Wednesday, October 6, 2010

Buku VS Ebook

salam sejahtera imabiz ucapkan kepada pembaca artikel ini.. hari ini imabiz hendak bercerita tentang buku dan ebook... jika dilihat buku dan ebook adalah satu medium untuk pembacaan atau perkongsian maklumat dengan orang lain... buku adalah dalam bentuk fizikal yang mana kita boleh sentuh manakala ebook adalah dalam bentuk digital yang mana ianya boleh dibaca di dalam pc atau laptop kita...



buku ada yang percuma dan ada yang kita perlu beli untuk membacanya... begitu juga ebook ada yang percuma dan ada yang berbayar... sudah tentu yang berbayar adalah ebook yang mempunyai maklumat atau informasi yang bermanfaat dan berguna kepada kita..

ada yang bertanya kepada imabiz kenapa harga ebook kebanyakannya mahal berbanding buku..?? jawapan imabiz adalah jika anda lihat kebanyakan ebook mempunyai informasi yang amat berguna kepada kita... lagipun jika anda lihat ebook yang berbayar kebanyakannya bukan hanya satu ebook yang dijual... ebook tersebut di jual secara bundle dengan ebook-ebook yang lain termasuk bonus yang diberikan secara percuma.. jika imabiz lihat kebanyakan ebook yang imabiz beli mempunyai 5 ebook dalam satu produk... jika kita bandingkan dengan harga buku... ini bermakna kita membeli buku sebanyak 5 buah... imabiz rasa harga ebook tiadalah begitu mahal... ada juga buku yang lebih mahal berbanding dengan harga ebook...

jika anda yang bertanya kepada imabiz bagaimana nak tahu ebook tersebut bermanfaat kepada kita? jawapan imabiz adalah sesetengah ebook yang dijual di minisite atau laman web produk ada yang membolehkan kita mendownload secara percuma dahulu review produk utama.. imabiz akan download dahulu review produk tersebut dan baca... kita akan dapat sedikit penilaian daripada ebook percuma tersebut... jika masih tidak mencukupi imabiz akan bertanya di Forum Wangcyber tentang ebook tersebut... mesti ramai akan memberikan ulasan tentang ebook tersebut...

bagi imabiz buku atau ebook kedua-duanya adalah sesuatu yang berguna kerana membaca adalah jambatan ilmu... jadi melalui buku atau ebook lah kita akan dapat ilmu... jadi tidak rugipun kalau kita rajin membaca...

apapun penilaian kita antara buku dan ebook.. yang pasti ianya memberi manfaat kepada kita semua... semoga berjumpa lagi di artikel lain nanti...

0 comments:

Post a Comment

 
"Semoga Tahun 2011 Menjadikan Kita Lebih Baik Dari Tahun Sebelum-Sebelumnya"
" Suatu Kejayaan Yang Dikecapi Dengan Kepayahan Lebih Nikmat Daripada Suatu Yang Mudah Di Perolehi... Untuk Mencapai Kejayaan Bukanlah Suatu Yang Mudah.. Perlu Perancangan Dan Perlaksaan Yang Rapi.. Sekali Gagal Bukan Bermakna Gagal Selamanya... Bangkit Dan Teruskan Perjuangan... Pasti Cahaya Gemilang Akan Kelihatan... "
" Belajar dan Terus Belajar Adalah Penting Dalam Hidup Ini... Untuk Mencapai Kejayaan, Belajarlah Untuk Memantapkan Lagi Pengetahuan Di Dada... Bila Sudah Berilmu... Praktikkanlah Supaya Kita Lebih Mahir Dan Tidak Lupa.. Bila Sudah Berjaya.. Janganlah Sombong... Kongsilah Ilmu Bersama-sama.. "

Blog Imabiz Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template