hari nie saya nak kongsi beberapa cara nak mempromosikan ... Tip ini saya memang tengah praktikkan satu persatu... mungkin anda juga boleh mencuba....
1. Pay Per Click / Adword
2. Pemasaran Email
3. Social Bookmarking
4. Pemasaran Artikel
5. Pemasaran Forum
6. Pemasaran Viral
7. Teknik SEO
8. Pemasaran Blog
9. Pemasaran Video
1. Pay Per Click / Adword
Ini adalah salah satu cara yang amat berkesan jika kena dengan keyword yang diberikan.. Pay Per Click nie memang lah anda kena mengeluarkan sedikit modal untuk mengiklankan link produk affiliate.. tapi pada kebiasaannya, prospek atau target akan mengklik iklan anda.. dan seterusnya membeli produk tersebut..
2. Pemasaran Emel
Cara ini adalah menggunakan autoresponder.. autoresponder ini berfungsi untuk mengumpul emel prospek anda.. dan anda boleh menghantar emel mengandungi link produk affiliate anda ke prospek anda mengikut kehendak anda.. autoresponder ada yang percuma dan ada yang berbayar.. anda digalakkan menggunakan yang berbayar... banyak kelebihannya...
3. Social Bookmarking
cara ini adalah anda menghantar artikel ke socialbookmark seperti squidoo dan selitkan link url anda dalam artikel tersebut.. lebih berkualiti artikel lebih tinggi peluang untuk anda mendapatkan klik...
4.Pemasaran Artikel
Pemasaran artikel adalah cara lebih kurang seperti di atas.. tetapi kita submit artikel kita di laman web directory artikel seperti Enzinearticle.com dan sebagainya..
5. Pemasaran Forum
Cara ini adalah yang paling saya gemari... anda boleh letak link anda di signature forum dan cuba reply post dengan menjawab segala permasalahan yang rakan forum hadapi.. ini akan menunjukkan kepakaran anda kepada rakan forum...
6. Pemasaran Viral
Teknik ini lebih mudah jika anda mempunyai produk atau ebook dan diberikan secara percuma... di dalam ebook itu, anda akan menerangkan atau menyelitkan link affiliate anda... kebiasaan pemasaran viral nie membabit rakan-rakan IM untuk menyebarkan kepada semua prospek...
7. Teknik SEO
Teknik SEO atau Search Engine Optimize adalah teknik jika anda mempunyai laman web atau blog dan dengan teknik ini... bloeg anda akan terpapar di enjin carian seperti yahoo, google dan lain... jika keyword untuk seo anda berkesan.. maka trafik ke blog anda akan bertambah dan menghasilkan target yang betul-betul berminat untuk membeli produk tersebut...
8. Pemasaran Blog
Teknik ini memerlukan kita rajin untuk melawat blog-blog yang berkaitan niche affiliate anda dan memberikan sebarang komen tentang blog tersebut... link anda boleh lah anda selit kan sekali di komen anda...
9. Pemasaran Video
Pemasaran video juga amat berkesan kerana peratusan pelayar internet memang kebayakan mereka suka mendownload vidoe.. jadi anda cube upload video di laman web video seperti youtube dan selitkan link affiliate anda...
Selamat Mencuba....
Wednesday, July 15, 2009
Teknik Memasarkan Atau Promosi Produk Affiliate
Author: imabiz
| Posted at: 4:53 AM |
Filed Under:
Teknik Pemasaran,
Teknik Promosi,
Web Traffik SEO
|
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Banyaknyer info.Yang mana satu Cik Imabiz gunakan?
semua imabiz dah cuba dah... anda pun cube lah...
Post a Comment