Saturday, July 30, 2011

Perlukan Pengetahuan PHP / CSS Untuk Membina Website

jika ditanya soalan di atas nie kepada imabiz.. memang imabiz akan jawab YA... sebab secara asasnya website yang kita bina adalah terdiri daripada code php tidak kiralah html, php, joomla, wordpress, SMF dan pelbagai lagi software yang ada secara online ini...

sebenarnya nak buat website bukan susah sekarang nie.. di cpanel / direct panel yang kita langgan sendiri mempunyai pelbagai software yang kita boleh install hanya dengan memilih software / CMS yang kita kehendaki... klik Install >> Isi butiran yang diperlukan pada form yang tertera >> Next > dan terhasil lah satu laman web untuk anda... selepas itu untuk mencantikkan website tersebut.. anda bolehlah mencari theme yang bersesuaian dan install di page admin website anda.... dan untuk memberikan website anda sentuhan yang lebih advance... pelbagai plugin (wordpress) / module (joomla) / mod ( SMF / joomla) disediakan secara online untuk kita pasang di website kita...



Tetapi... untuk menghasilkan website yang pro seperti yang kita kehendaki... kita perlu mengetahui cara / tempat untuk kita edit supaya website tersebut mesra pengguna dan boleh memberikan impak semaksimum yang mungkin untuk pelayar laman web kita... seterusnya akan memberikan kepuasan kepada kita...

kalau nak edit.. sudah semestinya kita memerlukan pengetahuan tentang php / css.. pada kebiasaannnya css adalah kod yang diperlukan untuk mengawal paparan theme kita.. dan php adalah kod yang mengawal atucara website kita...

secara asasnya bolehlah imabiz katakan php terdiri daripada kod untuk tempat untuk isi data , simpan data dan paparkan data... so... imabiz berikan contoh borang pendaftaran forum ... untuk register kita mesti perlu mengisi borang pendaftaran... so.. inilah yang imabiz tempat untuk isi data.. seterusnya selepas kita submit, data tersebut akan disimpan di database server forum tersebut dalam satu bahagian khas mengikut id... dan seterusnya jika kita melihat profile kita.. data yang tersimpan akan dipaparkan mengikut id kita supaya profile yang terpapar adalah profile diri kita, bukan data orang lain...

so.. apa yang perlu secara asasnya untuk kita pelajari tentang PHP adalah..

1. Belajar tentang cara nak buat form untuk isi data... rasa ini tak susah... sebab guna kompozer pun boleh buat form... belajar dulu...

2. lepas dah success no 1.. belajar pula nak memproses data yang di isi dan disimpan ke database mengikut id...

3. dan sukses no 2... seterusnya belajar untuk memaparkan database yang disimpan mengkit id...

ini secara asas.. kalau 3 nie dah berjaya.. bolehlah kita search yang lebih advance...

selamat maju jaya..
Continue Reading...

Wednesday, July 27, 2011

Bola Malaysia VS Singapura - 28/07/2011

mesti terkejut imabiz buka entry / post tentang bola nie.. hehe.. mana tak.. hari-hari mesti cerita pasal bola sepak Malaysia yang mana kini telah meningkat... hari ini adalah sehari sebelum perlawanan second leg kelayakan piala dunia antara Harimau Malaya VS Singapura.. macam-macam strategi yang mereka semua conggak tidak kira lah dirumah / secara online.. imabiz selalu baca entry tentang bola Malaysia nie di forum...



imabiz bukanlah seorang peminat bola sepak.. tetapi sejak akhir-akhir ini imabiz tetap melihat siaran langsung perlawanan Harimau Malaya... tetapi sayang.. semasa perlawanan first leg di singapura tempoh hari tak dapat nak tengok... ada kenduri tahlil... so... terlepaslah nak tengok... frust je imabiz tengok adik-beradik lelaki imabiz... sudah tentulah kecewa apabila mengetahui keputusan kekalahan Malaysia 3-5... mungkin percaturan Jurulatih Rajagobal tidak kena pada malam tersebut..

tetapi, imabiz akan menonton / menyokong di kaca tv sahaja (tak dapat pegi stadium) perlawanan timbal balik yang akan diadakan di stadium Bukit Jalil... imabiz doakan akan kejayaan pasukan Malaysia supaya dapat mengatasi pasukan singapura... apa pun diharap pasukan Malaysia tidak lagi melakukan kesilapan seperti di Singapura yang melepaskan sebanyak 5 gol... imabiz tidaklah mengenali nama-nama pemain Malaysia.. tetapi pasti Rajagobal mempunyai stategi untuk mengatasi singapura... cayork-cayork..

ok... jom sama-sama kita menyokong pasukan Malaysia... Malaysia Boleh...
Continue Reading...

Software Buat Website Percuma

Untuk membina website bukan lah sesuatu yang sukar jika anda tahu cara atau teknik yang betul... sudah tentu program atau software diperlukan untuk membina sesuatu website.. antara yang popular adalah Dreamweaver... tetapi dreamweaver adalah salah satu software yang boleh dikatakan advance kerana mempunyai pelbagai ciri-ciri untuk memudahkan anda membina sebuah website... tetapi.. yup... ada tetapi... tetapi software ini bukan software percuma... sudah semestinya yang berbayar lebih pro..



jika anda ingin membuat website menggunakan software percuma, imabiz sarankan anda mencuba software kompozer.. software kompozer ini lebih kurang seperti microsoft office juga.. jadi, jika anda sudah sinonim dengan office, maka anda juga akan biasa dengan interface software kompozer...



Download Kompozer : http://kompozer.net/download.php

imabiz kalau nak buat website html / minisite memang selalu guna kompozer nie.. tapi kalau yang advance imabiz guna terus cms wordpress.. wordpress ini sofware yang dipasang ke dalam hosting dan kita kena access ke hosting kita untuk menggunakannya.. kebanyakkan website yang imabiz bina memang banyak menggunakan wordpress kerana ianya mudah diuruskan dan banyak plugin yang akan membantu kita..

jika anda ingin belajar tentang wordpress, anda boleh mendapatkan produk dari imabiz iaitu Panduan Forum Wordpress. Di dalam pakej tersebut terdapat beberapa panduan seperti domain dan hosting / cpanel / pasang wordpress dan sebagainya...

Laman - http://www.panduanforumwordpress.com/

anda juga boleh search di youtube untuk mendapatkan beberapa tutorial untuk menggunakan kompozer / wordpress...

selamat mencuba....
Continue Reading...

Tuesday, July 26, 2011

Bisnes Bulan Ramadhan - Jana 5 Angka Dengan Buat Coklat Dari Rumah

Dah dekat nak puasa nie... kepada anda yang membaca entry kali ini imabiz mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan dan marilah kita menikmati bulan Ramadhan 2011 dengan memperbanyakan amalan kita...

Bila muncul bulan puasa ni.. imabiz terfikir mesti ramai yang mencari idea untuk berniaga untuk mendapatkan income lebihan untuk perbelanjaan hari raya.. imabiz sendiri belum puasa lagi nie.. dah sibuk lah nak baju raya kaler apa, langsir umah kaler ape, buka kat mana nanti.. hehe.. belum puasa lagi nie.. tapi angan2 mat jenin dah banyak dah...



entry ini adalah untuk berkongsi kepada anda satu panduan daripada pakar iaitu Pakar Coklat.. ha... idea tue... buat coklat untuk di jual untuk berbuka puasa dan musim hari raya.. dan jika anda telah pun berjaya.. anda boleh meneruskan perniagaan coklat hanya dari rumah sahaja... imabiz nak start belajar dari panduan ini.. ramai yang dah berjaya menjana pendapatan dengan membuat coklat... bukan hanya untuk bulan puasa dan hari raya sahaja.. tetapi untuk sepanjang tahun...

imabiz nak cuba buat untuk makan sendiri sahaja... yela... coklat nie kalau beli bukan murah... mahal2 jugak harganya... kalau leh buat sendiri, ini dah kira save budget dah nie.. so... perbelanjaan kita dapat dijimatkan untuk keperluan yang lain pula...

Panduan Pakar Coklat ini mempunyai 4 Modul Utama iaitu :

Modul 1: Teknik Membuat Coklat Compound

Modul 2: Teknik Membuat Coklat Couverture

Modul 3: Teknik dan Strategi Pemasaran Coklat

Modul 4: Idea dan Pelan Tindakan Bisnes Coklat



Jadi, jom sama2 kita buat coklat untuk santapan tetamu kita dihari raya nanti...

Nak cuba panduan ini ? Sila KLIK DI SINI
Continue Reading...
 
"Semoga Tahun 2011 Menjadikan Kita Lebih Baik Dari Tahun Sebelum-Sebelumnya"
" Suatu Kejayaan Yang Dikecapi Dengan Kepayahan Lebih Nikmat Daripada Suatu Yang Mudah Di Perolehi... Untuk Mencapai Kejayaan Bukanlah Suatu Yang Mudah.. Perlu Perancangan Dan Perlaksaan Yang Rapi.. Sekali Gagal Bukan Bermakna Gagal Selamanya... Bangkit Dan Teruskan Perjuangan... Pasti Cahaya Gemilang Akan Kelihatan... "
" Belajar dan Terus Belajar Adalah Penting Dalam Hidup Ini... Untuk Mencapai Kejayaan, Belajarlah Untuk Memantapkan Lagi Pengetahuan Di Dada... Bila Sudah Berilmu... Praktikkanlah Supaya Kita Lebih Mahir Dan Tidak Lupa.. Bila Sudah Berjaya.. Janganlah Sombong... Kongsilah Ilmu Bersama-sama.. "

Blog Imabiz Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template