Friday, November 20, 2009
Rahsia Mahir Excel - Panduan Mudah Kuasai Microsoft Excel
Author: imabiz
| Posted at: 7:18 PM |
Filed Under:
Pakej Dan Tips Perniagaan,
Panduan,
Perkhidmatan,
Review Produk
|
Akhirnya, Rahsia Mahir Excel Kini Terbongkar!!!
"Adakah Anda Masih Pening Menggunakan Microsoft Excel Untuk Tugasan Seharian Anda?
Adakah Anda Juga Tiada Masa Dan Wang Yang Banyak Untuk Belajar Microsoft Excel?"
Bagaimana Jika Kami Dedahkan Kepada Anda Rahsia Untuk Mahir Dalam Microsoft Excel Dengan Mudah Dan Pantas? Teruskan membaca…
TERIMA KASIH ATAS EBOOK HEBAT ANDA!
Pertamanya, syukur Alhamdulillah kerana panduan yang selama ini saya cari telah pun berada di depan mata saya, telah lama saya mengidamkan satu panduan ringkas tetapi padat mengenai Excel, mungkin terdapat banyak buku di luar sana mengenai Excel tetapi harganya juga boleh tahan!
Namun dengan ebook Rahsia Mahir Excel saya dapat mempelajari beberapa formula yang sememangnya saya cari selama ini dan ia juga dijual dengan harga yang berpatutan. Terima kasih kepada team Excel kerana membantu saya dengan ebook anda ini, TAHNIAH untuk anda!
Alhamdulillah, dalam masa 1 hari je, saya telah berjaya mempraktikkan apa yang diajar di dalam panduan Rahsia Mahir Excel dan saya berjaya membina sendiri beberapa jadual kewangan yang mampu membantu saya dan rakan-rakan saya di dalam urusan keluar masuk perbelanjaan.
Malah saya juga berjaya membina jadual khas pembelian produk (Offline) mengikut kuantiti yang mana jumlah sesuatu produk akan keluar mengikut kuantiti yang kita masuk - siap dengan peratusnya sekali! Semuanya ini berpandukan formula-formula yang diberikan dalam panduan ringkas tetapi padat dari Team Excel!
Terima kasih di atas ebook hebat anda tersebut!
Abooain-rahsia mahir excel
Ahmad Syaifuddeen a.k.a Abooain
Internet Marketer (IM)
www.plrseries.com
Wanzypra & Rahman Basri
Dari Meja: Team Excel
Tarikh: Sabtu, November 21, 2009
Re: Membongkar Rahsia Mahir Excel Golongan Pakar!
Siapa Kami Untuk Mengajar Anda?
Team Excel sebenarnya dianggotai oleh dua orang anak muda iaitu Saudara Wanzpyra dan Saudara Rahman Basri. Menyedari pentingnya menguasai kemahiran menggunakan Microsoft Excel, menyebabkan mereka berdua bersepakat untuk menghasilkan satu ebook panduan belajar Microsoft Excel. Disebabkan oleh Ebook Panduan Belajar Excel agak terhad dalam pasaran tempatan, maka terbitlah sebuah ebook terulung yang berkualiti untuk semua pengguna Microsoft Office 2007 iaitu Ebook Rahsia Mahir Excel.
Saudara Wanzpyra ataupun nama sebenar beliau ialah Salnorshazwan Hazarudi merupakan salah seorang jurulatih kursus IT anjuran Kperak Inc. Beliau memiliki pengalaman selama 2 tahun mengajar ICT di sekitar Negeri Perak dan Kedah. Berbekalkan pengalaman luas dalam bidang IT dan komputer ini, beliau seringkali dijemput untuk memberikan seminar-seminar pendidikan berasaskan IT dan juga terlibat dengan Projek ICT KTAK-Maxis 2007. Beliau juga pernah menjadi jurulatih bagi Kursus Literasi Desa anjuran Kem Luar Bandar dan Wilayah. Ebook Rahsia Mahir Excel ini adalah hasil kombinasi pengalaman beliau yang luas dalam bidang IT ini.
Manakala Saudara Rahman Basri merupakan seorang penuntut tahun akhir di Uni. Pend. Sultan Idris. Walaupun bidang pengkhususan beliau menumpu kepada Bidang Fizik, tetapi disebabkan minat yang mendalam terhadap dunia IT ini, beliau menerokai ilmu ini secara persendirian. Akhirnya beliau membuktikan kemampuannya dengan kejayaan beliau menghasilkan Ebook Pakej Kit Photoshop yang banyak membantu pengguna Photoshop untuk memahami cara penggunaan Photoshop dalam bidang grafik. Beliau juga salah seorang Forumnist yang aktif di Laman Forum WangCyber.com.
PENGENALAN MICROSOFT EXCEL
Microsoft Office Excel 2007 merupakan perisian hamparan kerja elektronik yang diperkenalkan oleh syarikat Microsoft digunakan untuk mengolah dan menganalisa data ke dalam bentuk yang lebih tersusun seperti dalam bentuk jadual, carta atau graf. Ia juga mampu melakukan sebarang operasi pengiraan Matematik seperti Tambah, Tolak, Darab dan Bahagi dengan cepat dan tepat menggunakan fungsi-fungsi pengiraan yang disediakan.
Fungsi utama hamparan kerja adalah untuk membina fail dalam bentuk Baris (Row) dan Lajur (Column). Contohnya Penyata Akaun, Buku Lejer, Analisa Statistik, Markah Pelajar, Prestasi Jadual Pemakanan, dan banyak lagi. Anda boleh menyunting hamparan kerja dengan mudah seperti menambah lajur, membetulkan ejaan, melebarkan lajur, membuang baris, menyusun senarai; tanpa perlu menaip semula kesemua data dalam sesuatu fail. AMAT mudah dan menjimatkan MASA.
FUNGSI MICROSOFT EXCEL
Sebagaimana yang diketahui umum penggunaan Excel telah banyak membantu di dalam sistem Jualan,pengurusan di sesebuah organisasi menerusi penyelesaian yang melibatkan kepada pengiraan, laporan, perancangan (projection), manipulasi data serta menganalisa data dengan pelbagai kaedah. Walaupun terdapat pelbagai perisian lebih canggih dan sistematik di luar sana, namun peranan Excel terhadap sesebuah organisasi memang tidak dapat disangkal. Misalnya penggunaan dalam Excel Kawalan Mutu Kaedah Statistik atau Statistical Process Control (SPC).
SPC merupakan satu teknik asas dan terbukti untuk mengawal proses kerja, terutama sekali untuk peningkatan mutu kerja dan produk. SPC telah menjadi suatu kaedah piawaian yang digunakan sejak 1940an sehingga kini, di merata-rata dunia, oleh semua industri. SPC melibatkan banyak aktiviti kiraan matematik, rujukan kepada jadual statistik, dan banyak masa PERLU dihabiskan untuk melukis graf-graf kawalan mutu. Cara pengiraan secara manual bukan sahaja memakan banyak masa, ia juga senang mengelirukan dan membosankan pekerja sehingga mereka hilang minat untuk memberi tumpuan terhadap kerja.
Tetapi dengan penggunaan Excel, masalah-masalah tersebut boleh diatasi dengan mudah dan cepat. Graf-graf dapat dihasilkan dengan hanya beberapa klik sahaja. Semudah ABC!
Pihak organisasi juga dapat mencapai visi dan misi dengan kos yang lebih efektif dan menguntungkan kerana data-data syarikat dapat diuruskan dengan sempurna, tertib dan bersistematik.
Apatah lagi dengan Excel, organisasi tidak perlu mengeluarkan kos yang tinggi bagi membeli perisian lain yang ternyata lebih mahal dan memerlukan kemahiran yang tinggi untuk mengendalikannya.
Apa Perbezaan Antara Hamparan Kerja Manual (Menggunakan Kertas)
Berbanding Hamparan Kerja Elektronik (Menggunakan Excel)? Dan
Apakah Kemungkinan Masalah Yang Bakal Anda Hadapi Sewaktu
Menggunakan Hamparan Kerja Manual?
Untuk Maklumat Lanjut Sila Klik DI SINI
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment