Wednesday, August 10, 2011
Tips Penjagaan Rambut Wanita Bertudung
Rambut adalah mahkota paling berharga bagi seorang wanita. Memiliki rambut yang cantik adalah satu lumrah idaman setiap wanita.. Ianya merupakan antara aset yang paling berharga buat wanita untuk peliharanya agar ia sentiasa kelihatan anggun dan mempersonakan. Namun bagi wanita yang bertudung, usah memandang remeh terhadap rambut anda walaupun ianya merupakan aurat yang ditutup rapi bagi pandangan luar.
Berdasarkan kajian, ramai para wanita mengalami masalah kerosakkan rambut atau mudah mengalami keguguran rambut. Disebabkan iklim sekeliling, pemakanan, gaya hidup dan pelbagai lagi faktor yang melibatkan tekanan dan sebagainya.. Senang citer.. Rambut tak sihat :-(
Bertudung Bukan Satu Alasan dan Bukan Halangan
Bertudung adalah satu kewajipan bagi wanita muslim. Walaupun bertudung, menjaga perhiasan diri juga adalah satu kewajipan bagi seorang wanita. Menjaga rambut juga adalah satu kewajipan bagi seorang wanita. Mempunyai kerosakkan rambut akibat bertudung adalah satu mitos.
Rambut yang rosak.. Ianya tidak boleh dijadikan satu alasan buat para wanita untuk tidak bertudung melainkan atas sebab-sebab tertentu atau atas nasihat doktor. Peliharalah dan menjaga rambut anda sebaik-baiknya kerana ia merupakan sebahagian kecantikkan seorang wanita.
Masalah Utama Rambut Mereka Yang Bertudung..
Berikut antara masalah utama rambut mereka yang sering terjadi pada wanita yang bertudung:
* Rambut Berbau
* Rambut Mudah Gugur
* Kulit Kepala Berminyak
* Hujung Rambut Berbuah
* Berkelimumur
Adakah anda juga pernah mengalami perkara-perkara seperti ini?
Jika anda juga pernah mengalami perkara seperti ini.. Atau anda merupakan seorang wanita yang sering melakukan pencegahan awal.. Teruskan pembacaan KLIK DI SINI
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment