Sunday, November 15, 2009

Pertandingan Menulis Karya Motivasi

Salam kepada rakan-rakan semua... hari ini imabiz nak review mengenai pertandingan yang cukup menarik... hadiah pun menarik gak... pertandingan ini berlangsung sehingga 30 hb November 2009.. pertandingan ini telah di anjurkan oleh WARNNIE MUSAH iaitu pemilik laman www.bluedianthus.com...

Jadi imabiz sertakan dulu hadiah yang diberikan... best ni..

Hadiah:
1. Tempat Pertama : RM50.00 + 7 Kupon Rebate
2. Tempat Kedua : RM40.00 + 4 Kupon Rebate
3. Tempat Ketiga : RM30.00 +3 Kupon Rebate
4. Slogan Terbaik: RM20.00 + 2 Kupon Rebate
5. 3 hadiah saguhati: [RM10.00 + 1 Kupon Rebate setiap satu]
* Kupon Rebate sebanyak RM6 ke atas mana-mana pembelian produk yang dipromosikan di dalam blog ini.

Karya yang harus anda tulis ialah : "Kisah Bagaimana MOTIVASI Menjadikan Saya Seorang Yang Berjaya".
Kisah tersebut merupakan kisah sebenar yang berlaku dalam kehidupan korang. Aku ulang, kisah benar, bukan pura-pura...jadi biarlah bersikap jujur. Aku ni kira boleh laa juga dalam hal-hal tracing ayat-ayat yang skeptikal a.k.a klise dalam ayat...hehe... Sebelum itu, suka aku nak jelaskan tentang perkataan "berjaya" itu sendiri. Berjaya itu luas maksudnya, sebagai contoh, kalau tak berjaya masuk menara gading, tapi berjaya membina kerjaya sendiri, masih juga didefinisikan sebagai berjaya. Kisah yang anda tulis itu mestilah jelas dari segi kronologinya. Maksudnya, pembaca dapat mengetahui carta alir ataupun usaha-usaha yang korang lakukan dalam usaha mencapai kejayaan tersebut.


Syarat-syarat penyertaan :
1. Warga wangcyber dan mempunyai lebih daripada 100 post ATAU
2. Warga sabahforum dan mempunyai lebih daripada 100 post ATAU
3. Minimum 20komen mengenai entri-entri di dalam blog ini. (post yang tidak berkualiti tidak akan diambilkira yaa...maaf…). Komen mengenai pertandingan ini juga akan dianggap sebagai spam dan penyertaan terbatal serta merta.
4. Karya akan diadili dari 7 segi : kesan kisah dalam karya tersebut dan refleksi terhadap motivasi, penggunaan frasa dan bahasa, susunan ayat, keaslian, kronologi penceritaan, tatabahasa, gaya penulisan yang menarik dan mantap!
5. Tulisan mestilah asli, sebarang plagiat tidak akan dipertimbangkan.
6. Karya yang dihantar menjadi hakmilik pemilik blog ini sepenuhnya.
7. Bahasa yang boleh digunakan adalah dalam Bahasa Melayu sahaja.
8. Panjang karya anda hendaklah di antara 1000 - 1500 patah perkataan sahaja.
9. Format tulisan adalah :Arial, 12pt, 1.5 line spacing, dalam format .doc/.docx
10. Karya yang tidak memenuhi kriteria-kriteria yang ditetapkan akan terbatal penyertaannya serta merta.
11. Sila hantar karya anda ke email : bluedianthus@gmail.com sebelum atau pada 30 NOVEMBER 2009 (11:59pm)

Jadi, harap rakan-rakan tak lepaskan peluang keemasan ini...

Untuk Keterangan Lanjut Sila Klik DI SINI

0 comments:

Post a Comment

 
"Semoga Tahun 2011 Menjadikan Kita Lebih Baik Dari Tahun Sebelum-Sebelumnya"
" Suatu Kejayaan Yang Dikecapi Dengan Kepayahan Lebih Nikmat Daripada Suatu Yang Mudah Di Perolehi... Untuk Mencapai Kejayaan Bukanlah Suatu Yang Mudah.. Perlu Perancangan Dan Perlaksaan Yang Rapi.. Sekali Gagal Bukan Bermakna Gagal Selamanya... Bangkit Dan Teruskan Perjuangan... Pasti Cahaya Gemilang Akan Kelihatan... "
" Belajar dan Terus Belajar Adalah Penting Dalam Hidup Ini... Untuk Mencapai Kejayaan, Belajarlah Untuk Memantapkan Lagi Pengetahuan Di Dada... Bila Sudah Berilmu... Praktikkanlah Supaya Kita Lebih Mahir Dan Tidak Lupa.. Bila Sudah Berjaya.. Janganlah Sombong... Kongsilah Ilmu Bersama-sama.. "

Blog Imabiz Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template