Tuesday, July 7, 2009
EvolusiMinda.com - Segalanya Bermula Dari Minda Anda
Daripada: Puan Hajjah Arina Abbas
Tarikh: Selasa, 07 Julai , 2009
RE: Bagaimana Ingin Mengecapi Kekayaan Dalam Kehidupan?
Sahabat sekalian,
Pernahkah anda mengimpikan sebuah kejayaan yang sangat gemilang untuk diri anda, kerjaya anda dan hidup anda yang mampu mengubah keseluruhan hidup anda menjadi lebih baik?
Pernahkah anda mengimpikan sebuah kehidupan yang diselubungi kegembiraan, sentiasa rasa senang hati, mempunyai kesihatan yang baik serta mengamalkan cara hidup yang terbaik?
Pernahkah anda mengimpikan sebuah rumah yang besar, kereta yang besar, serta tidak perlu berfikir mengenai wang lagi kerana anda sudah mencapai tahap kebebasan kewangan?
Seminar Evolusi Minda saya akan mengajar anda langkah demi langkah bagaimana untuk menggunakan minda anda untuk mencapai apa sahaja yang anda inginkan seperti kejayaan, kekayaan, kemewahan, kegembiraan, kebahagiaan dan banyak lagi.
Paling penting seminar ini disertakan dengan jaminan pulangan wang. Jadi, anda boleh mencubanya tanpa sebarang risiko!
"Kebanyakkan Orang Menghadkan Kejayaan Dengan Hanya Menggunakan 10% Kuasa Minda!"
Para saintis seluruh dunia telah mengatakan bahawa kebanyakkan manusia di dunia ini hanya menggunakan 10% daripada kuasa minda mereka manakala 90% kuasa minda mereka terpendam dan tidak digunakan sama-sekali. Tahukah anda bahawa setiap minda manusia yang di anugerahkan Tuhan ini sangat hebat?
Para doktor juga percaya bahawa 75% kesakitan dan wabak penyakit adalah bermula daripada minda. 75% adalah jumlah yang sangat besar! Ini bermakna 75% manusia yang sakit sekarang sebenarnya akibat tidak tahu bagaimana untuk menggunakan kuasa minda mereka. Bayangkan hanya 10% daripada kuasa minda manusia sudah cukup hebat untuk menyebabkan 75% kesakitan dan wabak penyakit tersebut wujud.
Apa yang paling mengejutkan ialah setiap daripada kita belajar selama 12 hingga 15 tahun di sekolah dan Universiti tetapi kita tidak sedikitpun didedahkan dengan pelajaran bagaimana untuk menggunakan minda kita sendiri walaupun sejam. Ingatlah bahawa fikiran ataupun minda anda merupakan komputer yang tercanggih dan terhebat di dalam dunia ini.
Whatever The Mind Of A Man Can Conceive And Believe, He Can Achieve. -Napoleon Hill
Adakah anda sedar bahawa orang-orang yang berjaya di dunia ini bukanlah 2 kali ganda bijak daripada anda dan adakah mereka belajar 2 kali ganda daripada masa anda belajar? Sedar atau tidak sedar, mereka yang hebat sememangnya belajar bagaimana untuk menggunakan kuasa minda mereka.
Seminar saya akan menjadikan anda seorang yang berjaya dalam apa jua bidang yang anda ceburi tanpa perlu bekerja keras! Anda hanya perlu pekerja seperti biasa secara tenang dan biar minda anda yang bekerja lebih!
Cuba bayangkan apa yang akan berlaku jika anda gunakan 10% kuasa minda untuk mencapai apa yang anda inginkan? Dan bagaiman pula jika saya dedahkan kepada anda bagaimana untuk menggunakan 90% daripada kuasa minda yang tidak digunakan untuk mencapai kejayaan?
Apabila anda belajar bagaimana untuk menggunakan 90% daripada kuasa minda yang tidak digunakan, anda boleh capai apa sahaja yang anda impikan dengan senang. Anda akan berada di satu jalan yang lurus dan bercahaya. Anda sedang membina hidup yang sangat indah..
Memperkenalkan...
Untuk Keterangan Lanjut Sila Klik DI SINI
Seminar kali ini memberi pendekatan yang lain. Terdapat 4 slot kesemuanya.
Slot 1-Pernafasan dan Fokus
Peserta di ajar tentang pernafasan. Tujuan teknik pernafasan ini, adalah untuk mengoptimumkan pengambilan oksigen dalam badan dan khususnya otak.
Disamping itu menambah tenaga dalaman badan. Apabila tenaga dan oksigen otak meningkat secara tidak langsung keupayaan otak juga akan meningkat.
Teknik ini juga melatih otak kita bertenang dan fokus. Teknik Fokus diajar untuk melatih diri kita sentiasa fokus dengan objektif dan perkara yang kita
perlu buat. Erti kata lain, apabila kita fokus dengan satu kerja secara tidak langsung minda kita juga fokus dalam pekerjaan tersebut. Ini penting untuk kita
mendapat keputusan yang optimum dalam satu pekerjaan atau bisnes atau pelajaran bergantung apa objektif kita.
Slot 2-Numerology
Peserta akan diberitahu/diajar mengenali potensi diri melalui tarikh lahir. Mereka diajar bagaimana untuk mengira tarikh lahir. Terdapat 5 unsur dalam pengiraan
tarikh lahir ini iaitu Tanah, Api, Air, Logam dan Kayu. Kelima-lima unsur ini ada sifat-sifat dan potensi kecemerlangan bidang mereka tersendiri.
Maksud kata, dengan mengenali unsur yang tarikh lahir kita, kita akan mengenali/mengetahui bidang pekerjaan, bisnes yang sesuai untuk kita. Peserta juga akan
didedahkan faktor-faktor dalam unsur ini, Ia terdiri dari faktor kawalan, sokongan dan faktor sesuai.
Mengikut kajian ia menepati dari 85 ke 90% bertepatan.
Dengan mengenali potensi ini peserta dapat mngetahui bidang kesesuaian mereka dalam kerjaya, bisnes malah lebih. Ia digunakan sebagai panduan sahaja dan tidak lebih dari itu kerana dalam macam mana keadaan juga peserta akan ditekankan dengan penggunaan minda dan disiplinnya.
Slot 3-Warna
Dari slot ini, peserta akan diberitahu tentang warna peribadi mereka, Bukan itu sahaja, mereka akan diajar bagaimana penggunaan warna dalam urusan harian dan juga sebagai terapi. Penggunaan warna dalam makanan dan lain2. Ia adalah satu slot bonus, kekadang tu kita tidak perfikir kenapa warna dicipta? Bagaimana kita sebagai manusia ingin menggunakannya? Slot ini memberitahu kita segalanya sebagai ilmu tambahan yang baik untuk kecermelangan dir dan terapi.
Slot 4-Kuasa Minda
INI ADALAH SLOT YANG PALING PENTING dan paling panjang. Setelah peserta diajar teknik pernafasan dan fokus bagi tujuan meningkatkan tenaga minda, slot ini pula adalah susulan dengan memberi input minda. Bagaimana berfikir cara betul? Ramai antara kita hari ini terikat dengan paradigma lama. Kadang-kadang paradigma ini tidak semestinnya datang dari kita. Ia mungkin dari ahli keluarga atau sahabat handai kita. Tetapi jelas dan nyata paradigma inilah yang telah mengganggu gugat kita. Paradigma yang salah inilah yang menutup potensi diri kita. Dan slot ini mengenalkan peserta apa itu paradigma.
Contohnya jikalau ibu kita atau uarga kita tidak biasa makan cencaluk, tentunya apabila kita besar kita juga tidak biasa atau tidak suka makan cencaluk. Bagi kita mungkin cencaluk itu tak sedap, tetapi tidak pada orang lain. Inilah paradigma dan program yang sedia ada dalam hidup kita. Tidak juga semua paradigma yang ada itu salah.
DAN... bagaimana pula paradigma kita dengan duit? kejayaan? Adakah betul? hmmm. Disinilah kita akan rungkai segalanya.
Antara sebab anak2 orang kaya tetap boleh kekalkan kekayaan malah boleh menambahkan lagi kekayaan yang mereka warisi dari ibubapanya bukan sebab harta itu terlalu banyak untuk dihabiskan. Tetapi percayalah ia disebabkan oleh peradigma yang betul. Ibubapa mereka telah memberi mereka satu input paradigma tetang duit, kekayaan, bisnes dan kajayaan yang betul.
Dan kami di Evolusiminda merungkaikan segalanya untuk peserta mengevolusikan bersama.... segalanya bermula dari minda anda..
Untuk Keterangan Lanjut Sila Klik DI SINI
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment