Wednesday, July 22, 2009

Kuasa Forum (Salah Satu Teknik Promosi)

Salam Sejahtera... Dah lama saya tak buat coretan di blog imabiz nie... so hari nie saya nak cerita pasal Forum yang sememangnya boleh menjadi satu medium untuk anda mempromosikan produk atau laman web anda.. Di malaysia sahaja ada bermacam-macam atau pelbagai jenis forum tetapi yang paling saya gemari adalah WangCyber


Daripada Forum wangcyber inilah saya banyak belajar dan diberi tunjuk ajar tentang cara memperolehi pendapatan secara online dengan betul... terdapat banyak laman web forum di malaysia selain forum wangcyber ini seperti nogold, carigold, forum niaga, forum wanitaniaga dan sebagainya.. anda boleh melakukan carian di google atau yahoo atau seangkatan dengannya menggunakan keyword forum malaysia atau forum perniagaan internet...

Saya cuma nak nasihatkan anda semua tentang etika berforum... kesilapan ini selalu dilakukan oleh rakan baru yang menyertai forum termasuklah saya dahulu.. so saya taknaklah anda melakukan kesilapan yang saya lakukan dahulu...

selepas sahaja anda berjaya login ke dalam forum yang ada pilih... anda semestinya membaca dahulu etika berforum yang sememangnya disediakan di forum tersebut... atau anda boleh search di kotak search di laman web forum tersebut...

setelah anda faham cara-cara yang beretika untuk berforum.. barulah anda mulakan berforum... jangan mulakan dengan tread mengiklankan produk anda.. kerana untuk membina kepercayaan rakan-rakan IM kita.. anda mestilah menunjukkan kemahiran anda dahulu dengan menjawab sebarang permasalahan yang diutarakan oleh rakan-rakan di forum tersebut... Yang penting sekali bukalah tread memperkenalkan diri anda dahulu...

Jika anda tidak mempunyai kemahiran mengenai tajuk yang diutarakan.. di sinilah gunanya untuk kita membaca atau mencari atau mengkaji atau mengali segala tread atau post sebelum-sebelum ini... belajar dan terus belajar... banyak ilmu yang diberikan didalam forum tersebut...

Dan istimewa untuk anda semua... saya beri tip untuk anda promosi di forum... apa yang perlu anda lakukan adalah.. cari control panel atau CP.. dan cari bahagian edit signature... di situlah seharusnya anda letak link promosi produk anda atau laman web... setiap kali anda menghantar post atau reply.. link anda akan terpapar di bawah post anda...

Sekian dahulu tips atau teknik yang tak seberapa ini... jumpa anda lagi.....

2 comments:

KamarulR on November 1, 2009 at 2:46 AM said...

btol 2. Kat forum memang berkesan sangat.
Thx 4 the tips

imabiz on November 1, 2009 at 4:52 PM said...

ianya salah satu kaedah yang berkesan,....

Post a Comment

 
"Semoga Tahun 2011 Menjadikan Kita Lebih Baik Dari Tahun Sebelum-Sebelumnya"
" Suatu Kejayaan Yang Dikecapi Dengan Kepayahan Lebih Nikmat Daripada Suatu Yang Mudah Di Perolehi... Untuk Mencapai Kejayaan Bukanlah Suatu Yang Mudah.. Perlu Perancangan Dan Perlaksaan Yang Rapi.. Sekali Gagal Bukan Bermakna Gagal Selamanya... Bangkit Dan Teruskan Perjuangan... Pasti Cahaya Gemilang Akan Kelihatan... "
" Belajar dan Terus Belajar Adalah Penting Dalam Hidup Ini... Untuk Mencapai Kejayaan, Belajarlah Untuk Memantapkan Lagi Pengetahuan Di Dada... Bila Sudah Berilmu... Praktikkanlah Supaya Kita Lebih Mahir Dan Tidak Lupa.. Bila Sudah Berjaya.. Janganlah Sombong... Kongsilah Ilmu Bersama-sama.. "

Blog Imabiz Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template