Tuesday, July 6, 2010

Buat Duit Online - Anda Masih Percaya ?

hai pembaca Blog Imabiz.. diharap sihat sejahtera.. hari ini imabiz nak bercerita tetang buat duit online.. imabiz lihat masih ramai yang salah angggap tentang buat duit secara online... bila kita mengatakan buat duit online, mereka senantiasa berfikir tentang program-program mencari downline, derma-menderma, program kutu online dan pada hakikatnya bahawa kesemua program tersebut adalah satu penipuan di internet.. tatapi yang imabiz musykilkan kenapa masih ramai yang suka dengan program sebegitu dan tetap nak join dan mempromosikannya.. tahukah anda, masih banyak lagi cara untuk menghasilkan pendapatan secara online...



imabiz terasa kecewa sedikit bila sesetengah orang beranggapan kerja yang dilakukan secara online adalah haram, walhal mereka tidak tahupun apa yang kita lakukan secara online.. bila sebut sahaja bisnes online atau kerja online, dalam kepala mereka adalah pelaburan, skim cepat kayap, downline mendownline dan sebagainya... sebab apa perkara ini terjadi..?? bagi pendapat imabiz benda ini yang selalu diwar-warkan kepada semua kerana pencipta program ini melakukan promosi secara besar-besaran seperti di iklan akhbar, laman web yang membenarkan pengiklanan banner dan sebagainya..

tahukah anda, banyak lagi cara untuk mendapatkan pendapatan secara online..

antaranya... (imabiz pun buat kerja nie secara online)

1. Jual Ebook

ebook ini ibarat buku yang dijual dikedai-kedai buku tetapi yang membezakannya adalah ebook adalah dalam bentuk digital iaitu boleh dibaca melalui komputer. buku mana boleh.. itupun orang beranggapan yang menjual ebook adalah hanya untuk mengaut keuntungan semata-mata.. ini adalah persepsi setengah orang yang telah salah membeli ebook. ebook yang mereka beli adalah ebook sampah yang kandungannya boleh didapati di search engine. Jadi bagaimana nak tahu kualiti ebook tersebut.. rujuk pada pakar.. kalau imabiz, imabiz akan rujuk di Forum Wangcyber.. di sana tempat berkumpulnya Internet Marketer atau penggiat Perniagaan Online.. anda boleh rujuk dahulu sebelum membeli sesebuah produk atau ebook..

2. Pengiklanan Di Blog

Macam-macam iklan anda boleh tawarkan diblog anda.. jika blog anda adalah blog english anda boleh letakkan pengiklanan adsense atau jika blog BM anda boleh letakkan pengiklana nuffnang. Selain itu anda juga boleh menawarkan pengiklanan banner atau text kepada sesiapa sahaja yang berminat. tetapi yang penting sebelum anda boleh menawarkan pengiklanan tersebut adalah penting untuk menarik trafik atau pengunjung ke blog anda dahulu.. kalau dah ramai yang jenguk blog anda.. barulah boleh tawarkan pengiklanan..

3. Perkhidmatan Review

Perkhidmatan review nie adalah perkhidmatan untuk mengulas sesebuah produk yang dihasilkan orang lain. jadi orang tersebut akan mengupah anda untuk memberi ulasah tentang produk tersebut di laman web anda.

4. Perkhidmatan Membina Blog / Laman Web

tidak semua orang mampu untuk membina blog dan tidak semua orang ada masa untuk membina blog sendiri. Jadi, anda boleh menawarkan perkhidmatan untuk membina blog atau laman web mengikut harga standard. jika anda tidak tahu membina blog.. mari kita sama-sama belajar dengan membina blog kita sendiri.

5. Perkhidmatan Reka Grafik / Banner

Imabiz bab-bab grafik memang lemah skit.. tapi imabiz akan perbaiki dan akan menawarkan perkhidmatan ini juga satu masa nanti. imabiz tengah asah skill nie.. jadi anda bolehlah juga asah skill anda dengan reka grafik seperti banner, header, minisite dan sebagainya.. demand juga perkhidmatan ini imabiz tengok.. kalau tak tahu boleh search google dan try n error.. lame2 terror...

6. Affiliate

rasa blog imabiz nie dah banyak cerita pasal affiliate.. tapi imabiz peliklah.. masih ramai yang sudi mempromosikan program kutu online, program dana mendana, program derma-menderma yang berbayar berbanding program affiliate yang ramai sudah tahu ianya adalah percuma.. ya.. program affiliate adalah percuma.. kaedah sama sahaja.. promosi link affiliate tersebut.. ada jualan produk melalui link affiliate anda.. anda pun dapatlah komisyen.. itu pun orang taknak yerk.. pelik tullah..

7. Jual Produk Fizikal

produk fizikal kalau jual online pasti pelanggan anda lebih meluaskan..?? silap2 ke antarabangsa terus.. so, gunakan sepenuhnya kebaikkan internet nie.. nak jual produk fizikal apa..?? tudung, dompet, beg tangan, baju budak, seluar, baju, topi, kasut, minyak wangi dan sebagainya.. tapi harap anda jujurlah yerk.. jangan lah menipu nie yerk..

sebenarnya banyak lagi cara atau kaedah yang boleh anda gunakan untuk menghasilkan pendapatan secara online.. janganlah tertumpu pada program cari-cari downline sahaja.. banyak lagi ruang yang anda boleh ceburi... yang penting kita kena kreatif untuk mengolah apa yang ada di depan mata kita.. jadi.. imabiz berharap persepsi tentang Buat Duit Online ini akan berubah setelah membaca coretan imabiz yang masih banyak kekurangan dalam online ni..

2 comments:

Mohd Nabil Majdi Al-Muslihi on July 19, 2010 at 2:50 AM said...

Saya suka artikel ini... boleh copy tak.. nak letak kat facebook.

imabiz on July 31, 2010 at 1:02 AM said...

boleh je.. asalkan credit ke blog imabiz..

Post a Comment

 
"Semoga Tahun 2011 Menjadikan Kita Lebih Baik Dari Tahun Sebelum-Sebelumnya"
" Suatu Kejayaan Yang Dikecapi Dengan Kepayahan Lebih Nikmat Daripada Suatu Yang Mudah Di Perolehi... Untuk Mencapai Kejayaan Bukanlah Suatu Yang Mudah.. Perlu Perancangan Dan Perlaksaan Yang Rapi.. Sekali Gagal Bukan Bermakna Gagal Selamanya... Bangkit Dan Teruskan Perjuangan... Pasti Cahaya Gemilang Akan Kelihatan... "
" Belajar dan Terus Belajar Adalah Penting Dalam Hidup Ini... Untuk Mencapai Kejayaan, Belajarlah Untuk Memantapkan Lagi Pengetahuan Di Dada... Bila Sudah Berilmu... Praktikkanlah Supaya Kita Lebih Mahir Dan Tidak Lupa.. Bila Sudah Berjaya.. Janganlah Sombong... Kongsilah Ilmu Bersama-sama.. "

Blog Imabiz Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template