Showing posts with label Tip Blogspot. Show all posts
Showing posts with label Tip Blogspot. Show all posts

Thursday, December 23, 2010

Idea Menulis Artikel Blog

salam sejahtera... kalau hendak menulis blog kita memerlukan keativiti dan idea yang jitu supaya post atau artikel yang kita tulis bermanfaat kepada pembaca blog kita.. Imabiz sendiri kadang-kadang hilang atau tidak mempunyai idea perkara yang hendak imabiz tulis di blog imabiz...



Perkara yang imabiz sering lakukan untuk mendapatkan idea menulis blog adalah :

1. Imabiz membaca harian Metro ~ isu semasa kebiasaannya akan mendapat perhatian dan dijadikan isu hangat. Jadi, ambil keyword hangat tersebut untuk dijadikan artikel supaya artikel anda mendapat tempat teratas di carian enjin.

2. Perkara baru yang Imabiz belajar hari ini ~ jika imabiz belajar sesuatu tentang apasahaja dan imabiz telah pun praktikkan dan berjaya.. imabiz akan menulis di blog imabiz untuk dikongsikan... jika artikel bermanfaat.. ramai akan menyukainya..

3. Selalu berjalan-jalan diblog orang lain ~ imabiz akan lawati blog orang lain... sambil membaca tue imabiz leh tinggalkan jejak kat blog tersebut.. dapat backlink.. jika imabiz jumpa artikel yang bermanfaat imabiz akan copy dan letak di blog imabiz.. tapi imabiz akan kreditkan link ke blog asal supaya blog tersebut dapat backlink dari blog imabiz.. so win~win situation....

4. Lepak di Forum ~ macam-macam forum sekarang nie ada... yang biasa lepak blog niche hiburan mesti banyak topik pasal hiburan kan.. so.. dari perbincangan di forum tersebut kita boleh jadikan ianya satu artikel.. kalau imabiz imabiz akan lepak di forum wangcyber..

5. Penyelesaian masalah ~ selalu orang akan mencari di search engine seperti google untuk menyelesaikan masalah mereka sebagai contoh orang mencari cara untuk membuat banner.. so.. jika kita ada kepakaran.. kita buat tutorial untuk membuat banner tersebut... kalau boleh step by step... mesti orang suka lah...

6. Minat Imabiz ~ imabiz minat untuk shopping... so.. imabiz boleh menulis sesuatu berita tentang promosi atau diskaun yang ada di shopping kompleks berdekatan... itu contoh jela..

7. Tips dari email subcribtion ~ kadang-kadang orang tak suka kalau mereka mendapat email langganan dari mana-mana IM, tetapi imabiz memang suka sangat.. sebab imabiz akan dapat tawaran-tawaran hebat dari mereka bahkan imabiz akan dapat tips-tips menarik yang bermanfaat dari mereka... so.. benda tue imabiz boleh kongsikan di blog imabiz..


Sebenarnya, yang penting kita kreatif untuk menggunakan segala benda yang berada di persekitaran kita untuk dijadikan idea untuk menulis... jika idea tiba.. jangan lupa untuk tulis di kertas atau notepad... sebab dari idea tersebutlah akan jadi sesuatu yang berharga...
Continue Reading...

Monday, May 17, 2010

Aku Seorang Blogger (ASB) Versi Terbaru - Buat Duit Dengan Blog

salam sejahtera.. hari ini imabiz nak beri ulasan tentang produk Aku Seorang Blogger yang mana sememangnya Aku Seorang Blogger adalah produk yang sememangnya mantap hasil ciptaan Raja Kamil, seorang IM yang terkenal dengan produk keluarannya yang banyak membantu sesiapa sahaja yang ingin menjana pendapatan secara online..



Jika anda belum mengetahui tentang produk Aku Seorang Blogger Versi Yang Lepas, anda boleh rujuk post atau entry imabiz yang lepas DI SINI...



Aku Seorang Blogger terhasil adalah dari pengalaman Raja Kamil sendiri yang mana beliau sudah pun menjana pendapatan ribuan ringgit melalui blog beliau iaitu rajakamil.biz..

Boleh dikatakan kita semua mempunyai blog kita sendiri, tetapi adakah kita menjana pendapatan melalui blog kita? jika ada peluang buat duit dengan blog kenapa kita tidak rebut peluang tersebut? apa yang penting bila kita dah buat blog? trafik atau pengunjung yang datang ke blog kita adalah penting.. jika tiada pengunjung datang ke blog kita.. tiada guna kita menulis blog tetapi tiada orang nak baca.. dan setelah pengunjung datang ke blog kita dah ramai.. barulah kita boleh menjana pendapatan dengan berkesan dengan blog kita tu... inilah yang akan dikongsikan di dalam Aku Seorang Blogger... cara bagaimana kita hendak mendapatkan pengunjung yang ramai datang ke blog kita dan seterusnya menjana pendapatan melalui blog.. banyak idea yang akan dikongsikan..


Apa perbezaan Aku Seorang Blogger Versi Terbaru Berbanding Versi Yang Lepas?

Apa yang imabiz boleh katakan adalah perbezaan antara Versi Terbaru dengan Versi Yang Lepas adalah kandungan idea atau kaedah yang lebih banyak dalam meningkatkan traffik atau pengunjung ke blog dan juga kaedah yang boleh dipraktikkan untuk buat duit melalui blog... oh ya, sebelum imabiz terlupa, produk ini adalah berbentuk audio.. jadi ada kelebihan produk audio berbanding produk ebook pdf yang akan imabiz terangkan di bawah ini...

Apa Pendapat Imabiz Tentang Produk Aku Seorang Blogger Versi Terbaru Ini ?

Pada pendapat imabiz inilah salah satu produk yang akan membantu kita untuk memulakan pendapatan melalui blog... jangan sia-siakan blog kita macam tu je.. baik kita lakukan sesuatu yang mendatangkan faedah kepada kita secara langsung atau tidak langsung.. yang kita perasan dan tidak perasan.. antara yang kita sedar atau yang kita tidak sedar.. memang Aku Seorang Blogger Versi Terbaru ini lebih banyak info atau penerangan atau idea untuk kita memulakan langkah mendatangkan trafik ke blog seterusnya buat duit dengan blog dengan cara yang tepat dan berkesan.. dan yang paling imabiz suka tentang Aku Seorang Blogger ini ialah ianya dalam bentuk audio.. jadi imabiz boleh mendengar strategi yang disampaikan oleh raja kamil macam imabiz dgr lagu sambil membuat kerja-kerja lain.. sambil mendengar audio Aku Seorang Blogger imabiz boleh berforum di Wangcyber, boleh update blog, boleh buat blogwalking, boleh buat edit php dan sebagainya... dan imabiz telah pun mendengarnya berkali-kali dan berulang-ulangkali supaya imabiz lebih memahami apa yang ingin dikongsikan oleh raja kamil... berbeza jika produk tersebut adalah berbentuk ebook pdf.. imabiz terpaksa menumpukan sepenuhnya kepada ebook tersebut dengan membaca.. jadi tak boleh buat kerja lain...

rasa dah banyak dah imabiz membebel nie.. jadi jom la dapatkan produk hebat nie.. imabiz tak pasti jualan Aku Seorang Blogger nie dah dibuka semula ke belum sebab raja kamil sedang menaiktaraf sistem jualannya.. tetapi anda boleh subcribe dulu info terkini Aku Seorang Blogger untuk mendapatkan review percuma produk tersebut.. dan jadilah pembeli terawal kerana.. macam biasalah.. awal-awal nie biasa ada harga promosi...

Untuk Keterangan Lanjut Sila Klik DI SINI...
Continue Reading...

Saturday, December 26, 2009

Panduan Feedburner Edisi Percuma

Dengan Lafaz Bismillahirrahmanirrahim, imabiz melancarkan produk sulung imabiz..

PANDUAN FEEDBURNER EDISI PERCUMA




ISI KANDUNGAN

1. PRAKATA
2. GOOGLE FEEDBURNER
3. KAEDAH LANGGANAN FEEDBURNER
4. PANDUAN MENDAFTAR / SIGN UP FEEDBURNER
5. PANDUAN MEMASUKKAN HEADLINE ANIMATOR DI SIGNATURE FORUM
6. MEMASUKKAN HEADLINE ANIMATOR DI BLOGSPOT
7. PANDUAN MEMASUKKAN EMAIL SUBCRIPTIONS KE BLOGSPOT
8. PANDUAN FEEDBURNER UPDATE POST BLOG TERUS KE AKUAN TWITTER
9. PENUTUP
10. Lain-Lain Perkongsian Di Imabiz Dot Co.Cc

Untuk Muat Turun Panduan Feedburner Sila Klik DOWNLOAD

Disebabkan ini adalah produk sulung imabiz, jadi imabiz rasa masih banyak yang perlu imabiz perbaiki... Jika ada sebarang cadangan atau komen atau teguran sila tinggalkan komen anda dibawah ini....
Continue Reading...

Monday, December 14, 2009

Blogwalking - Jenguk Blog Orang Lain

Salam sejahtera... harap rakan2 imabiz dan pengunjung blog ini sihat belaka... mase cuti sekolah nie ramai yang mengambil kesempatan untuk menjadi raja sehari atau menamatkan zaman bujang mereka... jadi imabiz nie sibuk la skit.. turut serta dalam memeriahkan majlis perkahwinan yang banyak tak terkire nie... bukan buat ape pun imabiz nie.. menyibuk jer.. hehe..ape pun kepada pengantin baru sume.. imabiz doakan Selamat Pengantin Baru.. Semoga Kekal Ke Akhir Hayat...

Continue Reading...

Saturday, October 3, 2009

Nilai Harga Blog Anda

Salam yang.. hari nie imabiz nak kongsi satu tool yang menarik... tool yang membolehkan kita mengira harga blog kita... tapi nie sekadar gurauan atau aper tue saya tak pasti... tapi kalau boleh guna harga blog nie... memang boleh buat duit nie..Tapi dengar sekarang orang menilai blog dari segi PR atau Alexa..

Walaupun ianya adalah sekadar mainan.. tapi bila saye tengok harga blog saya rm20k.. tambah bersemangat saya... ini boleh menjadikan sumber inspirasi untuk lebih bergiat lagi dalam blogging nie... harap rakan-rakan sume pun lebih bersemangat untuk berblogging macam saye nie hehe...

Untuk Melihat Nilai Harga Blog/Site Anda Sila Klik DI SINI

Continue Reading...

Monday, September 28, 2009

Blog Boleh Buat Duit ?

Selamat Hari Raye kepada pembaca Blog Imabi nie... Harap salah silap imabiz dapatlah dimaafkan.. hari nie imabiz nak berceloteh tentang blog... betul ke blog nie boleh buat duit??? jawapannya adalah BOLEH jika kene dengan caranya...

Blog yang bagaimana boleh mendatangkan pendapatan???

1. Blog Adsense

Ramai yang buat nie... Adsense ni adalah salah satu cabang pengiklanan daripada Google.. anda akan memperolehi pendapatan setiap kali iklan diblog anda di klik oleh pengunjung... contoh blog adsense Imabiz's Handphones Specs

Jika anda lihat.. ade iklan disebelah tepi dan atas content blog tersebut... itulah iklan adsense...

2. Blog Affiliate

Selain dari adsense.. affiliate juga adalah satu cabang pendapatan yang boleh diperolehi melalui blog... letak link affiliate di blog anda.. anda akan dibayar setiap kali pengunjung anda membeli produk melalui link anda...

3. Sewa Tapak Banner

Jika blog anda mempunyai traffik yang tinggi atau jumlah pengunjung yang ramai... anda boleh menyewa tapak untuk orang lain beriklan di blog anda...

Dan macam-macam lagi anda boleh buat... idea di atas tue adalah ape yang terlintas difikiran saya...

Tapi nasihat saya jika anda inginkan blog yang ramai pengunjung... janganlah buat blog hanya semata-mata untuk buat duit sahaja.. lebih baik anda buat blog yang memberi manfaat kepada pengunjung anda.. beri idea... beri ilmu.. dan berilah sesuatu yang berguna kepada pengunjung..

ape pun semoga semua sukses... imabiz pun masih belajar lagi nie.. harap sume sudi tunjuk ajar k.... salam kejayaan dari imabiz...
Continue Reading...
 
"Semoga Tahun 2011 Menjadikan Kita Lebih Baik Dari Tahun Sebelum-Sebelumnya"
" Suatu Kejayaan Yang Dikecapi Dengan Kepayahan Lebih Nikmat Daripada Suatu Yang Mudah Di Perolehi... Untuk Mencapai Kejayaan Bukanlah Suatu Yang Mudah.. Perlu Perancangan Dan Perlaksaan Yang Rapi.. Sekali Gagal Bukan Bermakna Gagal Selamanya... Bangkit Dan Teruskan Perjuangan... Pasti Cahaya Gemilang Akan Kelihatan... "
" Belajar dan Terus Belajar Adalah Penting Dalam Hidup Ini... Untuk Mencapai Kejayaan, Belajarlah Untuk Memantapkan Lagi Pengetahuan Di Dada... Bila Sudah Berilmu... Praktikkanlah Supaya Kita Lebih Mahir Dan Tidak Lupa.. Bila Sudah Berjaya.. Janganlah Sombong... Kongsilah Ilmu Bersama-sama.. "

Blog Imabiz Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template