Monday, October 24, 2011

Bina Forum Guna Platform Apa..?

Forum adalah salah satu teknik marketing yang berkesan secara online... jika anda seorang yang giat berforum, anda sudah semestinya tahu kelebihan sebuah forum... kali ini imabiz ingin menulis tentang beberapa paltform yang imabiz gunakan untuk membina sebuah forum untuk client imabiz...



kalau kita lihat forum yang ternama seperti forum wangcyber, perniagaaninternet.my, carigold, gempak.org dan sebagainya menggunakan platform / software vbulletin.. vbulletin adalah platform untuk membina forum paling stabil kerana ianya adalah skrip berbayar dan kebanyakan mod / addon / theme / plugin vbulletin juga berbayar.. ada juga yang percuma boleh didapati di forum support vbulletin setelah anda mendaftar skrip yang anda beli...

tetapi di artikel ini imabiz akan memberikan beberapa platform / software percuma untuk membina forum, antaranya :

1. Forum Wordpress
ini adalah platform pertama yang imabiz guna untuk membina forum... apa yang imabiz suka tentang forum menggunakan wordpress adalah kita boleh install bersama blog wordpress kita dan ianya akan disesuaikan dengan theme blog kita... so.. tiada kejanggalan jika pelawat kita memasuki forum blog kita.. dan sudah semestinya ianya mudah di uruskan kerana platform wordpress adalah software yang mesra pengguna...

Contoh forum wordpress - http://www.panduanforumwordpress.com/support/forum/

2. Forum SMF

ini adalah platform kedua yang imabiz gunakan untuk membina forum buat client imabiz.. SMF adalah platform yang agak mudah juga untuk diuruskan tetapi nak sesuaikan theme yang kita kehendaki mesti mengikut version SMF yang kita install.. sebagai contoh kita install SMF version 2.0 jadi theme yang kita nak install pun kena carik juga version 2.0 barulah tiada banyak masalah yang akan timbul.. begitu juga dengan mod / add-on mesti ikut version SMF yang kita install..

Contoh Forum SMF - http://satrianeoclub.my

3. Forum phpBB

ini platform terkini yang imabiz explore / pelajari dan imabiz telah pun siap membina forum client menggunakan phpBB.. memang agak rumit skit ( mungkin sebab baru lagi kene explore lagi dan teruskan pelajaran baru jadi expert agaknya.. hehe ) sebab kene banyak koding lah... memang ade yang boleh menggunakan auto mod.. tetapi tak jadi2 imabiz buat.. hehe... biase memang kene codinglah.. sape yang dah ade basic coding tue.. no problem.. boleh cuba platform nie kerana hasilnya memang amat menarik...

Contoh Forum phpBB - http://gempakcyber.com

banyak lagi sebenarnya platform untuk membina forum.. tetapi imabiz belum cuba lagi yang lain... anda yang berminat nak bina forum bolehlah cuba2 platform yang imabiz berikan di atas.. selamat mencuba...
Continue Reading...

Thursday, October 6, 2011

Keseronokkan Kepuasan Adalah Ketagihan

salam sejahtera semua... lama tak buat entry kat blog nie... faktor utama adalah disebabkan imabiz skrg guna BB very slow connection dan faktor kedua adalah sibuk ( sibuk la sangat.. sibuk berfesbuk je.. hehe...)



apa sebabnya imabiz jadi addict untuk beronline... sebab imabiz seronok buat blog.. seronok perkara yang mendatangkan hasil dan kepuasan apabila melihat blog / perkara yang kita buat membuahkan hasil... so.... buat sesuatu perkara sehingga anda merasa seronok... sehingga merasa puas... dan akhirnya anda tidak berhenti melakukannya kerana anda telah ketagihan....

macam dulu... imabiz selalu update blog imabiz... informasi yang bermanfaat kene ada... jangan iklan semata-mata sahaja... sebab dorang yang search diinternet nie perlukan maklumat yang mereka kehendaki... anda semestinya minimizekan iklan di blog anda ( nasihat ini ditujukan khas untuk imabiz juga.. sebab dah ade yang sound kata blog imabiz skrg nie penuh iklan je) so... imabiz sendiri akan mengurangkan pengiklanan diblog imabiz... memang betul iklan adalah satu cara pendapatan untuk blog... tetapi kene kurangkan... imabiz berikan contoh... kita nak mempromosikan produk digital sebagai contoh panduan setup wordpress... so.. kita boleh menulis teknik atau cara untuk install wordpress dan dibahagian bawah artikel tersebut.. baru kita selitkan link affiliate atau link produk tersebut... so.. jangkaan kita adalah pembaca akan dapat info yang bermanfaat dan jika mereka masih kurang faham mereka boleh membeli produk yang kita iklankan... imabiz selalu hanya mempromosikan produk tersebut... so.. nampak sgt beriklan ( my mistake)

jika anda tidak mengetahui apa yang anda ingin lakukan... jadi... displinkan diri anda... buat research.. banyak bertanya... dulu imabiz sendiri adalah zero dalam bidang ini... tetapi imabiz kuatkan semangat dan kata pada diri imabiz ( kenapa dorang boleh imabiz tak boleh? )... sejak tue imabiz banyak bertanya pada rakan2 online dan mereka semualah yang mengajar imabiz... thank all very much.. ( macam ucapan masa dapat anugerah artis popular la pulak ) satu je imabiz nak beri tip " Benda tu nampak susah kalau kita tak tak tahu, nanti dah tau... seronok puas dan ketagihan nak buat lagi dan lagi dan lagi"

so.. imabiz harap apa sahaja anda buat... buatlah sehingga anda rasa seronok... puas dan akhirnya ketagihan kearah yang positif... kalau kearah negetif tue... tinggal2kanlah... thank semua kerana sudi membaca.....
Continue Reading...
 
"Semoga Tahun 2011 Menjadikan Kita Lebih Baik Dari Tahun Sebelum-Sebelumnya"
" Suatu Kejayaan Yang Dikecapi Dengan Kepayahan Lebih Nikmat Daripada Suatu Yang Mudah Di Perolehi... Untuk Mencapai Kejayaan Bukanlah Suatu Yang Mudah.. Perlu Perancangan Dan Perlaksaan Yang Rapi.. Sekali Gagal Bukan Bermakna Gagal Selamanya... Bangkit Dan Teruskan Perjuangan... Pasti Cahaya Gemilang Akan Kelihatan... "
" Belajar dan Terus Belajar Adalah Penting Dalam Hidup Ini... Untuk Mencapai Kejayaan, Belajarlah Untuk Memantapkan Lagi Pengetahuan Di Dada... Bila Sudah Berilmu... Praktikkanlah Supaya Kita Lebih Mahir Dan Tidak Lupa.. Bila Sudah Berjaya.. Janganlah Sombong... Kongsilah Ilmu Bersama-sama.. "

Blog Imabiz Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template