Saturday, December 4, 2010

Cara-Cara Membeli Produk Secara Online

Hari isnin nie nak pergi bercuti... lama dah tak pergi bercuti bersama keluarga tercinta.. imabiz pergi dengan keluarga, nenek dan juga makcik dan pakcik.. tempahan telah dibuat melalui internet sahaja... internet memang banyak betul memudahkan kehidupan harian kita... yela... kita tempah... bayar... dan tunggu je produk sampai ke rumah dihantar... hehe... tapi jaga-jaga... sudah ramai juga yang tertipu dengan pembelian dari internet ni... dah bayar... tapi produk tak sampai-sampai pulak... bile contact penjual... tak dapat dihubungi pulak... sakit hati dibuatnya...

imabiz nak berikan tip cara untuk membeli produk tidak kiralah produk digital atau produk fizikal secara online... apa yang imabiz selalu lakukan adalah imabiz selalu rujuk pada forum wangcyber kerana di forum wangcyber kebanyakan usahawan / peniaga online selalu lepak kat sana... jadi mereka boleh memberikan pandangan kepada anda tentang produk yang anda hendak beli.. anda boleh buka tread di seksyen - Ada Siapa Yang Tahu.. http://www.wangcyber.com/forum/ada-sesiapa-yang-tahu/


imabiz juga selalu kalau nak beli produk imabiz akan email / contact dahulu penjual tersebut dan bertanya beberapa soalan yang imabiz rasa perlu... jika penjual memberikan respond yang pantas dan imabiz rasa berpuashati dengan jawapan yang diberikan... baru imabiz melakukan pembelian...


selain itu, imabiz akan tengok testimoni yang diberikan oleh pembeli di laman web jualan produk tersebut... jika ada IM terkenal yang berikan testimoni biasanya produk tersebut boleh dipercayai... imabiz akan baca keseluruhan tstimoni yang diberikan dan imabiz akan rumuskan apa kandungan produk tersebut dan fikirkan jika berbaloi atau tidak jika membeli produk tersebut..

Jadi faktor penting yang perlu pada laman web jualan produk adalah :

1. Mudah menghubungi admin / penjual produk tidak kiralah secara ym / email / sms dan sebagainya..

2. Penjual mudah menjawab pertanyaan kita... bermakna penjual sudi support kita..

3. Teliti betul-betul produk tersebut perlu atau tidak.. takut nanti kalau dah beli produk tersebut tak bermanfaat kepada anda pula..

4. Rajin bertanya dahulu... jangan dah beli baru tanya kat forum wangcyber tue..

5. ada support dari penjual selepas kita membelinya..


Kalau anda hendak beli produk digital sebagai contoh ebook.. imabiz lebih galakkan anda membeli dari agen affiliate kerana kebanyakan agen affiliate menawarkan produk bonus jika anda membeli dari link affiliate mereka..


jika anda sudah pasti untuk membeli produk tersebut... anda bolehlah melakukan pembayaran samaada secara online atau transfer di ATM atau Cash deposit ke akaun penjual.. imabiz biasanya melakukannya secara online la.. lebih mudah dan pantas...

selepas melakukan pembayaran... jangan lupa simpan resit atau copy bukti pembayaran.. ini bagi memudahkan anda memberikan bukti tersebut untuk dihantar ke penjual melalui borang tempahan yang disediakan... anda isi borang tempahan tersebut dan masukkan data bukti pembayaran yang tertera semasa melakukan pemabayaran tadi..

selepas anda submit borang termpahan tersebut.. penjual akan memproses produk anda dan menghantar kepada anda.. jika produk fizikal.. produk akan dihantar ke alamat yang anda isi di borang tempahan.. jika produk digital pada kebiasaannya link download akan dihantar ke email anda.. jadi.. sila isi butiran dengan tepat supaya urus niaga dapat diuruskan dengan jayanya... selamat mencuba...

0 comments:

Post a Comment

 
"Semoga Tahun 2011 Menjadikan Kita Lebih Baik Dari Tahun Sebelum-Sebelumnya"
" Suatu Kejayaan Yang Dikecapi Dengan Kepayahan Lebih Nikmat Daripada Suatu Yang Mudah Di Perolehi... Untuk Mencapai Kejayaan Bukanlah Suatu Yang Mudah.. Perlu Perancangan Dan Perlaksaan Yang Rapi.. Sekali Gagal Bukan Bermakna Gagal Selamanya... Bangkit Dan Teruskan Perjuangan... Pasti Cahaya Gemilang Akan Kelihatan... "
" Belajar dan Terus Belajar Adalah Penting Dalam Hidup Ini... Untuk Mencapai Kejayaan, Belajarlah Untuk Memantapkan Lagi Pengetahuan Di Dada... Bila Sudah Berilmu... Praktikkanlah Supaya Kita Lebih Mahir Dan Tidak Lupa.. Bila Sudah Berjaya.. Janganlah Sombong... Kongsilah Ilmu Bersama-sama.. "

Blog Imabiz Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template