Thursday, September 10, 2009

Panduan Pertolongan Cemas Dan CPR



Fakta: Kebanyakkan mangsa kemalangan meninggal dunia bukanlah disebabkan kelewatan ambulan tiba di tempat kejadian, TETAPI ianya disebabkan oleh kelewatan si mangsa menerima rawatan pertolongan cemas
Sekarang, bayangkan jika si MANGSA itu, adalah AHLI KELUARGA anda yang PALING DI SAYANGI!

Yang Ikhlas

Ali Nafiah

support@pertolongancemas.com

PER : Pentingnya Memiliki Ilmu Pertolongan Cemas!

Ramai yang beranggapan, ilmu mengenai pertolongan cemas adalah sesuatu yang membosankan dan tidak penting. Anggapan seperti...

"Tidak mengapalah! Saya tidak pernah alami kemalangan!"

"Orang lain ada, insyallah akan tolong saya bila saya alami kemalangan!"

"Apa susah-susah, kalau kemalangan, dail je lah 999!"

Hakikatnya, apabila berlaku sesuatu kemalangan, lebih ramai yang terpinga-pinga dan hanya memerhatikan sahaja. Semuanya buat tak tahu sahaja, maklumlah, bukan saudara-mara atau ahli keluarga mereka yang "kena".

Malang tidak berbau, jika hari ini anda tidak pernah mengalami kemalangan, ianya tidak bermakna anda tidak akan mengalami kemalangan sampai bila-bila. Apabila sudah "terkena" , sama ada pada diri sendiri atau pada saudara-mara dan ahli keluarga, selalunya, mereka yang berhampiran hanya tahu terjerit-jerit dan menangis. Perasaan bingung, takut, sedih, terkejut dan buntu menyelubungi diri, TIDAK TAHU apa yang perlu dilakukan. Tambah parah lagi, tiada orang lain yang ada di tempat kejadian. Hanya anda dan juga si mangsa. Mahu dail 999? Paling cepat, ambulan akan sampai dalam masa 15 minit, itu paling pantas jika tiada sebarang masalah kesesakan lalulintas ataupun masalah ketiadaan ambulan "standby". Selalunya, ambulan akan sampai dalam masa 30 minit hingga 90 minit selepas anda membuat panggilan.

Sedangkan, apa yang dilakukan terhadap si mangsa pada 6 minit yang pertama selepas kemalangan adalah tempoh waktu yang sangat kritikal. Bagi kemalangan yang menyebabkan situasi si "mangsa" tidak mampu bernafas, jika dalam masa 6 minit si mangsa tidak mendapat bantuan pernafasan atau CPR, si mangsa atau insan yang anda sayangi, mungkin akan koma atau lumpuh seumur hidup.

Jadi... Usah biarkan perkara ini berlaku kepada insan yang anda sayangi.

Usah Lagi Terpinga-pinga dan Menjadi Buntu!

Ramai orang menjadi BUNTU apabila berhadapan dengan situasi kecemasan adalah disebabkan mereka tiada sebarang pengetahuan tentang ILMU PERTOLONGAN CEMAS!.

Mahu di biarkan... Tidak Sampai Hati!

Mahu di tolong.. Takut Jadi Lagi Parah!

Mahu atau tidak, terpaksa di"tonton" sahaja mangsa tersebut. Ini adalah sesuatu yang amat memalukan dan menyedihkan, lebih-lebih lagi jika anda adalah merupakan seorang ketua keluarga dan si mangsa pula adalah merupakan anak atau isteri anda.

Takkan anda hanya mampu melihat sahaja apabila anak atau isteri anda tiba-tiba...

* Tercekik makanan atau susu
* Terseliuh
* Terkena kejutan elektrik
* Luka berdarah terpijak benda tajam
* Pengsan akibat pitam
* Jatuh dan patah tulang
* Lemas di kolan renang
* Berdarah di telinga atau hidung
* Demam panas yang keterlaluan secara tiba-tiba
* Sawan
* Kejang Otot
* Mata tercucuk alat permainan
* Muntah-muntah akibat keracunan makanan
* dan bermacam-macam lagi kemalangan dan serangan penyakit yang mungkin boleh berlaku pada bila-bila masa tanpa ada sebarang amaran dan peringatan


Pelajari Ilmu Pertolongan Cemas Sekarang!

Kini! Sudah tiba masanya untuk anda melengkapkan diri dengan ILMU PERTOLONGAN CEMAS. Selain dapat membantu diri anda MENYELAMATKAN NYAWA INSAN TERSAYANG dikala kecemasan akibat kemalangan ataupun serangan penyakit, ia juga dapat menjadikan diri anda lebih YAKIN di dalam MEMIKUL TANGGUNGJAWAP menjaga insan-insan tersayang dibawah jagaan anda.

Tidak kiralah sama ada anda adalah seorang suami, isteri, bapa, ibu, guru sekolah, ketua jabatan, pemandu bas, mahupun pengawal lalu lintas, sudah pastinya, ilmu pertolongan cemas ini akan dapat membantu anda untuk bersedia menghadapi situasi-situasi cemas yang mungkin berlaku di sekeliling anda.

Dan.. untuk memudahkan anda mempelajari tentang "Ilmu Pertolongan Cemas" ini, saya telahpun menghasilkan sebuah ebook panduan yang lengkap dengan teknik-teknik bantuan kecemasan yang boleh anda gunakan di dalam pelbagai situasi.

Untuk Maklumat Lanjut Sila Klik DI SINI

4 comments:

Mr. Cuz on September 11, 2009 at 9:30 PM said...

Bagus post ni...Memang zaman skang xramai yang nk belajar bnder ni...Ble korang dh g sndri blajar bnde ni baru tau penting ke tak bnder ni...Aku sendiri belajar bnder ni...Walaupun susah gk nk lulus ujian dier..hehehe

imabiz on September 14, 2009 at 12:30 AM said...

memang penting la mr cuz... mane tak... kalau jadi aper2 kan senangkan... walaupun kita tak pandai seperti doktor.. paling kurang dalam membantu dalam situasi kecemasan...

sabree hussin on September 11, 2010 at 5:36 AM said...

dapat tolong setakat yang termampu lebih baik daripada cuma mampu tengok je kan

imabiz on September 21, 2010 at 8:41 AM said...

betul tue sabree... so.. jom belajar jom..

Post a Comment

 
"Semoga Tahun 2011 Menjadikan Kita Lebih Baik Dari Tahun Sebelum-Sebelumnya"
" Suatu Kejayaan Yang Dikecapi Dengan Kepayahan Lebih Nikmat Daripada Suatu Yang Mudah Di Perolehi... Untuk Mencapai Kejayaan Bukanlah Suatu Yang Mudah.. Perlu Perancangan Dan Perlaksaan Yang Rapi.. Sekali Gagal Bukan Bermakna Gagal Selamanya... Bangkit Dan Teruskan Perjuangan... Pasti Cahaya Gemilang Akan Kelihatan... "
" Belajar dan Terus Belajar Adalah Penting Dalam Hidup Ini... Untuk Mencapai Kejayaan, Belajarlah Untuk Memantapkan Lagi Pengetahuan Di Dada... Bila Sudah Berilmu... Praktikkanlah Supaya Kita Lebih Mahir Dan Tidak Lupa.. Bila Sudah Berjaya.. Janganlah Sombong... Kongsilah Ilmu Bersama-sama.. "

Blog Imabiz Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template