Saturday, July 30, 2011

Perlukan Pengetahuan PHP / CSS Untuk Membina Website

jika ditanya soalan di atas nie kepada imabiz.. memang imabiz akan jawab YA... sebab secara asasnya website yang kita bina adalah terdiri daripada code php tidak kiralah html, php, joomla, wordpress, SMF dan pelbagai lagi software yang ada secara online ini...

sebenarnya nak buat website bukan susah sekarang nie.. di cpanel / direct panel yang kita langgan sendiri mempunyai pelbagai software yang kita boleh install hanya dengan memilih software / CMS yang kita kehendaki... klik Install >> Isi butiran yang diperlukan pada form yang tertera >> Next > dan terhasil lah satu laman web untuk anda... selepas itu untuk mencantikkan website tersebut.. anda bolehlah mencari theme yang bersesuaian dan install di page admin website anda.... dan untuk memberikan website anda sentuhan yang lebih advance... pelbagai plugin (wordpress) / module (joomla) / mod ( SMF / joomla) disediakan secara online untuk kita pasang di website kita...



Tetapi... untuk menghasilkan website yang pro seperti yang kita kehendaki... kita perlu mengetahui cara / tempat untuk kita edit supaya website tersebut mesra pengguna dan boleh memberikan impak semaksimum yang mungkin untuk pelayar laman web kita... seterusnya akan memberikan kepuasan kepada kita...

kalau nak edit.. sudah semestinya kita memerlukan pengetahuan tentang php / css.. pada kebiasaannnya css adalah kod yang diperlukan untuk mengawal paparan theme kita.. dan php adalah kod yang mengawal atucara website kita...

secara asasnya bolehlah imabiz katakan php terdiri daripada kod untuk tempat untuk isi data , simpan data dan paparkan data... so... imabiz berikan contoh borang pendaftaran forum ... untuk register kita mesti perlu mengisi borang pendaftaran... so.. inilah yang imabiz tempat untuk isi data.. seterusnya selepas kita submit, data tersebut akan disimpan di database server forum tersebut dalam satu bahagian khas mengikut id... dan seterusnya jika kita melihat profile kita.. data yang tersimpan akan dipaparkan mengikut id kita supaya profile yang terpapar adalah profile diri kita, bukan data orang lain...

so.. apa yang perlu secara asasnya untuk kita pelajari tentang PHP adalah..

1. Belajar tentang cara nak buat form untuk isi data... rasa ini tak susah... sebab guna kompozer pun boleh buat form... belajar dulu...

2. lepas dah success no 1.. belajar pula nak memproses data yang di isi dan disimpan ke database mengikut id...

3. dan sukses no 2... seterusnya belajar untuk memaparkan database yang disimpan mengkit id...

ini secara asas.. kalau 3 nie dah berjaya.. bolehlah kita search yang lebih advance...

selamat maju jaya..

0 comments:

Post a Comment

 
"Semoga Tahun 2011 Menjadikan Kita Lebih Baik Dari Tahun Sebelum-Sebelumnya"
" Suatu Kejayaan Yang Dikecapi Dengan Kepayahan Lebih Nikmat Daripada Suatu Yang Mudah Di Perolehi... Untuk Mencapai Kejayaan Bukanlah Suatu Yang Mudah.. Perlu Perancangan Dan Perlaksaan Yang Rapi.. Sekali Gagal Bukan Bermakna Gagal Selamanya... Bangkit Dan Teruskan Perjuangan... Pasti Cahaya Gemilang Akan Kelihatan... "
" Belajar dan Terus Belajar Adalah Penting Dalam Hidup Ini... Untuk Mencapai Kejayaan, Belajarlah Untuk Memantapkan Lagi Pengetahuan Di Dada... Bila Sudah Berilmu... Praktikkanlah Supaya Kita Lebih Mahir Dan Tidak Lupa.. Bila Sudah Berjaya.. Janganlah Sombong... Kongsilah Ilmu Bersama-sama.. "

Blog Imabiz Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template