Saturday, April 24, 2010

Pilihanraya Kecil Hulu Selangor - Pendapatan Berganda Bagi Peniaga

Salam sejahtera.. hari ini adalah hari mengundi bagi Pilihanraya Kecil Kawasan Hulu Selangor.. Dijangka seramai 10,000 orang akan turun ke sana untuk memeriahkan suasana pengundian parti-parti yang mereka sokong.. imabiz bukan nak bercerita tentang parti-parti ini.. tetapi tentang peluang yang terhidang untuk peniaga di kawasan tersebut....



sudah tentu dalam kesibukan untuk mengundi tersebut... para peniaga dikawasan tersebut juga akan meraih pendapatan berganda kerana dengan kedatangan orang ramai pasti menggandakan pendapatan mereka... inilah yang dikatakan rezeki yang datang bergolek.. jika tidak dimanfaatkan oleh peniaga maka amat rugilah rasenyer..



jika kita lihat di video di atas, ada peniaga yang mengatakan jualan mereka telah pun berganda sejak seminggu yang lalu dan mereka mengambil peluang tersebut dengan menggandakan bahan jualan mereka... ada juga mengatakan jualan mereka habis dengan cepat... dan sudah tentu ini menggembirakan mereka...

Jadi kesimpulannya, pilihanraya adalah satu lubuk pendapatan yang boleh digandakan dari yang biasa... kepada calon yang menang imabiz berharap mereka boleh memimpin dengan jayanya.. dan kepada peniaga imabiz doakan semoga rezeki anda senantiasa bertambah...

0 comments:

Post a Comment

 
"Semoga Tahun 2011 Menjadikan Kita Lebih Baik Dari Tahun Sebelum-Sebelumnya"
" Suatu Kejayaan Yang Dikecapi Dengan Kepayahan Lebih Nikmat Daripada Suatu Yang Mudah Di Perolehi... Untuk Mencapai Kejayaan Bukanlah Suatu Yang Mudah.. Perlu Perancangan Dan Perlaksaan Yang Rapi.. Sekali Gagal Bukan Bermakna Gagal Selamanya... Bangkit Dan Teruskan Perjuangan... Pasti Cahaya Gemilang Akan Kelihatan... "
" Belajar dan Terus Belajar Adalah Penting Dalam Hidup Ini... Untuk Mencapai Kejayaan, Belajarlah Untuk Memantapkan Lagi Pengetahuan Di Dada... Bila Sudah Berilmu... Praktikkanlah Supaya Kita Lebih Mahir Dan Tidak Lupa.. Bila Sudah Berjaya.. Janganlah Sombong... Kongsilah Ilmu Bersama-sama.. "

Blog Imabiz Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template