Saturday, July 11, 2009

Affiliate - Bagaimana Cara Untuk Promosi

Tip nie telah diberikan oleh rakan di Wangcyber yang menggunakan nickname Zach73jr...
saya ucapkan berbanyak terima kasih kepada beliau... saya pun sedang mempraktikkan tip ini.. semoga ianya dapat membantu...

Salam semua,saya yg masih newbie disini ingin berkongsi dengan kenkawan di WC
Selamat Membaca!

Affiliate seperti yg anda tahu adalah salah satu sistem pemasaran yang disediakan oleh pengeluar produk kepada umum untuk mempromosi atau menjalankan urusan pemasaran produk mereka.

Sesiapa sahaja layak untuk menyertainya,selalunya keahlian ditawarkan secara percuma,setelah mendaftar anda akan diberi satu link affiliate yang unik,dimana dengan link ini lah nnti menjadi alat untuk anda mengaut seberapa banyak wang melaluinya.

Jadi promosi yang bagaimana yang harus anda jalankan untuk menjual produk affiliate anda itu tadi??

Terdapat 3 cara yang paling efektif :
i) Promosi Melalui Blog
ii) Promosi Melalui Forum
iii) Promosi Melalui eMail


Promosi Melalui Blog

Dr.Irfan Khairi ada menyatakan,salah satu cara yang berkesan dalam mempromosikan affiiate ini adalah dengan me-review atau dalam BM nya mengulas sesuatu produk

Jadi berpandukan pada fakta ini,anda seharusnya mengambil langkah ini dan praktikkannya dengan mengulas melalui blog anda.Jika anda mengulas mengenai produk IM make sure yang blog anda itu tadi adalah berunsurkan IM,ini adalah penting kerana pembaca setia blog anda adalah prospek yang bagus dan tepat dengan produk yang ingin anda jual,kalau tak penat jer otak dan jari anda menulis review tu tadi

Anda juaga boleh meletakkan banner yang anda dapat dari penyedia produk di laman blog anda dan secara tak langsung ini juga boleh membantu meningkatkan jualan link affilaite anda

Promosi Melalui Forum

Promosi melalui kaedah ini adalah salah satu cara yang senang dan percuma,namun begitu ia memerlukan konsistensi kesabaran serta dedikasi dalam berforum.

Secara teknikalnya anda cuma perlu meletakkan link affiliate anda di ruangan siggy atau signature dan seterusnya berforum dan link anda tadi akan terpampang setiap kali anda membuat post,makin banyak anda post banyaklah link anda diforum tersebut

Anda juga harus bijak memilih tempat anda berforum,bersesuaian dengan produk affiliate anda itu tadi,kalau anda promote produk digital atau ebook maka eloklah berforum di forum seperti WangCyber,DuitMania dan JomBincang

Untuk lebih efektif anda haruslah selalu aktif berforum macam saya cakap tadi konsinstensi,dalam menjayakan promosi anda melalui kaedah ini.

Dan salah satu lagi cara adalah dengan meningkatkan reputasi anda dalam forum yang anda sertai..bagaimana nak meningkatkan reputasi dan lebih dikenali?

Pertama anda haruslah selalu menulis artikel artikel di forum2 yang anda sertai,dengan cara ini sedikit sebanyak ahli ahli forum mendapat manfaat dari tulisan anda itu tadi sekaligus membuka mata mereka kepada anda dan anda akan dipuji serta disanjung paling tidak pun orang akan berterima kasih dengan anda

Kedua,selalu lah memberi pendapat-pendapat yang bernas setiap kali anda menjawab persoalan atau perbincangan yang diutarakan oleh forumer

Dan yang ketiga,rajin-rajinlah menjawab permasalahan yang dihadapi oleh ahlli forum yang lain but make sure you know what r u doin maksudnya anda mestilah tahu mengenai masalah yang hendak dijawab

Promosi Melalui E-mail

Kaedah ini adalah antara kaedah yang paling berkesan dan diakui oleh ramai affiliater-affiliater terkenal tanahair

Sebelum melaksanakan promosi ini anda perlu lah melakukan beberapa perkara terlebih dahulu.
Yang pertama anda mestilah mempunyai squeeze page,mail list,sistem autoresponder dan sebuah ebook percuma atau repot percuma atau yang sewaktu dengannya

Kenapa anda memerlukan benda-benda yang saya sebutkan itu tadi? Teruskan pembacaan anda diperenggan yang berikut

Baiklah apa yang saya sebutkan tadi adalah tools yang anda perlukan untuk mengumpul mailing list anda kerana promosi melalui email tak akan ampuh jika anda tidak mempunyai senarai mail list

Jadi bagaimana nak kumpul mail list ni?? Pertama sekali anda perlulah membina satu laman web yg dipanggil squeeze page.Laman web ni berfungsi sebagai alat untuk anda menarik orang ramai menjadi ahli dalam mail list anda,didalam laman web tadi anda letakkan sebuah ebook percuma(sbg cth)untuk diberikan kepada bakal ahli mail list anda dengan syarat mereka letakkan nama serta email address di ruangan yang anda sediakan di laman web anda,jika mereka bersetuju serta berminat mereka akan melatakkan nama dan email mereka..boom!! anda dah dapat seorang dalam mail list anda,kita panggil subscriber

Untuk menguruskan senarai mail ist anda atau subscriber ini anda memerlukan sebuah software yang dinamakan autoresponder.software ini berfungsi sebagai alat untuk menyenangkan kerja2 penghantaran email kepada subscriber anda,anda boleh dapatkan di internet,ada yang percuma dan ada yang berbayar,tapi saya syorkan yang berbayar sebab ianya lebih efektif dan berkesan,cth2 autoresponder berbayar AWeber,GetResponse dll.

Setelah anda selesai membuat apa yang telah saya terangkan diatas tadi maka kini masanya untuk kumpul mail list anda.Anda boleh lah promotekan link squeeze page anda di blog2,forum2 serta website2 yang tinggi hit nya

Setelah anda memiliki senarai mail list yang ramai maka kerja mempromosi link affiliate anda akan menjadi lebih mudah,tapi beberapa perkara perlu dititikberatkan iaitu selalu menjaga subscriber anda dengan menyogokkan mereka dengan tip tip percuma dsb terlebih dahulu sebelum melakukan aksi promosi anda

Satu tip untuk meyakinkan serta menarik minat pembeli ialah dengan memberikan rebate tunai atau ebook percuma atau jika mampu ,buat personal coaching kepada bakal pembeli anda yang ingin membeli melalui link affiliate anda

Jadi itulah secara ringkasnya yang dapat saya kongsi bersama anda semua,kalau ada yg silap harap dapatlah dibetulkan

Selamat Berjaya!!

3 comments:

matnor on May 2, 2010 at 7:29 PM said...

Saya matnor...saya amat meminati program affiliate..sebab apa saya minat sangat dengan program affiliate..sebabnya program affiliate menjadi tempat untuk mengasah bakat dan ilmu pengetahuan anda sebelum anda ada produk sendiri....

http://www.ebookbiss.com/produkpercuma.html

imabiz on May 3, 2010 at 6:17 PM said...

yup... selain menjana pendapatan sampingan... leh juga menimba pengalaman...

newbie said...

saya juga masih belajar lagi tentang affiliate ini di sini:

http://www.kursusaffiliate.com/index.php?ref=madster

Post a Comment

 
"Semoga Tahun 2011 Menjadikan Kita Lebih Baik Dari Tahun Sebelum-Sebelumnya"
" Suatu Kejayaan Yang Dikecapi Dengan Kepayahan Lebih Nikmat Daripada Suatu Yang Mudah Di Perolehi... Untuk Mencapai Kejayaan Bukanlah Suatu Yang Mudah.. Perlu Perancangan Dan Perlaksaan Yang Rapi.. Sekali Gagal Bukan Bermakna Gagal Selamanya... Bangkit Dan Teruskan Perjuangan... Pasti Cahaya Gemilang Akan Kelihatan... "
" Belajar dan Terus Belajar Adalah Penting Dalam Hidup Ini... Untuk Mencapai Kejayaan, Belajarlah Untuk Memantapkan Lagi Pengetahuan Di Dada... Bila Sudah Berilmu... Praktikkanlah Supaya Kita Lebih Mahir Dan Tidak Lupa.. Bila Sudah Berjaya.. Janganlah Sombong... Kongsilah Ilmu Bersama-sama.. "

Blog Imabiz Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template