Saturday, April 30, 2011

Jadikan Pelanggan Anda Pelanggan Tetap

Menyediakan perkhidmatan seperti setup blog atau grafik design dan sebagainya adalah salah satu cara untuk mendapatkan pendapatan secara online.. imabiz sendiri telah menyediakan pelbagai perkhidmatan seperti edit code php, iklan banner, setup minisite dan sebagainya.. yang terkini adalah perkhidmatan membina blog wordpress self-host di http://pakarbuatblog.com



Satu yang harus anda tahu tidak semua pelanggan kita mempunyai ragam yang sama.. bermaca-macam ragam yang boleh kita hadapi.. ada yang senantiasa berpuashati dengan hasil kerja kita.. bahkan ada juga yang tidak berpuashati dengan hasil kerja yang kita lakukan.. tetapi kita kena berpegang kepada prinsip " Customer Always Right "

Jika kita lihat, ada pelanggan yang telah mendapatkan perkhidmatan kita akan kembali mendapatkan perkhidmatan kita berulang-ulang kali jika kita memberikan perkhidmatan yang terbaik..

Antara tips-tips dari pengalaman imabiz selama memberikan perkhidmatan kepada pelanggan imabiz adalah seperti :

1. Buat Ikut Kehendak Pelanggan

Yang utama kerja yang kita hasilkan hendaklah mengikut specifikasi / ciri-ciri yang diingini oleh pelanggan.. kalau nak buat blog... tanya ciri-ciri theme yang mereka inginkan.. color scheme dan sebagainya.. begitu juga dengan grafik design.. mesti mengikut kehendak pelanggan.. jika pelanggan jenis tak kisah.. kita boleh syorkan dahulu beberapa sample atau contoh yang mereka boleh pilih dan sukai.. ini bagi mengelakkan kita tidak membuang masa beberapa kali mengubah kerja yang sama.


2. Senantiasa berinteraksi dengan pelanggan


Untuk grab pelanggan, segala pertanyaan yang diajukan hendaklah kita jawab tidak kiralah soalan basic atau advance.. jawab seboleh2nya sehingga mereka memahami apa yang menjadi persoalan tersebut. Anda mestilah mudah untuk dihubungi dan jika terlewat.. berikan sebab musabab atas kelewatan membalas pertanyaan tersebut.

3. Jangan Jemu Dengan Kerenah Pelanggan

Tidak dinafikan ada pelanggan yang kadangkala tidak paham dengan tugas kita yang mereka anggap mudah sebebnarnya tidaklah mudah seperti yang disangka.. jadi.. janganlah jemu jika pelanggan hendak itu.. hendak ini.. tunaikan selagi tugasan tersebut tidak membenakan anda.. jika hendak menolak.. menolak dengan nada yang baik..

4. Jangan Berkira Dengan Pelanggan Tetap Anda

Jika anda sudah mempunyai pelanggan tetap untuk mendapatkan perkhidmatan anda.. jangan kedekut untuk memberikan perkhidmatan tambahan... lebih bagus jika tugasan-tugasan kecil dikira secara PERCUMA.. tidak mustahil mereka akan kembali lagi nanti..

5. Senantiasa berikan support yang terbaik

sebagai contoh mereka yang hendak membina blog.. kita berika support sekali apa yang mereka tidak ketahui sebagai contoh untuk membuat post edit post.. ajar mereka atau berikan link tutorial di youtube supaya mereka boleh pelajari dan mempraktikkannya.. ini akan lebih memudahkan kerja anda untuk masa hadapan..


Memang bukan mudah untuk menarik pelanggan mendapatkan perkhidmatan kita.. tetapi jika dah dapat... jangan lepaskan nya.. kalau boleh ikat jangan mereka lari kepada penyedia perkhidmatan yang lain.. mungkin mereka tidak berpuashati dengan hasil kerja kita walaupun kita sudah pun buat yang terbaik.. kita kena yakin.. mereka akan datang kembali kerana kita telah berjaya melayan kerenah mereka.. tahniah kepada anda semua yang senantiasa bersabar... kita yang menyediakan perkhidmatan juga adalah seorang pelanggan bagi perkhidmatan yang lain....

2 comments:

Sistem Autoresponder on June 18, 2011 at 10:31 AM said...

Jadikan pelanggan anda pelanggan tetap.. Besh tajuk dan artikel ni. :)

imabiz on July 26, 2011 at 10:13 AM said...

thank a lot... semoga bermanfaat...

Post a Comment

 
"Semoga Tahun 2011 Menjadikan Kita Lebih Baik Dari Tahun Sebelum-Sebelumnya"
" Suatu Kejayaan Yang Dikecapi Dengan Kepayahan Lebih Nikmat Daripada Suatu Yang Mudah Di Perolehi... Untuk Mencapai Kejayaan Bukanlah Suatu Yang Mudah.. Perlu Perancangan Dan Perlaksaan Yang Rapi.. Sekali Gagal Bukan Bermakna Gagal Selamanya... Bangkit Dan Teruskan Perjuangan... Pasti Cahaya Gemilang Akan Kelihatan... "
" Belajar dan Terus Belajar Adalah Penting Dalam Hidup Ini... Untuk Mencapai Kejayaan, Belajarlah Untuk Memantapkan Lagi Pengetahuan Di Dada... Bila Sudah Berilmu... Praktikkanlah Supaya Kita Lebih Mahir Dan Tidak Lupa.. Bila Sudah Berjaya.. Janganlah Sombong... Kongsilah Ilmu Bersama-sama.. "

Blog Imabiz Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template