Wednesday, September 9, 2009

Rahsia Maklumat Pelanggan



Salam Usahawan, Salam Kejayaan!

Mohd Affendy

Mohd Affendy Mohd Amin
Phone / SMS : 019 2221900

Salah SATU Sebab UTAMA Mengapa 97% Perniagaan Gagal Pada 3 Tahun Pertama, Adalah Kerana Kegagalan Mereka Mendapatkan & Menguruskan Pelanggan Dengan Betul!
Jadi, Usah Biarkan Perniagaan Anda Mengalami Nasib Yang Sama!


Per : Pentingnya Mempunyai Sistem Pengurusan Maklumat Pelanggan

Saban hari, saya melihat, ramai usahawan-usahawan kecil yang mengeluh betapa sukarnya mereka ingin mendapatkan pelanggan bagi perniagaan mereka. Apabila sudah mendapat pelanggan, itulah kali pertama dan kali terakhir mereka melihat pelanggan tersebut.

Sebagai seorang usahawan yang berjaya, anda perlulah bijak menguruskan pelanggan agar pelanggan tersebut, akan terus-menerus membeli daripada anda dan seteusnya menjadi pelanggan yang setia terhadap perniagaan anda.

Lebih hebat lagi, jika anda mampu untuk menukarkan mereka menjadi "agen promosi" anda yang tidak rasmi. Semuanya disebabkan layanan istimewa yang terbaik anda berikan kepada mereka.
Kisah Perniagaan Saya...

Sejak 5 tahun lepas, saya telah memulakan beberapa perniagaan termasuklah sebagai usahawan herba. Memulakan perniagaan ini tidaklah susah kerana dengan hanya bermodalkan beberapa ratus RM, sesiapa sahaja dapat bermula sebagai seorang usahawan herba.

Walaupun modalnya agak kecil, tetapi saya dapati kos untuk promosi dan pengiklanan bagi perniagaan ini adalah agak besar. Terutamanya apabila saya ingin menyewa tapak-tapak ekspo, kos sewaannya agak tinggi.

Saya tidak nafikan yang saya memang mendapat keuntungan dari jualan di tapak ekspo tersebut. Tetapi wang hasil jualan tersebut seringkali kehabisan dan digunakan untuk membuat promosi dan pengiklanan yang seterusnya.
Hasil Keuntungan Perniagaan, Seringkali Habis Untuk Menampung Kos Promosi dan Pengiklanan...

Perkara ini membuatkan perniagaan saya sukar untuk berkembang. Wang masuk dan wang keluar begitu sahaja sedangkan penat lelahnya tidak terkira. Keluarga sendiri pun seringkali ditinggalkan kerana perniagaan ini. Kadang-kadang duit gaji sendiri pun digunakan untuk menampung keperluan perniagaan.

Jadi tiada wang yang boleh disimpan dan kadang-kadang terpaksa berhutang pula untuk memastikan perniagaan saya terus hidup.

Saya tertanya-tanya pada diri sendiri, “Sampai bila nak jadi macam ini? Kenapa usaha saya selama ini tidak membuahkan hasil yang baik? Kenapa saya selalu gagal? Kenapa kedudukan kewangan saya lebih teruk dari masa sebelum menjalankan perniagaan?”

Kecewa dengan hasil yang diperolehi, saya mula banyak meluangkan masa membaca, menghadiri seminar dan bengkel, membuat pemerhatian dan mencuba sendiri teknik-teknik perniagaan yang dipelajari. Alhamdulilah, saya mula menemui rentak di dalam menguruskan dan memajukan perniagaan saya.

Cuba anda bayangkan...

Sebelum ini, untuk mendapatkan jualan yang tinggi bagi perniagaan saya, saya perlu melakukan promosi sama ada menyewa tapak di ekspo, membeli iklan di surat khabar, menyebarkan brochure dan berbagai-bagai lagi teknik promosi dan pengiklanan.

Memang akan ada sedikit peningkatan pada hasil jualan setiap kali saya membuat promosi, tetapi, ianya hanya sementara, selepas tamat tempoh promosi dan pengiklanan, hasil jualan perniagaan saya akan menjadi suram semula.
Saya Mula Sedar...

Dari situ saya mula sedar.. walaupun melakukan promosi dan pengiklanan adalah sesuatu yang penting, tetapi, cara dan strategi bagaimana menguruskan pelanggan itu adalah lebih penting untuk jangkamasa panjang.

Kata seorang pakar pemasaran..

"Mendapatkan jualan kedua dari pelanggan yang sedia ada itu adalah lebih mudah dari mendapatkan jualan dari pelanggan yang baru"

Kata-kata ini adalah sangat benar. Oleh itu, satu sistem untuk menguruskan pelanggan perlulah dibina agar pelanggan-pelanggan tersebut akan terus menjadi pelanggan yang setia dan seterusnya dapat memaksimunkan keuntungan perniagaan saya.

Alhamdulilah, setelah mencuba jaya beberapa teknik dalam masa beberapa tahun, akhirnya, saya berjaya membina satu sistem maklumat pelanggan yang berkesan. Dengan sistem pengurusan maklumat pelanggan ini, perniagaan saya mampu untuk berkembang tanpa perlu lagi saya mengeluarkan kos promosi yang tinggi lagi secara berulangkali.
Saya Ingin Berkongsi Dengan Anda...

Saya telah pun mendokumentasikan sistem pengurusan maklumat pelanggan itu. Saya harap, ianya dapat turut sama digunakan oleh rakan usahawan lain di luar sana. Saya tidak mahu anda membazirkan wang dengan melakukan kesilapan-kesilapan yang pernah saya lakukan suatu masa dahulu.

Ebook Rahsia Maklumat Pelanggan

Di dalam ebook "Rahsia Maklumat pelanggan" ini, saya menunjukkan:-

1.

Bagaimana anda boleh menjimatkan kos promosi dan pengiklanan yang mahal menggunakan modal perniagaan terhad.
2.

Bagaimana anda boleh mengelakkan melakukan kerja yang sama berulang-ulang kali dalam mencari dan menyediakan maklumat prospek dan pelanggan untuk membuat promosi dan jualan.
3.

Bagaimana anda dapat melancarkan promosi dan jualan dengan lebih pantas berbanding pesaing-pesaing anda.
4.

Bagaimana anda boleh track promosi dan pengiklanan mana yang memberi paling banyak maklumbalas (response). Dengan ini, anda boleh mengelakkan melakukan pembaziran kerana salah promosi.
5.

Bagaimana anda boleh menggandakan jumlah maklumat prospek dan pelanggan dengan pantas dengan kos yang paling murah, malah secara PERCUMA sahaja.
6.

Bagaimana anda dapat menggandakan pusingan jualan dengan konsisten menyebabkan peratus kejayaan mendapat order lebih tinggi.
7.

Bagaimana mengurangkan kehilangan pelanggan dan keuntungan dalam jangkamasa panjang
8.

Bagaimana anda dapat menjana pendapatan dari pelanggan yang sama berulang-ulang kali. TANPA PERLU terkejar-kejar mencari prospek dan pelanggan baru setiap masa.

Untuk Maklumat Lanjut Sila Klik DI SINI

0 comments:

Post a Comment

 
"Semoga Tahun 2011 Menjadikan Kita Lebih Baik Dari Tahun Sebelum-Sebelumnya"
" Suatu Kejayaan Yang Dikecapi Dengan Kepayahan Lebih Nikmat Daripada Suatu Yang Mudah Di Perolehi... Untuk Mencapai Kejayaan Bukanlah Suatu Yang Mudah.. Perlu Perancangan Dan Perlaksaan Yang Rapi.. Sekali Gagal Bukan Bermakna Gagal Selamanya... Bangkit Dan Teruskan Perjuangan... Pasti Cahaya Gemilang Akan Kelihatan... "
" Belajar dan Terus Belajar Adalah Penting Dalam Hidup Ini... Untuk Mencapai Kejayaan, Belajarlah Untuk Memantapkan Lagi Pengetahuan Di Dada... Bila Sudah Berilmu... Praktikkanlah Supaya Kita Lebih Mahir Dan Tidak Lupa.. Bila Sudah Berjaya.. Janganlah Sombong... Kongsilah Ilmu Bersama-sama.. "

Blog Imabiz Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template