motivasi diri anda.

Perniagaan online dan fizikal amatlah berbeza sama sekali. Melalui online, pelanggan hanya boleh melihat barangan melalui gambar yang disediakan. Oleh itu, gambar produk yang hendak dipamerkan mestilah jelas dan terang. Ambil gambar dari pelbagai sudut dan jelaskan kelebihan produk anda secara detail.

Pemilihan produk yang hendak dijual juga hendaklah berdasarkan demand, bukannya atas 'syok sendiri'. Bagaimana hendak tahu ada 'high demand' atau tidak? Search melalui google dengan taipkan keyword sesuatu produk dan lihat berapa banyak website yang sudah menjual produk tersebut. Jika tidak banyak, maka ianya berpotensi untuk dikembangkan. Jika sudah banyak, anda cari apakah kelemahan atau ketidak-puasan hati pelanggan terhadap produk atau servis tersebut. Anda juga boleh menggunakan keyword tracker untuk buat research terhadap sesuatu keyword.

Untuk memasarkan produk secara online, anda hendaklah memastikan keyword yang ditulis adalah 'betul' dan bertepatan dengan yang barangan yang dijual. Sekiranya anda menjual 'maajun wanita', sila tulis tajuk barangan yang bersesuaian dengan 'maajun wanita'. Oleh itu, bila pelanggan anda search dalam internet, produk anda akan tersenarai dalam website yang menjual maajun wanita.

Anda juga boleh menarik pelanggan dengan membeli 'advertisement space' di dalam google melalui google adwords atau di sesetengah website popular. Setiap website yang mempunyai high ranking ada menyediakan advertisement space dengan kadar yang berpatutan. Sekali lagi, 'consider the cost'. Anda boleh testing beli advertisement space di sesetengah website dan lihat prestasinya melalui jualan. Jika jualan anda meningkat melalui advertisement di website A, maka anda boleh meneruskannya. Jika sebaliknya, anda boleh berhenti dan teruskan experiment di website lain pula.

Sekiranya anda suka berforum atau blogging, ianya juga salah satu platform yang berkesan untuk membina kredibiliti anda sebagai peniaga. Anda boleh sertai pelbagai jenis forum atau menulis blog dan fokus kepada bidang yang anda minati. Hubungan baik dengan forumers dan blog visitors dapat meningkatkan keyakinan pelanggan kepada anda. Hanya pastikan segala yang anda buat 'worth it' dan berjaya meningkatkan jualan setiap bulan.

Dalam perniagaan, 'experiment' amatlah penting. Kadangkala, sesuatu method hanya berkesan untuk jangka masa tertentu saja. Sekiranya sesuatu method tidak menguntungkan lagi, anda hendaklah beralih kepada cara yang lain pula.

Sebagai peniaga yang tidak mempunyai asas dalam bidang perniagaan, anda boleh menimba ilmu melalui pembacaan. Banyakkan membaca buku-buku berkaitan orang yang berjaya seperti Bill Gates. Kita akan rasa teruja dan terdorong untuk berusaha lebih kuat lagi. Peniaga juga tidak boleh mudah berputus asa. Anggaplah kegagalan pertama sebagai pelajaran bernilai untuk diri sendiri. Pelajaran yang amat bernilai walaupun anda kehilangan sejumlah wang. Ingatlah, penghalang dari mencapai kejayaan adalah diri anda sendiri, bukannya orang lain.

Akhir kata, saya berharap agar info yang dikongsi di atas dapat dimanfaatkan oleh anda semua. Walaupun perniagaan online dapat dijalankan di rumah, tapi ianya menuntut masa yang tinggi untuk betul-betul berjaya. Secara purata, saya bekerja lebih dari 8 jam sehari, lebih dari bekerja sebagai jurutera di syarikat swasta. Sungguhpun begitu, saya enjoy dan seronok dengan apa yang saya lakukan sekarang. Do things that make you happy. It's the most important key of success.

Untuk Keterangan Lanjut Sila Klik DI SINI

0 comments:

Post a Comment

 
"Semoga Tahun 2011 Menjadikan Kita Lebih Baik Dari Tahun Sebelum-Sebelumnya"
" Suatu Kejayaan Yang Dikecapi Dengan Kepayahan Lebih Nikmat Daripada Suatu Yang Mudah Di Perolehi... Untuk Mencapai Kejayaan Bukanlah Suatu Yang Mudah.. Perlu Perancangan Dan Perlaksaan Yang Rapi.. Sekali Gagal Bukan Bermakna Gagal Selamanya... Bangkit Dan Teruskan Perjuangan... Pasti Cahaya Gemilang Akan Kelihatan... "
" Belajar dan Terus Belajar Adalah Penting Dalam Hidup Ini... Untuk Mencapai Kejayaan, Belajarlah Untuk Memantapkan Lagi Pengetahuan Di Dada... Bila Sudah Berilmu... Praktikkanlah Supaya Kita Lebih Mahir Dan Tidak Lupa.. Bila Sudah Berjaya.. Janganlah Sombong... Kongsilah Ilmu Bersama-sama.. "

Blog Imabiz Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template