Showing posts with label software. Show all posts
Showing posts with label software. Show all posts

Monday, October 24, 2011

Bina Forum Guna Platform Apa..?

Forum adalah salah satu teknik marketing yang berkesan secara online... jika anda seorang yang giat berforum, anda sudah semestinya tahu kelebihan sebuah forum... kali ini imabiz ingin menulis tentang beberapa paltform yang imabiz gunakan untuk membina sebuah forum untuk client imabiz...



kalau kita lihat forum yang ternama seperti forum wangcyber, perniagaaninternet.my, carigold, gempak.org dan sebagainya menggunakan platform / software vbulletin.. vbulletin adalah platform untuk membina forum paling stabil kerana ianya adalah skrip berbayar dan kebanyakan mod / addon / theme / plugin vbulletin juga berbayar.. ada juga yang percuma boleh didapati di forum support vbulletin setelah anda mendaftar skrip yang anda beli...

tetapi di artikel ini imabiz akan memberikan beberapa platform / software percuma untuk membina forum, antaranya :

1. Forum Wordpress
ini adalah platform pertama yang imabiz guna untuk membina forum... apa yang imabiz suka tentang forum menggunakan wordpress adalah kita boleh install bersama blog wordpress kita dan ianya akan disesuaikan dengan theme blog kita... so.. tiada kejanggalan jika pelawat kita memasuki forum blog kita.. dan sudah semestinya ianya mudah di uruskan kerana platform wordpress adalah software yang mesra pengguna...

Contoh forum wordpress - http://www.panduanforumwordpress.com/support/forum/

2. Forum SMF

ini adalah platform kedua yang imabiz gunakan untuk membina forum buat client imabiz.. SMF adalah platform yang agak mudah juga untuk diuruskan tetapi nak sesuaikan theme yang kita kehendaki mesti mengikut version SMF yang kita install.. sebagai contoh kita install SMF version 2.0 jadi theme yang kita nak install pun kena carik juga version 2.0 barulah tiada banyak masalah yang akan timbul.. begitu juga dengan mod / add-on mesti ikut version SMF yang kita install..

Contoh Forum SMF - http://satrianeoclub.my

3. Forum phpBB

ini platform terkini yang imabiz explore / pelajari dan imabiz telah pun siap membina forum client menggunakan phpBB.. memang agak rumit skit ( mungkin sebab baru lagi kene explore lagi dan teruskan pelajaran baru jadi expert agaknya.. hehe ) sebab kene banyak koding lah... memang ade yang boleh menggunakan auto mod.. tetapi tak jadi2 imabiz buat.. hehe... biase memang kene codinglah.. sape yang dah ade basic coding tue.. no problem.. boleh cuba platform nie kerana hasilnya memang amat menarik...

Contoh Forum phpBB - http://gempakcyber.com

banyak lagi sebenarnya platform untuk membina forum.. tetapi imabiz belum cuba lagi yang lain... anda yang berminat nak bina forum bolehlah cuba2 platform yang imabiz berikan di atas.. selamat mencuba...
Continue Reading...

Saturday, July 30, 2011

Perlukan Pengetahuan PHP / CSS Untuk Membina Website

jika ditanya soalan di atas nie kepada imabiz.. memang imabiz akan jawab YA... sebab secara asasnya website yang kita bina adalah terdiri daripada code php tidak kiralah html, php, joomla, wordpress, SMF dan pelbagai lagi software yang ada secara online ini...

sebenarnya nak buat website bukan susah sekarang nie.. di cpanel / direct panel yang kita langgan sendiri mempunyai pelbagai software yang kita boleh install hanya dengan memilih software / CMS yang kita kehendaki... klik Install >> Isi butiran yang diperlukan pada form yang tertera >> Next > dan terhasil lah satu laman web untuk anda... selepas itu untuk mencantikkan website tersebut.. anda bolehlah mencari theme yang bersesuaian dan install di page admin website anda.... dan untuk memberikan website anda sentuhan yang lebih advance... pelbagai plugin (wordpress) / module (joomla) / mod ( SMF / joomla) disediakan secara online untuk kita pasang di website kita...



Tetapi... untuk menghasilkan website yang pro seperti yang kita kehendaki... kita perlu mengetahui cara / tempat untuk kita edit supaya website tersebut mesra pengguna dan boleh memberikan impak semaksimum yang mungkin untuk pelayar laman web kita... seterusnya akan memberikan kepuasan kepada kita...

kalau nak edit.. sudah semestinya kita memerlukan pengetahuan tentang php / css.. pada kebiasaannnya css adalah kod yang diperlukan untuk mengawal paparan theme kita.. dan php adalah kod yang mengawal atucara website kita...

secara asasnya bolehlah imabiz katakan php terdiri daripada kod untuk tempat untuk isi data , simpan data dan paparkan data... so... imabiz berikan contoh borang pendaftaran forum ... untuk register kita mesti perlu mengisi borang pendaftaran... so.. inilah yang imabiz tempat untuk isi data.. seterusnya selepas kita submit, data tersebut akan disimpan di database server forum tersebut dalam satu bahagian khas mengikut id... dan seterusnya jika kita melihat profile kita.. data yang tersimpan akan dipaparkan mengikut id kita supaya profile yang terpapar adalah profile diri kita, bukan data orang lain...

so.. apa yang perlu secara asasnya untuk kita pelajari tentang PHP adalah..

1. Belajar tentang cara nak buat form untuk isi data... rasa ini tak susah... sebab guna kompozer pun boleh buat form... belajar dulu...

2. lepas dah success no 1.. belajar pula nak memproses data yang di isi dan disimpan ke database mengikut id...

3. dan sukses no 2... seterusnya belajar untuk memaparkan database yang disimpan mengkit id...

ini secara asas.. kalau 3 nie dah berjaya.. bolehlah kita search yang lebih advance...

selamat maju jaya..
Continue Reading...

Thursday, January 14, 2010

Ebook Jutawan Dot Com - Laman Web Produk Untuk Usahawan Internet

Salam sejahtera imabiz ucapkan kepada pembaca blog ini... imabiz sekarang sibuk sedikit lalu hampir terlupa untuk update blog ini.. dalam kesibukan tersebut imabiz cuba juga untuk berkongsi sesuatu dengan anda yang membaca blog ini...

so... hari ini imabiz nak kongsi satu laman web yang betul-betul menarik bagi sesiapa yang ingin bergiat aktif sebagai usahawan internet... laman web yang imabiz maksudkan adalah Ebook Jutawan Dot Com... Laman web ini adalah laman web jualan produk yang amat berbaloi untuk dimiliki kerana idea daripada ebook tersebut adalah gabungan mentor jutawan seperti :

* Dato’ Dr Fadzilah Kamsah, mentor kepada mentor!
* Azizi Ali, Jurulatih jutawan
* Chef Li (Dato' Dr Rusly), Jutawan Senyap
* Dato’ Dr Azman Ching (Jutawan MLM)
* Billi Lim, Jutawan Berani Gagal
* Dato’ Hussamuddin, Pengasas Kumpulan Karangkraf
* Abang Abu, Usahawan/Motivator/Jutawan dari Singapura
* Irfan Khairi, Jutawan Internet





Wow... mentor-mentor yang betul-betul berpengaruh dalam bisnes online nie.. sape yang tidak kenal mereka... sudah tentu apa yang dikongsikan oleh mentor-mentor jutawan ini sesuatu yang tiada nilai harganya... tetapi mereka semua bersedia untuk berkongsi rahsia mereka berjaya sehingga ke hari ini...

Mari Kita Lihat Serba Sedikit Tentang Produk Ini :

Mentor Jutawan memuatkan kisah suka & duka, kisah kegagalan, kisah inspirasi, tip-tip untuk meniti kejayaan, strategi perniagaan & kewangan dan banyak lagi dalam membantu anda mencapai kecemerlangan dalam bidang kewangan.

Sekiranya anda ingin menjadi seorang doktor pakar, anda perlu belajar di Medical School. Sekiranya anda ingin belajar perniagaan, anda perlu belajar di Business School.

Tetapi, sekiranya anda ingin menjadi jutawan, anda memerlukan mentor-mentor Jutawan!

Dalami minda jutawan supaya anda juga dapat mengaplikasikan minda yang sama.

* Apa yang membezakan jutawan dan mereka yang berpendapatan sederhana?
* Bagaimana kesemua ikon jutawan ini pernah menemui keagalan atau bermula dari
ZERO kini menjadi HERO?
* Bagaimanakah mindset seorang jutawan Malaysia?
* Apakah persamaan yang ketara antara kesemua mentor jutawan ini di mana anda
juga boleh amalkan?
* Apakah strategi untuk memastikan apa sahaja perniagaan anda akan mencapai
kecemerlangan?
* Bagaimana hendak bangun setelah gagal, gagal, gagal, gagal, dan gagal lagi?
* Apa yang memberi inspirasi kepada jutawan-jutawan ini?
* Apakah yang dilakukan oleh jutawan-jutawan ini yang anda tidak lakukan?
* Mengapa antara kita ada yang bekerja bertungkus lumus, tetapi masih tidak
menjadi jutawan?

Semuanya dan banyak lagi telah terjawab dalam ebook "Mentor Jutawan" bersama Irfan Khairi.


Selain itu, dilaman web ini juga disertakan sekali produk-produk yang harus anda miliki untuk menjadi seorang usahawan internet yang berjaya...

Produk Hebat Tersebut Adalah Seperti :

Skrip Affiliate Panduan Web

Panduan Mudah FTP

Kit Blogger

Dan banyak lagi yang akan ditambah dari semasa ke semasa..

Mari lihat laman web Ebook Jutawan Dot Com...

Untuk Keterangan Lanjut Sila Klik DI SINI
Continue Reading...

Wednesday, November 18, 2009

PENTERJEMAH BAHASA : Bi-I Bi-M (ENGLISH KE MALAY)

Salam sejahtera kepada pengunjung Blog Imabiz... hari ini imabiz nak cerita tentang satu software yang menarik bagi imabiz.. sebab imabiz nie BI (English language) gagal.. so kurang sket la dengan bahasa inggeris nie ( bukan tak faham tau )... jadi imabiz gune satu software nie... menarik la... sebab kadang-kadang imabiz download artikel BI.. so sukar skit la nak paham... dengan software nie imabiz leh paham la sebab software nie translate dari BI ke BM ( Bahasa melayu )...

Software yang imabiz maksudkan adalah Program Penterjemah Bi-I - Bi-M, program ini dihasilkan oleh saudara Saharuddin atau lebih dikenali di Forum dengan nama nick snid73... hah.. dahsyat tue... rakyat Malaysia yang buat nie.. jadi sokong la barangan buatan Malaysia... hehe.. promo la skit...



Program ini di cipta menggunakan EXCEL... (memang respek la.. imabiz pun tak tau.. yang imabiz biase dengar menggunakan visual C++).. so, program nie memudahkan kita untuk memngubah artikel BI ke BM dan boleh la kita share di laman web artikel atau leh la post kat Blog anda kan...

Jadi rakan-rakan sume boleh lah mencuba produk gempak nie.. sebab anda boleh download free version atau versi percuma untuk anda mencuba dahulu... software ini anda boleh download di Freelancer - Translator - Programmer (VBA Excel)

Untuk Download Sila Klik DI SINI

SELAMAT MENCUBA
Continue Reading...
 
"Semoga Tahun 2011 Menjadikan Kita Lebih Baik Dari Tahun Sebelum-Sebelumnya"
" Suatu Kejayaan Yang Dikecapi Dengan Kepayahan Lebih Nikmat Daripada Suatu Yang Mudah Di Perolehi... Untuk Mencapai Kejayaan Bukanlah Suatu Yang Mudah.. Perlu Perancangan Dan Perlaksaan Yang Rapi.. Sekali Gagal Bukan Bermakna Gagal Selamanya... Bangkit Dan Teruskan Perjuangan... Pasti Cahaya Gemilang Akan Kelihatan... "
" Belajar dan Terus Belajar Adalah Penting Dalam Hidup Ini... Untuk Mencapai Kejayaan, Belajarlah Untuk Memantapkan Lagi Pengetahuan Di Dada... Bila Sudah Berilmu... Praktikkanlah Supaya Kita Lebih Mahir Dan Tidak Lupa.. Bila Sudah Berjaya.. Janganlah Sombong... Kongsilah Ilmu Bersama-sama.. "

Blog Imabiz Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template