Tuesday, September 29, 2009

Rahsia Lulus Temuduga Kerajaan Versi Kedua



Setelah membantu ramai calon dalam menghadiri temuduga di sektor awam, kini ianya muncul lagi dengan versi terbaru iaitu Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan Kemaskini Kedua..


AMARAN: Anda Akan Gagal Dalam Temuduga Kerja Kerajaan Jika Anda Tidak Tahu Rahsianya!! Usah Biarkan Anda Gagal Lagi!! Pastikan Kerja Kerajaan Dalam Genggaman...

"Jika Anda Benar-Benar Serius Untuk Mendapatkan Pekerjaan Di Sektor Awam, Anda Memang WAJIB Membaca Laporan Ini!"





Setelah membantu ramai calon dalam menghadiri temuduga di sektor awam, kini ianya muncul lagi dengan versi terbaru iaitu Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan Kemaskini Kedua..


AMARAN: Anda Akan Gagal Dalam Temuduga Kerja Kerajaan Jika Anda Tidak Tahu Rahsianya!! Usah Biarkan Anda Gagal Lagi!! Pastikan Kerja Kerajaan Dalam Genggaman...

"Jika Anda Benar-Benar Serius Untuk Mendapatkan Pekerjaan Di Sektor Awam, Anda Memang WAJIB Membaca Laporan Ini!"




Dari : Jamaluddin Bahari

Lokasi: Bandar Tasik Selatan , KL




Assalamualaikum & Salam sejahtera tuan/puan,

Tanpa diduga krisis kegawatan ekonomi seperti yang pernah berlaku pada tahun 1998 berulang kembali.Tapi kegawatan ekonomi GLOBAL yang melanda ini bukan seperti yang berlaku pada tahun 1998 yang hanya melibatkan Asia saja, tetapi ianya lebih menakutkan di mana ianya melibatkan seluruh dunia! Ya, amat menakutkan!


Dengan krisis ekonomi yang melanda dunia sekarang ini, Malaysia tidak terkecuali turut menerima kesannya. Ianya bakal menyaksikan beratus-ratus ribu pekerja diberhentikan . Apakah nasib mereka seterusnya bagi menyara kehidupan mereka dan juga keluarga mereka...Sungguh kasihan..
fakta kerja kerajaan 1

fakta kerja kerajaan 2

Sumber: http://jtksm.mohr.gov.my

Ini perihal mereka yang diberhentikan kerja, bagaimana pula anak-anak muda kita yang bakal menamatkan pengajian di kolej-kolej dan di universiti-universiti? Harapan mereka begitu tinggi, iaitu memperoleh kerja sebaik saja menggenggam segulung ijazah ataupun sijil. Akan tetapi memandangkan MALAPETAKA DAHSYAT yang sedang melanda dunia sekarang ini yang mana ianya lebih dahsyat daripada tsunami mahupun gempabumi, tidak hairanlah akan munculnya "penanam - penanam anggur" ataupun penganggur terhormat dengan mendadaknya.
Sudahla terpaksa membayar semula pinjaman PTPTN, nak menyara hidup pun tak mampu. Terpaksa lah menebalkan muka mengharapkan simpati dari orang tua yang telah berhabis duit untuk menyediakan pelajaran buat mereka. Tapi apakan daya mereka, anak yang diharapkan mendapat jawatan tinggi dan kerja yang baik-baik terpaksa lagi mengharap belas ihsan dari mereka semata-mata kerana MALAPETAKA YANG DAHSYAT ini.

akan tetapi

Anda Tidak Akan Alami Hal Itu Jika Anda Bekerja di Sektor Awam!!
Pekerjaan sekarang ini tidak lagi selamat disebabkan kegawatan ekonomi dunia dan kemungkinan pemberhentian pekerja di sektor swasta akan menjadi semakin parah sekiranya kegawatan ekonomi dunia berterusan. Disebabkan kegawatan ekonomi yang tidak menentu masa kini, adalah sukar bagi sesiapapun untuk mendapatkan pekerjaan di sektor swasta terutamanya sektor pembuatan. Dan kerana inilah sebabnya mengapa ramai orang berlumba-lumba ingin memohon pekerjaan tetap di sektor awam kerana ia lebih TERJAMIN dan banyak KELEBIHANNYA.

Siapapun Amat Sukakan Kerja Kerajaan!

Banyak kelebihannya bekerja dengan sektor awam dan saya percaya disebabkan kelebihan-kelebihan inilah mengapa begitu ramai orang memohon jawatan kosong yang diiklankan di sektor awam. Antara kelebihan-kelebihan yang anda dapat sebagai seorang penjawat awam ialah:

* Elaun perumahan
* Cost of living allowance (COLA)
* Imbuhan tetap khidmat awam (Itka)
* Kenaikan gaji setiap tahun
* Kemudahan pinjaman komputer dan kenderaan Cuti tahunan mengikut kelayakan
* Cuti bersalin
* Pinjaman perumahan
* Caruman KWSP atau pencen
* Bersara pada umur 58 tahun
* Peluang kenaikan pangkat
* Peluang melanjutkan pelajaran
* Peluang untuk berkursus dari semasa ke semasa
* Lebih banyak masa diluangkan bersama keluarga



Oleh itu,tidak hairanlah mengapa terdapat beratus-ratus ribu orang telah memohon untuk berkhidmat dalam sektor awam pada zaman krisis ekonomi ini.

Akan tetapi, adakah mudah untuk memasuki sektor awam ini ? Jika anda fikir memang mudah untuk bekerja kerajaan, anda silap..


FAKTA PENTING!
Lebih 700,000 permohonan telah diterima pada tahun 2007 dan yang dipanggil temuduga adalah 350,000 untuk mengisi 38,000 jumlah kekosongan di sektor awam


Lihatlah betapa ramainya permohonan bagi mengisi kekosongan di sektor awam. Itu tahun 2007, bagaimana pula tahun 2008 yang menyaksikan bermulanya krisis ekonomi global ini. Sudah pasti bilangan permohonan untuk memasuki kerja sektor awam melebihi 1 juta orang!! Peratusan untuk anda berjaya mendapatkan jawatan yang diidam-idamkan itu hanyalah 5.4 % sahaja. Sangat sukar bukan? Apapun, untuk membuatkan anda terpilih bagi kekosongan itu, anda perlu lalui dan lulus....

Temuduga di Sektor Awam

Persaingan untuk mendapatkan kerja kerajaan AMAT tinggi dan peluang untuk anda berjaya adalah tipis jika anda langsung TIDAK TAHU bagaimana untuk bersedia menghadapi temuduga tersebut.

Adakah anda pasti akan lulus temuduga dengan beranggapan seperti di bawah ini ?:
bullet Anda mempunyai "kabel besar" @ orang dalam Kerajaan yang "confirm" boleh tolong luluskan anda semasa interview.

bullet Anda adalah seorang yang berpengalaman luas dan cemerlang semasa berkerja di swasta dulu

bullet Anda adalah seorang bekas graduan universiti yang memilki CGPA 3.5 ke atas ataupun graduan lulusan universiti luar negara yang terkenal

bullet Anda memiliki pengalaman ditemuduga beberapa kali sebelum ini

bullet Anda telah membeli pelbagai buku temuduga sebelum ini baik dalam mahupun keluaran luar negara

bullet Anda sememangnya sedang berkhidmat dalam kerajaan samada dari jawatan kontrak ataupun ingin naik pangkat

Lupakan sajalah andaian anda itu....Ketahuilah bahawa panel penemuduga tidak akan menilai
anda berdasarkan anggapan tersebut..Tak percaya? Cubalah....

Untuk Maklumat Lanjut Sila Klik DI SINI
Continue Reading...

Monday, September 28, 2009

Blog Boleh Buat Duit ?

Selamat Hari Raye kepada pembaca Blog Imabi nie... Harap salah silap imabiz dapatlah dimaafkan.. hari nie imabiz nak berceloteh tentang blog... betul ke blog nie boleh buat duit??? jawapannya adalah BOLEH jika kene dengan caranya...

Blog yang bagaimana boleh mendatangkan pendapatan???

1. Blog Adsense

Ramai yang buat nie... Adsense ni adalah salah satu cabang pengiklanan daripada Google.. anda akan memperolehi pendapatan setiap kali iklan diblog anda di klik oleh pengunjung... contoh blog adsense Imabiz's Handphones Specs

Jika anda lihat.. ade iklan disebelah tepi dan atas content blog tersebut... itulah iklan adsense...

2. Blog Affiliate

Selain dari adsense.. affiliate juga adalah satu cabang pendapatan yang boleh diperolehi melalui blog... letak link affiliate di blog anda.. anda akan dibayar setiap kali pengunjung anda membeli produk melalui link anda...

3. Sewa Tapak Banner

Jika blog anda mempunyai traffik yang tinggi atau jumlah pengunjung yang ramai... anda boleh menyewa tapak untuk orang lain beriklan di blog anda...

Dan macam-macam lagi anda boleh buat... idea di atas tue adalah ape yang terlintas difikiran saya...

Tapi nasihat saya jika anda inginkan blog yang ramai pengunjung... janganlah buat blog hanya semata-mata untuk buat duit sahaja.. lebih baik anda buat blog yang memberi manfaat kepada pengunjung anda.. beri idea... beri ilmu.. dan berilah sesuatu yang berguna kepada pengunjung..

ape pun semoga semua sukses... imabiz pun masih belajar lagi nie.. harap sume sudi tunjuk ajar k.... salam kejayaan dari imabiz...
Continue Reading...

Thursday, September 17, 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Dah lama rasenye tak update blog nie... hari nie imabiz mengambil kesempatan nie nak ucapkan selamat hari raya aidilfitri kepada rakan-rakan imabiz... tahun nie imabiz sambut aidlfitri nie dengan ala kadar sahaja... tidak perlulah boros... sebab ongkosnya kurang... tetapi duit raya untuk anak-anak saudara tetap imabiz sediakan... walaupun kita tak meriah.. biarlah budak-budak merasakan kemeriahannya...

bagi imabiz.. raya sekarang nie tak seperti zaman kanak-kanak imabiz... zaman imabiz dulu pergi beraya beramai-ramai mencari duit raya.. tetapi zaman sekarang imabiz tengok budak-budak tidak ramai yang ingin beraya rumah ke rumah untuk mencari duit raya.. mereka lebih banyak menghabiskan masa mereka di rumah dengan menonton astro... jika mak ayah tak bawa mereka beraya.. maka tak dapatlah duit raya...

persiapan kuih raya imabiz pula setakat nie adelah buat kuih conflege (tak tau la ejaan betul ker tidak.. tak ingat.. hehe)... yang lain tue cam biase la.. kuih tunjuk-tunjuk sahaja...

kepada yang ingin pulang ke desa tue.. imabiz doakan semoga semua sampai ke destinasi dengan selamat... imabiz rase kemalangan jalan raya akan meningkat ketika musim perayaan menjelma... jadi jika perjalanan jauh tue rancang perjalanan dan berehatlah seketika... dan jika yang ingin bermain mercun tue.. bermainlah dengan cermat.. jangan nanti raye kat hospital lak...

Sampai di sini dahulu coretan imabiz... salam aidilfitri.... salah silap imabiz harap di maafkan.. imabiz manusia biase yang sering melakukan kesilapan... semoga aidilfitri tahun ini lebih bermakna dari sebelumnyua.. sekian....
Continue Reading...

Thursday, September 10, 2009

Panduan Pertolongan Cemas Dan CPR



Fakta: Kebanyakkan mangsa kemalangan meninggal dunia bukanlah disebabkan kelewatan ambulan tiba di tempat kejadian, TETAPI ianya disebabkan oleh kelewatan si mangsa menerima rawatan pertolongan cemas
Sekarang, bayangkan jika si MANGSA itu, adalah AHLI KELUARGA anda yang PALING DI SAYANGI!

Yang Ikhlas

Ali Nafiah

support@pertolongancemas.com

PER : Pentingnya Memiliki Ilmu Pertolongan Cemas!

Ramai yang beranggapan, ilmu mengenai pertolongan cemas adalah sesuatu yang membosankan dan tidak penting. Anggapan seperti...

"Tidak mengapalah! Saya tidak pernah alami kemalangan!"

"Orang lain ada, insyallah akan tolong saya bila saya alami kemalangan!"

"Apa susah-susah, kalau kemalangan, dail je lah 999!"

Hakikatnya, apabila berlaku sesuatu kemalangan, lebih ramai yang terpinga-pinga dan hanya memerhatikan sahaja. Semuanya buat tak tahu sahaja, maklumlah, bukan saudara-mara atau ahli keluarga mereka yang "kena".

Malang tidak berbau, jika hari ini anda tidak pernah mengalami kemalangan, ianya tidak bermakna anda tidak akan mengalami kemalangan sampai bila-bila. Apabila sudah "terkena" , sama ada pada diri sendiri atau pada saudara-mara dan ahli keluarga, selalunya, mereka yang berhampiran hanya tahu terjerit-jerit dan menangis. Perasaan bingung, takut, sedih, terkejut dan buntu menyelubungi diri, TIDAK TAHU apa yang perlu dilakukan. Tambah parah lagi, tiada orang lain yang ada di tempat kejadian. Hanya anda dan juga si mangsa. Mahu dail 999? Paling cepat, ambulan akan sampai dalam masa 15 minit, itu paling pantas jika tiada sebarang masalah kesesakan lalulintas ataupun masalah ketiadaan ambulan "standby". Selalunya, ambulan akan sampai dalam masa 30 minit hingga 90 minit selepas anda membuat panggilan.

Sedangkan, apa yang dilakukan terhadap si mangsa pada 6 minit yang pertama selepas kemalangan adalah tempoh waktu yang sangat kritikal. Bagi kemalangan yang menyebabkan situasi si "mangsa" tidak mampu bernafas, jika dalam masa 6 minit si mangsa tidak mendapat bantuan pernafasan atau CPR, si mangsa atau insan yang anda sayangi, mungkin akan koma atau lumpuh seumur hidup.

Jadi... Usah biarkan perkara ini berlaku kepada insan yang anda sayangi.

Usah Lagi Terpinga-pinga dan Menjadi Buntu!

Ramai orang menjadi BUNTU apabila berhadapan dengan situasi kecemasan adalah disebabkan mereka tiada sebarang pengetahuan tentang ILMU PERTOLONGAN CEMAS!.

Mahu di biarkan... Tidak Sampai Hati!

Mahu di tolong.. Takut Jadi Lagi Parah!

Mahu atau tidak, terpaksa di"tonton" sahaja mangsa tersebut. Ini adalah sesuatu yang amat memalukan dan menyedihkan, lebih-lebih lagi jika anda adalah merupakan seorang ketua keluarga dan si mangsa pula adalah merupakan anak atau isteri anda.

Takkan anda hanya mampu melihat sahaja apabila anak atau isteri anda tiba-tiba...

* Tercekik makanan atau susu
* Terseliuh
* Terkena kejutan elektrik
* Luka berdarah terpijak benda tajam
* Pengsan akibat pitam
* Jatuh dan patah tulang
* Lemas di kolan renang
* Berdarah di telinga atau hidung
* Demam panas yang keterlaluan secara tiba-tiba
* Sawan
* Kejang Otot
* Mata tercucuk alat permainan
* Muntah-muntah akibat keracunan makanan
* dan bermacam-macam lagi kemalangan dan serangan penyakit yang mungkin boleh berlaku pada bila-bila masa tanpa ada sebarang amaran dan peringatan


Pelajari Ilmu Pertolongan Cemas Sekarang!

Kini! Sudah tiba masanya untuk anda melengkapkan diri dengan ILMU PERTOLONGAN CEMAS. Selain dapat membantu diri anda MENYELAMATKAN NYAWA INSAN TERSAYANG dikala kecemasan akibat kemalangan ataupun serangan penyakit, ia juga dapat menjadikan diri anda lebih YAKIN di dalam MEMIKUL TANGGUNGJAWAP menjaga insan-insan tersayang dibawah jagaan anda.

Tidak kiralah sama ada anda adalah seorang suami, isteri, bapa, ibu, guru sekolah, ketua jabatan, pemandu bas, mahupun pengawal lalu lintas, sudah pastinya, ilmu pertolongan cemas ini akan dapat membantu anda untuk bersedia menghadapi situasi-situasi cemas yang mungkin berlaku di sekeliling anda.

Dan.. untuk memudahkan anda mempelajari tentang "Ilmu Pertolongan Cemas" ini, saya telahpun menghasilkan sebuah ebook panduan yang lengkap dengan teknik-teknik bantuan kecemasan yang boleh anda gunakan di dalam pelbagai situasi.

Untuk Maklumat Lanjut Sila Klik DI SINI
Continue Reading...

Wednesday, September 9, 2009

Rahsia Maklumat Pelanggan



Salam Usahawan, Salam Kejayaan!

Mohd Affendy

Mohd Affendy Mohd Amin
Phone / SMS : 019 2221900

Salah SATU Sebab UTAMA Mengapa 97% Perniagaan Gagal Pada 3 Tahun Pertama, Adalah Kerana Kegagalan Mereka Mendapatkan & Menguruskan Pelanggan Dengan Betul!
Jadi, Usah Biarkan Perniagaan Anda Mengalami Nasib Yang Sama!


Per : Pentingnya Mempunyai Sistem Pengurusan Maklumat Pelanggan

Saban hari, saya melihat, ramai usahawan-usahawan kecil yang mengeluh betapa sukarnya mereka ingin mendapatkan pelanggan bagi perniagaan mereka. Apabila sudah mendapat pelanggan, itulah kali pertama dan kali terakhir mereka melihat pelanggan tersebut.

Sebagai seorang usahawan yang berjaya, anda perlulah bijak menguruskan pelanggan agar pelanggan tersebut, akan terus-menerus membeli daripada anda dan seteusnya menjadi pelanggan yang setia terhadap perniagaan anda.

Lebih hebat lagi, jika anda mampu untuk menukarkan mereka menjadi "agen promosi" anda yang tidak rasmi. Semuanya disebabkan layanan istimewa yang terbaik anda berikan kepada mereka.
Kisah Perniagaan Saya...

Sejak 5 tahun lepas, saya telah memulakan beberapa perniagaan termasuklah sebagai usahawan herba. Memulakan perniagaan ini tidaklah susah kerana dengan hanya bermodalkan beberapa ratus RM, sesiapa sahaja dapat bermula sebagai seorang usahawan herba.

Walaupun modalnya agak kecil, tetapi saya dapati kos untuk promosi dan pengiklanan bagi perniagaan ini adalah agak besar. Terutamanya apabila saya ingin menyewa tapak-tapak ekspo, kos sewaannya agak tinggi.

Saya tidak nafikan yang saya memang mendapat keuntungan dari jualan di tapak ekspo tersebut. Tetapi wang hasil jualan tersebut seringkali kehabisan dan digunakan untuk membuat promosi dan pengiklanan yang seterusnya.
Hasil Keuntungan Perniagaan, Seringkali Habis Untuk Menampung Kos Promosi dan Pengiklanan...

Perkara ini membuatkan perniagaan saya sukar untuk berkembang. Wang masuk dan wang keluar begitu sahaja sedangkan penat lelahnya tidak terkira. Keluarga sendiri pun seringkali ditinggalkan kerana perniagaan ini. Kadang-kadang duit gaji sendiri pun digunakan untuk menampung keperluan perniagaan.

Jadi tiada wang yang boleh disimpan dan kadang-kadang terpaksa berhutang pula untuk memastikan perniagaan saya terus hidup.

Saya tertanya-tanya pada diri sendiri, “Sampai bila nak jadi macam ini? Kenapa usaha saya selama ini tidak membuahkan hasil yang baik? Kenapa saya selalu gagal? Kenapa kedudukan kewangan saya lebih teruk dari masa sebelum menjalankan perniagaan?”

Kecewa dengan hasil yang diperolehi, saya mula banyak meluangkan masa membaca, menghadiri seminar dan bengkel, membuat pemerhatian dan mencuba sendiri teknik-teknik perniagaan yang dipelajari. Alhamdulilah, saya mula menemui rentak di dalam menguruskan dan memajukan perniagaan saya.

Cuba anda bayangkan...

Sebelum ini, untuk mendapatkan jualan yang tinggi bagi perniagaan saya, saya perlu melakukan promosi sama ada menyewa tapak di ekspo, membeli iklan di surat khabar, menyebarkan brochure dan berbagai-bagai lagi teknik promosi dan pengiklanan.

Memang akan ada sedikit peningkatan pada hasil jualan setiap kali saya membuat promosi, tetapi, ianya hanya sementara, selepas tamat tempoh promosi dan pengiklanan, hasil jualan perniagaan saya akan menjadi suram semula.
Saya Mula Sedar...

Dari situ saya mula sedar.. walaupun melakukan promosi dan pengiklanan adalah sesuatu yang penting, tetapi, cara dan strategi bagaimana menguruskan pelanggan itu adalah lebih penting untuk jangkamasa panjang.

Kata seorang pakar pemasaran..

"Mendapatkan jualan kedua dari pelanggan yang sedia ada itu adalah lebih mudah dari mendapatkan jualan dari pelanggan yang baru"

Kata-kata ini adalah sangat benar. Oleh itu, satu sistem untuk menguruskan pelanggan perlulah dibina agar pelanggan-pelanggan tersebut akan terus menjadi pelanggan yang setia dan seterusnya dapat memaksimunkan keuntungan perniagaan saya.

Alhamdulilah, setelah mencuba jaya beberapa teknik dalam masa beberapa tahun, akhirnya, saya berjaya membina satu sistem maklumat pelanggan yang berkesan. Dengan sistem pengurusan maklumat pelanggan ini, perniagaan saya mampu untuk berkembang tanpa perlu lagi saya mengeluarkan kos promosi yang tinggi lagi secara berulangkali.
Saya Ingin Berkongsi Dengan Anda...

Saya telah pun mendokumentasikan sistem pengurusan maklumat pelanggan itu. Saya harap, ianya dapat turut sama digunakan oleh rakan usahawan lain di luar sana. Saya tidak mahu anda membazirkan wang dengan melakukan kesilapan-kesilapan yang pernah saya lakukan suatu masa dahulu.

Ebook Rahsia Maklumat Pelanggan

Di dalam ebook "Rahsia Maklumat pelanggan" ini, saya menunjukkan:-

1.

Bagaimana anda boleh menjimatkan kos promosi dan pengiklanan yang mahal menggunakan modal perniagaan terhad.
2.

Bagaimana anda boleh mengelakkan melakukan kerja yang sama berulang-ulang kali dalam mencari dan menyediakan maklumat prospek dan pelanggan untuk membuat promosi dan jualan.
3.

Bagaimana anda dapat melancarkan promosi dan jualan dengan lebih pantas berbanding pesaing-pesaing anda.
4.

Bagaimana anda boleh track promosi dan pengiklanan mana yang memberi paling banyak maklumbalas (response). Dengan ini, anda boleh mengelakkan melakukan pembaziran kerana salah promosi.
5.

Bagaimana anda boleh menggandakan jumlah maklumat prospek dan pelanggan dengan pantas dengan kos yang paling murah, malah secara PERCUMA sahaja.
6.

Bagaimana anda dapat menggandakan pusingan jualan dengan konsisten menyebabkan peratus kejayaan mendapat order lebih tinggi.
7.

Bagaimana mengurangkan kehilangan pelanggan dan keuntungan dalam jangkamasa panjang
8.

Bagaimana anda dapat menjana pendapatan dari pelanggan yang sama berulang-ulang kali. TANPA PERLU terkejar-kejar mencari prospek dan pelanggan baru setiap masa.

Untuk Maklumat Lanjut Sila Klik DI SINI
Continue Reading...

Panduan Berhenti Merokok Dalam Tiga Minggu



Usah Lagi Membazirkan Wang dan Membahayakan Kesihatan Anda Dengan Menjadi Perokok!
Ketahui Bagaimana Anda Boleh Berhenti Merokok Untuk Selama-lamanya Dalam Masa 3 Minggu Tanpa Perlu Mengambil Sebarang Ubat atau Herba atau sebarang makanan pelik!

Salam hormat buat sahabatku..

Saya pasti! Suatu masa dahulu.. anda bukanlah seorang perokok! Namun, atas pengaruh rakan-rakan, anda akhirnya terjebak dan menjadi salah seorang perokok tegar. Beribu-ribu wang telah dihabiskan untuk membeli rokok selama beberapa tahun kebelakangan ini. Prestasi kesihatan anda pula, semakin menurun. Jika dulu anda boleh berlari dan bermain bola tanpa rasa penat, kini, baru naik tangga rumah je pun sudah termengah-mengah.

Tidak perlulah saya menceritakan lebih banyak lagi akan keburukan merokok, saya pasti anda pun sudah sedia maklum, malah, anda mungkin lebih arif lagi mengenainya. Masakan tidak, setiap hari anda membaca notis amaran serta melihat gambar yang mengerikan yang terdapat pada kotak rokok tersebut. Sudah tentunya anda sudah begitu faham dan tahu mengenainya.

Namun begitu, walaupun betapa nikmatnya anda menghisap asap pahit itu, saya pasti, ada sekelumit niat serta keinginan di dalam diri anda untuk berhenti merokok.

Niat untuk berhenti merokok ini sememangnya ada di setiap benak fikiran dan sanubari semua perokok, malah, ada juga yang pernah mencuba untuk berhenti darinya. Tetapi, ramai yang gagal. Jika berjaya pun, hanya untuk sementara waktu sahaja, 2-3 hari selepas itu, mereka akan menghisap rokok semula. Akhirnya, mereka pasrah dan berfikir, "Tidak mengapalah, lama-lama nanti aku akan berhenti sendiri bila sampai waktunya".
Maaf Sahabatku! Berhenti Sendiri Itu Hanya Akan Berlaku...
Apabila Nafas Anda Berhenti (MATI)!

Jika anda tidak berusaha untuk berhenti daripadanya, maka ia tidak akan terhenti. Usah lah berputus asa... untuk berhenti merokok!, ada caranya. Ianya seperti berperang, anda mesti ada strategi! Tidak boleh serang secara melulu dan bertahan tidak kena pada tempatnya. Jika tidak, tidak hairanlah anda masih lagi menghisap batang panas yang berasa payau itu sehingga hari ini.
Dulu... Saya Juga Seperti Anda..

Saya mula menghisap rokok ketika dibangku sekolah. Semuanya kerana terikut-ikut atas pengaruh rakan. Pertama kali saya menghisap rokok, saya batuk terbahak-bahak dan terasa ingin muntah. Pada waktu itu, saya tidak sedar, itu sebenarnya adalah merupakan petunjuk bahawa tubuh saya terkejut dengan racun yang saya sendiri alurkan.

Hisap RokokPada waktu itu saya menghisap rokok hanyalah sekadar suka-suka. Saya mula menjadi perokok tegar selepas melanjutkan pelajaran ke sebuah kolej matrikulasi. Berpuluh-puluh ringgit saya habiskan setiap bulan untuk membeli kotak rokok. Perkara ini berterusan sehinggalah saya tamat belajar di IPTA dan memasuki alam pekerjaan.

Jika dikira-kira, berpuluh ribu wang saya telah dihabiskan hanya untuk membeli rokok. Sememangnya sesuatu yang amat sadis dan merugikan.

Sampailah di suatu ketika, apabila saya bertemu dengan seorang rakan saya yang telahpun berjaya berhenti merokok. Dari situ, timbul perasaan cemburu dan teruja dalam diri saya untuk turut sama berhenti merokok. Saya sungguh berasa tercabar untuk turut membuktikan yang saya juga boleh berhenti merokok

Setelah berusaha beberapa minggu, saya berjaya berhenti merokok, namun.. selepas beberapa hari, saya ‘on’ balik. Kadang-kadang, saya terfikir seperti mahu berputus asa.. tetapi mengenangkan "Jika orang lain boleh buat! kenapa aku tidak boleh buat?" . Saya kuatkan semangat dan tekad untuk berhenti merokok...

Alhamdulilah, berkat usaha melalui tunjuk ajar rakan-rakan, sokongan keluarga dan juga dari hasil pembacaan, saya akhirnya menjumpai penawarnya...
Cara Yang Sebenar-sebenarnya Bagaimana Untuk Berhenti Merokok..

Ya! saya telah menjumpai cara yang sebenar-benarnya untuk berhenti merokok. Saya kini sudah tidak lagi merokok! Saya berjaya berhenti merokok TANPA PERLU mengambil apa-apa ubat, mahupun gula-gula getah semata-mata untuk mengantikan ketagihan merokok.

Pada pengalaman saya, kaedah sebegitu sebenarnya kurang berkesan. Ianya hanya akan membuatkan anda bergantung pula kepada bahan-bahan tersebut. Silap haribulan, kos untuk membeli penawar itu lebih tinggi dari kos merokok. Akibatnya, lambat-laun, anda akan kembali merokok semula.
Hidup Saya Kini Lebih Bermakna!

Benar sahabatku, setelah berjaya berhenti merokok, saya dapat merasakan perbezaan yang amat ketara dalam hidup saya. Saya rasa, hidup saya lebih bermakna dan lebih menggembirakan.

Saya kini sudah boleh merasai akan rasa sebenar setiap makanan yang saya nikmati. Berbanding dulu, makanan yang dimakan tidak dapat saya rasai akan kemanisan dan kesegarannya yang sebenar. Rasa payau pada lidah menenggelamkan nikmat sebenar rasa makanan yang dimakan.

Kehidupan saya juga rasa lebih bertenaga. Setiap kali bangun tidur, saya rasa lebih segar. Si isteri? Jangan ceritalah.. dia pun lebih gembira kerana tiada lagi nafas busuk yang berbau rokok setiap kali bangun tidur.

Wang? Jika dulu agak sukar untuk saya menyimpan wang, kini, alhamdulilah, sedikit demi sedikit saya dapat menyimpan wang dan sekaligus menjadikan kedudukan kewangan saya lebih baik.

Rakan-rakan? Percaya atau tidak, selepas saya berhenti merokok, satu demi satu rakan saya juga turut berhenti merokok, semuanya menggunakan teknik yang sama seperti mana yang saya gunakan.

HIDUP ini menjadi lebih INDAH!
Jom! Mari Kita Berhenti Merokok!

Marilah! marilah kita bersama-sama memBEBASkan diri daripada menjadi "Hamba Rokok" untuk selama-lamanya... bukan untuk 3 hari, seminggu atau sebulan... tapi untuk selama-lamanya...

Untuk tujuan itu, saya telah pun membukukan "Cara-cara Bagaimana Saya Berhenti Merokok!". Saya harap, ianya dapat membantu anda di dalam usaha untuk berhenti merokok! Jika saya mampu lakukannya.. saya yakin, anda juga mampu untuk melakukannya?

Inilah dia ebook yang telah saya tulis untuk membantu anda membebaskan diri jadi menjadi perokok tegar. Di dalam ebook ini, saya kongsikan cara-cara mudah untuk berhenti merokok. Selain itu, antara isi kandungan yang turut terdapat dalam ebook ini ialah:-

Ebook Jom Berhenti Merokok

*

2 Perkara Utama yang membuatkan anda terus merokok. Anda perlu sedar mengenai 2 perkara ini, jika tidak, sampai bila-bila pun anda akan terus merokok.
*

5 Sebab Utama Kenapa Susah Untuk Berhenti Merokok. Ramai orang yang gagal berhenti merokok, tidak tahu sebab mengapa mereka gagal untuk berhenti. Disebabkan itu, mereka akhirnya menjadi pasrah dan tidak mahu lagi berusaha
*

4 Kelebihan Utama Bberhenti Merokok. Jika anda ingin berhenti merokok, anda mesti tahu, mengapa anda mesti berhenti merokok? 4 Kelebihan ini akan memberikan anda sebab yang kukuh, mengapa anda perlu berhenti merokok sekarang!
*

Langkah-langkah Mudah Berhenti Rokok. Disinilah rahsia terbesar bagaimana anda boleh berhenti merokok dengan mudah dan berkesan. Apa yang perlu anda lakukan, hanya baca, fahami dan lakukan setiap langkah yang diajarkan dengan penuh tekad.
*

Tempoh Pantang Merokok. Berapa lamakah anda harus berpantang dari menghisap rokok untuk membolehkan anda kekal berhenti merokok selamanya? Semua itu dikupas di dalam bab ini.
*

Sebab Utama Kenapa Gagal & Kembali Merokok. Selepas anda berjaya melepasi tempoh pantang merokok, masih ada beberapa perkara yang boleh menyebabkan anda kembali merokok, ketahui apa perkara tersebut dan pastikan anda mengelakkan dari melakukannya.
*

Rokok Terakhir . Bagaimana menghadapi saat-saat terakhir anda bersama rokok. Ianya amat penting dan kritikal.
*

Amaran Terakhir. Jika terasa ingin merokok semula, ingatilah amaran ini.
*

Saat Kebenaran . Kebebasan dan ketenangan hidup kini adalah milik anda. Bergembiralah!

Kik Disini Untuk Pesanan
Continue Reading...

Rahsia Kejayaan IM Di Bongkar (Percuma)




Salam Sejahtera ,

Terbaru, rakan IM (Internet Marketer) saudara Zamrin menganjurkan
program PPL (Pay Per Lead) untuk ebook beliau yang berjudul "Cerita IM".

Ebook setebal 53 mukasurat ini , memuatkan kisah cabaran serta
pengalaman yang dilalui oleh 13 orang IM malaysia. Antara kisah IM
yang terdapat di dalam ebook ini adalah seperti..

* Zamri Nanyan
* Alang
* Zul Smartusaha
* Team Flarebiz
* Luvlee
* dan ramai lagi...

Ebook ini memang sesuai dibaca untuk mendapatkan motivasi serta
semangat baru bagi semua yang ingin terus berusaha dan berjaya di
dalam perniagaan internet.

Yang bestnya anda akan dibayar 25sen bagi setiap ebook yang
didownload oleh prospek anda, jadi cepat sebarkan ebook ni melalui
email, forum, blog dan lain-lain lagi.

Program PPL ini berlangsung selama sebulan bermula dari
4 Sept - 4 Oktober 2009.Untuk download dan menyertai program ini
sila lawati laman web di bawah :

Cerita IM


Continue Reading...
 
"Semoga Tahun 2011 Menjadikan Kita Lebih Baik Dari Tahun Sebelum-Sebelumnya"
" Suatu Kejayaan Yang Dikecapi Dengan Kepayahan Lebih Nikmat Daripada Suatu Yang Mudah Di Perolehi... Untuk Mencapai Kejayaan Bukanlah Suatu Yang Mudah.. Perlu Perancangan Dan Perlaksaan Yang Rapi.. Sekali Gagal Bukan Bermakna Gagal Selamanya... Bangkit Dan Teruskan Perjuangan... Pasti Cahaya Gemilang Akan Kelihatan... "
" Belajar dan Terus Belajar Adalah Penting Dalam Hidup Ini... Untuk Mencapai Kejayaan, Belajarlah Untuk Memantapkan Lagi Pengetahuan Di Dada... Bila Sudah Berilmu... Praktikkanlah Supaya Kita Lebih Mahir Dan Tidak Lupa.. Bila Sudah Berjaya.. Janganlah Sombong... Kongsilah Ilmu Bersama-sama.. "

Blog Imabiz Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template