Thursday, January 27, 2011

Kuasai Hosting

Hosting adalah tempat untuk menyimpan segala data berkaitan laman web / online... Bagi imabiz ia ibarat seperti harddisk atau cakera keras tempat penyimpanan data di pc atau laptop anda... cuma bezanya, hosting ini kita kena transfer data secara online atau menggunakan talian internet..




Ramai juga yang bertanya dengan imabiz tentang hosting, bagaimana nak masukkan file, macam mana nak upload, di mana nak letak fail dan sebagainya... imabiz sering menjawab pertanyaan dengan mengibaratkan hosting atau lebih tetap di html_public seperti harddisk... sama seperti yang imabiz terangkan di atas..


ok... jom kita cuba buka harddisk C:/.. dan di dalam harddisk kita boleh create newfolder dan copy paste data kita.. begitulah hosting kita... bagai mana nak tengok "harddisk" hosting kita ? di CPanel Hosting, anda pilih lah Filemanager dan pilih public_html... di situlah sepatutnya kita meletakkan segala fail yang berkaitan...

Kita kembali semula di harddisk C:/... jika kita buat create NewFolder di C:/ tersebut... dan masuk dalam folder yang kita create tadi.. di address bar akan kelihatan url C:/NewFolder... ok... cuba sekarang kita ibaratkan C:/ tersebut adalah nama domain kita... dan kita create newfolder di hosting kita... akan terhasilah http://domainkita.com/newfolder... sama di pc iaitu C:/newfolder ... jadi di dalam new folder tersebutlah kita upload segala file berkaitan laman web kita...

Hosting provider yang sekarang ini imabiz langgan adalah Jomhosting Dan NetKL... biasanya imabiz beli domain di NetKL dan hosting di Jomhosting... sebab apa imabiz memilih hosting provider tersebut..?? sebab ianya adalah dari Malaysia...

semoga kita berjumpa lagi di artikel akan datang.... salam hormat...
Continue Reading...

Tuesday, January 25, 2011

Panduan Wordpress - Pakej Lengkap Video Wordpress

Salam sejahtera... sudah agak lama rasanya imabiz tidak menulis di blog ini... imabiz sekarang begitu sibuk dengan beberapa perkara yang perlu diselesaikan bahkan lagi imabiz sekarang telah menawarkan perkhidmatan membina blog wordpress.. alhamdulillah... sambutan amat mengalakkan kerana pakej yang imabiz tawarkan adalah termasuk dengan tarik trafik ke blog pelanggan imabiz..

ok... artikel kali ini adalah untuk bercerita tentang Panduan Membina Blog Wordpress iaitu produk 2011 dan terkini dari Imabiz Dot Net..




Apa Kandungan Produk Ini..??

Video & Ebook 1:

Bagaimana Memasang WordPress ke Dalam Server Menggunakan Fantastico


Dalam panduan ini, anda bakal ketahui bagaimana memasang (install) WordPress ke dalam server atau hosting anda dengan menggunakan Fantastico yang ada disediakan di dalam cPanel. Jika anda tidak tahu apa itu cPanel, tidak mengapa jangan takut dengan perkataan ini kerana ianya ada diterangkan sekali di dalam panduan ini.

Video & Ebook 2:

Panduan Menggunakan Dashboard dalam WordPress


Dalam panduan ini anda akan diajar bagaimana untuk menggunakan Dashboard dalam blog WordPress anda. Dashboard seumpama papan kawalan bagi WordPress anda. Oleh itu inilah antara perkara awal yang sangat penting untuk anda ketahui.


Video & Ebook 3:

Panduan Menghasilkan Post dalam Blog WordPress


Dalam panduan ini anda akan mempelajari bagaimana untuk menghasilkan Post dalam blog WordPress yang anda miliki. Ini penting kerana tanpa proses ini maka blog anda tidak bermakna. Ini kunci kepada kejayaan blog anda.


Video & Ebook 4:

Panduan Mengedit Post dalam Blog WordPress


Dalam panduan ini, anda akan diajar bagaimana untuk mengedit post yang telah anda hasilkan dalam blog WordPress dengan cara yang paling efisyen dan pantas.

Senarai post yang dipaparkan termasuklah yang telah anda publish, simpan sebagai draft, yang telah anda buang (trash) atau yang perlu disemak (review) oleh pengguna-pengguna blog yang lain.


Video & Ebook 5:

Panduan Menggunakan Tags dan Categories dalam Blog WordPress


Panduan kelima adalah penutup kepada subjek menghasilkan post dan ia akan mengajar anda bagaimana menggunakan Tags dan Categories. Tags adalah sepatah keyword yang anda akan kaitkan dengan setiap satu post dalam blog anda. Jika anda ingin menambah atau mengedit tags yang dibuat, anda perlu klik Tags pada Dashboard bagi memastikan setiap post yang anda hantar adalah mesra SEO.


Video & Ebook 6:

Panduan Membuat Links dalam Blog WordPress


Dalam panduan ini anda akan diajar bagaimana untuk membuat links dalam blog WordPress anda. Links atau seksyen links yang ada di dalam blog WordPress anda adalah apa-apa link yang membawa pembaca atau pelawat keluar dari blog anda ke blog atau laman web lain di luar blog tersebut.

Selalunya links yang diletak dalam blog WordPress adalah links kepada laman web atau blog yang digemari oleh pemilik blog, iaitu anda sendiri. Ia juga dikenali dengan nama Blogroll dalam komuniti WordPress.org.


Video & Ebook 7:

Bagaimana Membuat Pages dalam Blog WordPress


Dalam panduan ini anda akan diajar tentang bagaimana cara untuk membuat pages atau laman untuk blog WordPress anda. Pages sebenarnya lebih kurang sama dengan post tetapi ia lebih statik, mempunyai kandungan yang lebih konsisten dan tidak berubah. Walaupun ia bukan satu Blogroll, tetapi ia penting untuk diakses oleh pelawat blog anda dengan mudah.

Contoh-contoh pages yang boleh anda hasilkan untuk blog WordPress anda adalah “Tentang Saya”, “Terma & Syarat”, “Polisi Peribadi” dan “Hubungi Kami”. Kesemua yang disebutkan lebih sesuai dihasilkan dalam bentuk pages berbanding post kerana ianya tidak memerlukan perubahan setelah diterbitkan.


Video & Ebook 8:

Bagaimana Memantau dan Mengedit dalam Blog WordPress


Dalam panduan ini anda akan dapat tahu lebih lanjut tentang seksyen Comment di mana ia sebenarnya digunakan untuk anda membaca, membalas, mengedit atau mengubah komen-komen yang masuk ke dalam blog WordPress anda melalui entri-entri yang telah anda terbitkan.

Jika dilihat dalam seksyen tersebut, anda akan jumpa beberapa pilihan yang berlainan sama ada ianya telah diterbitkan dan boleh dibaca dalam blog anda atau ia memerlukan pengesahan dari anda sebelum ia diterbitkan.

Selain itu, jika blog WordPress anda sudah mula mendapat kunjungan pelawat yang ramai dan mempunyai reputasi yang baik di kalangan pembaca, satu perkara yang tak boleh dielak ialah mendapat komen-komen Spam.


Video & Ebook 9:

Bagaimana Menguruskan Theme dalam Blog WordPress


Dalam panduan ini, anda akan diajar bagaimana untuk menguruskan seksyen Themes dalam blog WordPress. Seksyen Theme adalah antara seksyen terpenting dalam WordPress kerana semua pemilik blog WordPress mahukan Theme yang unik dan menarik untuk membezakan blog mereka dengan blog-blog yang lain. Ia juga dilihat sebagai wakil kepada personifikasi diri mereka yang sebenar dalam blog tersebut.


Video & Ebook 10:

Panduan Mencari Theme dalam Blog WordPress


Pada panduan sebelum ini anda telah diajar bagaimana menguruskan Theme dalam seksyen Themes blog WordPress anda. Dalam panduan ini pula, anda akan diajar bagaimana untuk mencari dan mendapatkan Theme baru yang boleh mengikut citarasa sebenar blog anda.



Video & Ebook 11:

Panduan Menggunakan Widget dalam Blog WordPress


Dalam panduan ini anda akan diajar dan diperkenalkan dengan salah satu fungsi terpenting dalam sesebuah blog WordPress iaitu Widget. Widget adalah sesuatu ciri yang ditambah oleh pemilik blog untuk memaparkan keunikan Theme dan blog mereka di Sidebar blog tersebut.

Sidebar adalah satu senarai menu yang terletak di bahagian tepi blog anda yang mengandungi maklumat yang boleh diakses secara terus dari mana-mana Page atau Post yang anda hasilkan.


Video & Ebook 12:

Panduan Menggunakan Editor dalam Blog WordPress


Dalam panduan ini anda akan diterangkan mengenai sesuatu yang lebih teknikal atau lebih maju dan anda mungkin tidak akan menggunakannya walau sekalipun sepanjang anda memiliki blog WordPress. Namun begitu, ia adalah salah satu alat yang hebat disediakan oleh WordPress untuk penggunanya iaitu Editor.

Untuk pengetahuan anda, kedua-dua Themes dan Plugins dihasilkan oleh orang-orang yang berbeza. Dan WordPress pula memberi anda kebolehan untuk mengedit kedua-dua fungsi penting itu secara terus dalam blog WordPress anda.


Video & Ebook 13:

Panduan Menggunakan Plugins dalam Blog WordPress


Dalam panduan ini, anda akan didedahkan dengan fungsi dan asas Plugins dalam blog WordPress. Secara jujurnya, jika panduan ini menceritakan panjang lebar tentang Plugins, 20 hingga 50 mukasurat pun tidak cukup untuk meliputi kesemua aspek yang membuat Plugins sangat berkuasa dalam WordPress.

Secara umumnya, Plugins akan membuatkan blog WordPress anda berfungsi mengikut apa yang anda mahukan seperti menukarkan fungsi blog kepada sebuah laman web e-commerce yang lengkap, videoblog, laman podcast, laman komik dan pelbagai laman web yang hebat hanya dengan menggunakan Plugins. Dengan adanya Plugins WordPress, imiginasi anda tidak akan terbatas kerana ia menjadikan kemampuan WordPress tidak terbatas.

Jadi, anda akan diterangkan bagaimana untuk menguruskan dan menggunakan Plugins dalam blog WordPress. Seksyennya hampir sama dengan pengurusan yang dibina untuk seksyen Themes dan ia akan memudahkan anda menangkap apa yang didedahkan kepada anda dalam panduan ini.


Video & Ebook 14:

Panduan Menggunakan Plugins dalam Blog WordPress


Satu lagi seksyen dalam blog WordPress yang akan anda pelajari adalah seksyen Tools. Anda tidak akan mempelajarinya serentak sekarang tetapi perkara-perkara yang lebih lanjut akan diselitkan kemudian untuk anda.

Namun, anda akan mengetahui satu perkara yang penting namun tidak akan anda gunakan dalam proses menghasilkan blog WordPress anda ini. Perkara pertama yang anda akan pelajari adalah cara “Import”. Jika anda berpindah dari satu software blogging ke satu software blogging yang berbeza contohnya Blogger, LiveJournal atau suatu blog yang hampir sama dengan WordPress, fungsi ini adalah satu alat yang akan memudahkan anda.


Video & Ebook 15:

Panduan Menggunakan Seksyen User dalam Blog WordPress


Dalam panduan ke 15 ini, anda akan mempelajari bagaimana menggunakan seksyen Users dalam blog WordPress anda. Secara umumnya, Users adalah sesiapa sahaja yang akan berhubung dengan blog anda, melebihi seorang tetamu di mana tetamu hanya boleh singgah dan baca blog anda tanpa memberikan sebarang sumbangan tetapi Users mempunyai kelebihan yang lebih dari tetamu.

Users boleh terdiri daripada pelbagai tahap seperti tahap subscriber (melanggan) yang boleh membaca dan meninggalkan komen


Video & Ebook 16:

Panduan Menggunakan Fungsi General Settings dalam Blog WordPress


Dalam panduan ini anda akan mempelajari bagaimana untuk menggunakan fungsi General Settings dalam blog WordPress yang anda miliki. Untuk pengetahuan anda, ada banyak cabang yang anda akan pelajari dalam seksyen Settings dan General Settings merupakan bahagian pertama dari keseluruhan seksyen yang anda akan pelajari. Settings digunakan untuk mengubah sedikit demi sedikit blog WordPress untuk mendapatkan hasil yang sama dengan kemahuan anda.

General Settings adalah seksyen di mana maklumat tentang blog anda dan beberapa perkara lagi dipamerkan. Anda boleh menukar tajuk blog, tagline, URL blog, alamat email serta banyak lagi

Video & Ebook 17:

Panduan Menggunakan Fungsi Write Settings dalam Blog WordPress


Baiklah, dalam panduan ini anda akan mempelajari bagaimana menggunakan dan mengubah Write Settings dalam blog WordPress anda. Fungsi ini membolehkan anda mengubah tetapan asal (default settings) serta beberapa perubahan blog yang lebih maju atau advance.

Pertama sekali, anda akan diajar untuk menetapkan berapa saiz Post Box anda jadi setiap kali anda membuat Post atau Page baru dan anda mempunyai content atau artikel yang panjang tetapi tidak mahu memenuhkan ruang full screen komputer anda.


Video & Ebook 18:

Panduan Menggunakan Fungsi Reading Settings dalam Blog WordPress


Panduan ini adalah sambungan kepada General dan Writing Settings yang telah anda pelajari dalam panduan-panduan yang lepas. Ada beberapa pilihan dalam seksyen tersebut dan bukan hanya untuk membaca blog serta menetapkan Feed Reading menggunakan RSS Feed dan Syndication


Video & Ebook 19:

Panduan Menggunakan Fungsi Reading Settings dalam Blog WordPress


Discussion Settings adalah seksyen khas untuk anda membuat perubahan terhadap tetapan pada komen-komen yang diberikan dalam blog WordPress anda. Anda tidak akan diajar semua fungsi dan pilihan yang ada di dalam seksyen ini kerana kesemuanya amat mudah difahami tetapi anda akan diajar tentang beberapa perkara yang anda perlu tahu sahaja.

Perkara pertama yang ingin disentuh adalah satu-satunya perkara yang selalunya tidak boleh dibiarkan tak bertanda atau tak di’tick’ semasa mula-mula blog WordPress dipasang iaitu Administrator sentiasa PERLU meluluskan komen


Video & Ebook 20:

Panduan Menggunakan Fungsi Permalink Settings dalam Blog WordPress


Baiklah, dalam panduan ini anda akan diajar bagaimana menggunakan fungsi Permalink Settings dalam blog WordPress anda. Seksyen ini adalah antara yang terpenting dalam blog WordPress anda kerana ia amat kerap digunakan tetapi tidak ramai yang tahu bagaimana untuk menggunakan fungsi penting ini. Secara umumnya, Permalink adalah satu fungsi yang menukarkan URL anda kepada URL yang lebih mesra Spiders/Crawlers untuk mencari keyword, serta mesra pembaca kepada pelawat anda untuk memudahkan mereka link kepada Post dan Page anda.


Video & Ebook 21:

Panduan Menggunakan Fungsi Privacy Settings dalam Blog WordPress


Dalam panduan ini anda akan mempelajari tentang Privacy Settings dalam blog WordPress anda. Seksyen Privacy Settings adalah seksyen paling mudah dan hanya memerlukan anda memberi jawapan Yes or No sahaja


Video & Ebook 22:

Panduan Menggunakan Fungsi Media dalam Blog WordPress


Seksyen Media ini adalah satu seksyen yang agak besar kerana ianya perlu diliputi dengan selengkapnya untuk tidak mengelirukan anda sebagai pengguna blog WordPress yang masih baru dan ingin belajar menggunakan blog ini dengan berkesan. Dalam seksyen ini, anda perlu tahu apa yang perlu anda lakukan, apa tetapan-tetapan yang disediakan dan bagaimana menggunakan Media dengan betul.

Secara asasnya, media adalah semua imej, gambar, video, audio dan semua yang tergolong dalam kumpulan multimedia. Tetapi, anda juga boleh memuatnaik .zip file, .pdf file, dan lain-lain serta memasukkan fail-fail tersebut ke dalam blog WordPress anda sama seperti imej, video dan audio yang digunakan dalam blog tersebut. namun begitu, tidak semua orang tahu kegunaan sebenarnya fungsi tersebut.

Secara amnya, Media Library anda akan kelihatan seperti seksyen-seksyen lain yang ada dalam blog WordPress anda.


Untuk Info Lebih Lanjut Sila Klik DI SINI
Continue Reading...
 
"Semoga Tahun 2011 Menjadikan Kita Lebih Baik Dari Tahun Sebelum-Sebelumnya"
" Suatu Kejayaan Yang Dikecapi Dengan Kepayahan Lebih Nikmat Daripada Suatu Yang Mudah Di Perolehi... Untuk Mencapai Kejayaan Bukanlah Suatu Yang Mudah.. Perlu Perancangan Dan Perlaksaan Yang Rapi.. Sekali Gagal Bukan Bermakna Gagal Selamanya... Bangkit Dan Teruskan Perjuangan... Pasti Cahaya Gemilang Akan Kelihatan... "
" Belajar dan Terus Belajar Adalah Penting Dalam Hidup Ini... Untuk Mencapai Kejayaan, Belajarlah Untuk Memantapkan Lagi Pengetahuan Di Dada... Bila Sudah Berilmu... Praktikkanlah Supaya Kita Lebih Mahir Dan Tidak Lupa.. Bila Sudah Berjaya.. Janganlah Sombong... Kongsilah Ilmu Bersama-sama.. "

Blog Imabiz Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template