Tuesday, May 18, 2010

Ruginya Anda Tidak Membeli Dari Link Affiliate

salam sejahtera.. hari ini macam biasa jalan-jalan blogwalking untuk naikkan traffik ke Blog Imabiz, lepak di WC, lepak di Geng Blogger dan buat kerja php yang hampir pitam nak buat.. hehe.. tetiba terlintas lak idea nak buat entry atau post tentang affiliate..



Apakah Yang Di Katakan Affiliate ?

Imabiz ambil dari post imabiz sebelum ini baca yerk..

Nie buat rujukan anda semua tentang sistem affilate, dan ianya hanyalah apa yang saya faham tentang affilate.

Affiliate adalah satu sistem yang digunakan untuk menjual produk di internet nie.. Senang cerita affiliate nie boleh dikatakan seperti agen jualan sesuatu produk la.. Sebagai contoh syarikat A telah menghasilkan produk mereka iaitu minyak wangi.. Syarikat A ingin menjual minyak wangi ini ke serata dunia.. jadi mereka melantik Agen B sebagai ajen untuk menjual minyak wangi tersebut dan syarikat A ini memberi komisyen sebanyak 50% ke atas jualan yang diperolehi oleh Agen B.. Jadi syarikat A akan mendapat 50% dan Agen B mendapat 50% hasil jualan…

Bagi produk internet pula.. untuk menjadi affilate marketer atau agen affiliate ini ada yang percuma dan ada yang berbayar.. pada kebiasaannya adalah percuma… kalau yang berbayar nie biasanya kita kene beli produk mereka dulu baru boleh jadi agen untuk menjual produk tersebut.. Komisen yang diberikan juga adalah bergantung pada pengeluar produk tersebut..

Di malaysia nie sahaja ada bermacam-macam produk yang menggunakan sistem affiliate ini supaya mereka akan dapat mempromosikan produk mereka dengan cepat dan mendapatkan pulangan keuntungan dengan jayanya.. melalui sistem affiliate juga dapat memberikan pendapatan kepada sesiapa sahaja yang menjadi agen mereka.. Agen hanya perlu mempromosikan produk yang telah disediakan dan mendapatkan hasil daripada setiap jualan….

Menjadi agen affiliate juga anda tidak perlu memeningkan kepala anda untuk menghasilkan produk atau ebook… anda hanya perlu memikirkan untuk menjual produk tersebut sahaja…

Jadi Kesimpulannya, affiliate nie memang boleh membantu kita semua menghasilkan pendapatan di internet ini… semoga kita semua akan berjaya…


dan imabiz rasa masih ramai lagi yang tidak suka membeli produk dari link affiliate..

sebagai contoh jika link affiliate tersebut adalah http://imabiz.net/PakejLengkapPLR/?ref=plr, mereka akan membuang ?ref=plr dan tinggalkan hanya http://imabiz.net/PakejLengkapPLR.. mereka menyangka " AH.. buat apa nak kayakan agen".. imabiz dahulu pun macam tu jugak.. tetapi sebenarnya.. membeli dari link affiliate lebih menguntungkan anda dari anda membeli produk tersebut direct dari link admin.. sebab apa? teruskan bacaan anda..

Apa Faedah Membeli Produk Dari Link Affiliate ?


1. Jika anda membeli dari link affiliate.. kebanyakannya agen affiliate ini menawarkan beberapa bonus yang menarik.. ha.. kan lebih berbaloi.. anda bukan sahaja dapat produk yang anda ingin beli.. tetapi anda boleh memperolehi bonus tambahan yang diberikan daripada agen affiliate.. sudah tentu itu lebih berbaloi bukan..??

2. Anda dapat rakan baru.. macam imabiz.. imabiz akan menghargai setiap pembeli yang melakukan pembeli produk dari link imabiz.. macam mana agen ini boleh tahu anda membeli dari link mereka.. ? setiap agen mempunyai rekod pembelian masing-masing.. jadi disitu terdapat rekod jualan yang berlaku... jadi di sinilah agen akan nampak pembeli yang melakukan pembelian dari link affiliate mereka.. tidak mustahil nanti mereka akan offer rebet diskaun pula..

3. Dengan itu dengan sendirinya akan terjalin hubungan atau network untuk anda berkomunikasi antara anda dan agen tersebut.. mungkin sekarang anda membeli dari link mereka.. esok-esok.. mereka pula yang akan membeli dari link anda pula.. tidak mustahil...

Jadi, jika anda tidak lagi melakukan pembelian melalui link affiliate.. lakukan sekarang.. anda boleh mencari offer terbaik dari agen affiliate di Forum Wangcyber.. mereka akan berikan tawaran hebat berbentuk rebet atau pun produk.. atau jika anda pembaca blog yang menawarkan produk affiliate.. anda boleh menghubungi mereka melalui contact form yang ada di blog mereka atau emel sahaja mereka.. " Nak tanya lah.. ada bonus tak untuk produk sekia2 nie"... imabiz tidak berapa gemar untuk memberi rebet diskaun.. tetapi imabiz gemar nak bagi bonus...

semoga berjumpa lagi dan selamat mencuba....

2 comments:

iRUL on June 2, 2010 at 2:45 AM said...

Lagi rugi kalau anda terus tak membeli.....

Anonymous said...

itu lagi rugi terus.. hehe..

Post a Comment

 
"Semoga Tahun 2011 Menjadikan Kita Lebih Baik Dari Tahun Sebelum-Sebelumnya"
" Suatu Kejayaan Yang Dikecapi Dengan Kepayahan Lebih Nikmat Daripada Suatu Yang Mudah Di Perolehi... Untuk Mencapai Kejayaan Bukanlah Suatu Yang Mudah.. Perlu Perancangan Dan Perlaksaan Yang Rapi.. Sekali Gagal Bukan Bermakna Gagal Selamanya... Bangkit Dan Teruskan Perjuangan... Pasti Cahaya Gemilang Akan Kelihatan... "
" Belajar dan Terus Belajar Adalah Penting Dalam Hidup Ini... Untuk Mencapai Kejayaan, Belajarlah Untuk Memantapkan Lagi Pengetahuan Di Dada... Bila Sudah Berilmu... Praktikkanlah Supaya Kita Lebih Mahir Dan Tidak Lupa.. Bila Sudah Berjaya.. Janganlah Sombong... Kongsilah Ilmu Bersama-sama.. "

Blog Imabiz Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template